Selasa, 31 Disember 2013

Tips Mudah Untuk Mendapat Ketenangan Hati

Dengan Nama Allah yang Maha Penyang lagi Maha Mengasihani
  1. Jangan tergantung terhadap orang lain,bersikaplah mandiri dan percaya akan kemampuan yang kita miliki.
  2. Jangan berburuk sangka, berfikirlah positif akan membawa pada suatu yang bermanfaat.
  3. Jangan mengingati penyesalan di masa lalu, hidup itu mudah, buatlah dalam suatu perbuatan kita dengan keputusan dan jadikan masa lalu manjadi sebuah pelajaran untuk menjadi yang lebih baik.
  4. Jangan pernah menyimpan dendam di hati, dendam itu ibarat sebagai racun dalam hati kita. Stay away!
  5. Jauhi sifat terburu buru, aset dalam kehidupan bukan harta tapi waktu. Maka pergunakan waktu dengan baik.
  6. Jangan khuatir dengan hari esok, ketuklah pintu dan pintu pun akan dibuka. Ingat Allah, Allah pun akan ingat pada kita. Trust me...


 "Maka ingatlah kepadaKU, AKU pun akan ingat kepadamu (AKU limpahkan rahmat dan keampunan kepadamu). Bersyukurlah kepadaKU, dan janganlah kamu ingkar kepadaKU"
 (2:152)



"Bawakan Saya Seguni Air"

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman.

Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran.

Cucunya ingin menjadi seperti Atuk & meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun & jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya.

Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’

Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai & bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa & berkata, ‘Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ Dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.

Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni & dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ Dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.

Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai & berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut & buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar & dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman & luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.

"Al-Qur'an ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk & rahmat bagi kaum yang meyakini". (Al- Jasiyah, 45:20)

Sabtu, 7 Disember 2013

Ammar - Pejuang Islam Malaysia Popular Di Turki Dengan Gelaran 'Syahid Yang Tertangguh'



Ahmad Ammar - Digelar sahabat-sahabatnya sebagai “Syahid Yang Tertangguh”.

Ahmad Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya lima hari yang lalu di Istanbul, Turki. Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.

Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.

Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.


Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria. Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria.

Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”. Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik.

Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan Konstantinopel dahulu. Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.

Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?

Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain? Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.
Takdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.

Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’ :

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudia ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi.

Malah catatan terakhirnya dan dimasukkan ke dalam beg sandang beliau berbunyi : “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.” Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulans.



Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara. Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya.

Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini. Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masyaallah Tabarakallah! Al-Fatihah. 





Video Kisah Kehidupan Ahmad Ammar Ahmad Azam




Khamis, 5 Disember 2013

Lihatlah

Si buta:

Aku buta! Tak mampu melihat. Tak mampu melihat alam nukilanNya. Tak mampu merasa nikmat berderia penglihatan. Aku teringin melihat.
Bagaimana rupa nukilan ILAHI ini?
Bagaimana rupa ayah ibuku?
Adik beradikku?
Ya Allah, adakah peluang aku melihat dunia ini?

Si celik celik yang 'lupa' :

Hahaha.. Kau tengok ni beb! Gila ar minah ni. 'Hot' siot!

Wui.. Ko tengok orang tu, pakai macam ninja je.. Macam apa je aku tengok.

Ko tengok si minah tu kahwin, melebih lebihkan. Haih.. Orang kaya la katakan.

Jalan cepat cepat! Pengemis bau busuk kejar mengemis kat kita nanti!

Ya Allah! Si polan ni jantan ke betina?! Pakai tak serupa bikin..

Aku rasa macam nak selak je kain perempuan perempuan yang pakai skirt pendek ni. Geram aku! Mana pergi maruah diorang. Nak bagi tengok sangat kan! Amek ko. geram!

~~~~~~~*

Apa yang ada pada mata kita yang celik ini saudaraku?

Ada nafsu. Ada marah. Ada jelek. Ada syaitan bertenggekkan.

Jarang mata yang celik digunakan untuk memandang kebaikan, memandang hikmah tersembunyi.

Cemburunya aku pada kamu si buta. Kekuranganmu adalah satu nikmat tersembunyi.. Andai kau pandang dengan hikmah..


Si buta:

Aku buta!tak mampu melihat.tak mampu melihat alam nukilanNya.tak mampu merasa nikmat berderia penglihatan.aku teringin melihat.
Bagaimana rupa nukilan ILAHI ini?
Bagaimana rupa ayah ibuku?
Adik-beradikku?
Ya Allah.adakah peluang aku melihat dunia ini?

Si celik2yg 'lupa' :

Hahaha..ko tengok ni beb!gila ar minah ni.'hot' siot!

Wui..ko tengok org tu.pakai mcm ninja je..mcm ape je aku tngk.

Ko tngk c minah tu kawen.melebih2kan.haih..owg kaye la katakan.

Jalan cpt2!pengemis bau busuk kejar mengemis kt kita nanti!

Ya Allah!c polan ni jantan ke betina?!pakai x serupa bikin..

Aku rasa mcm nak selak je kain pmpuan2 yg pakai skirt pendek ni.geram aku!mana p maruah diorang.nak bgi tengok sangat kan!amek ko.geram!

~~~~~~~*

Apa yg ada pada mata kita yg celik ini saudaraku?

Ada nafsu.ada marah.ada jelek.ada syaitan bertenggekkan.

Jarang mata yg celik digunakan untk memandang kebaikan.memandang hikmah tersembunyi.

Cemburunya aku pada kamu si buta.kekuranganmu adalah satu nikmat t'sembunyi..andai kau pandang dgn hikmah..

Wanita Umpama Pohon Semalu



Pada suatu hari, Rasulullah saw berjalan-jalan
bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar,
Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu
mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya
pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang
sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada
puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu
itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut.

Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek :-

Pertama : Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.

Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai
perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua : Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.

Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.

Ketiga : Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.

Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai ikatan yang sangat
kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Keempat : Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.

Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah
ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah
pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon
tumbuhan yang kecil.

Malu itu sebahagian daripada iman....

Hijab Makes You Beautiful

huh! Berhabuk dah blog anis ni. Lame dah tak update. Ni anis nak share satu hasil yang kreatif dalam medan dakwah. Dakwah ni kena kreatif, pelbagai supaya dapat menarik ramai madu (orang yang didakwah).


    "Hijab Makes You Beautiful"    

~Hijab Makes You Beautiful~

You're secure, i know what for
lower your heads when you walk through the thro-o-o-ongs
Don't need make-up - to cover up
Being the way u hijab that's eno-o-ough
Everyone else with imaan can see it Everyone else but you
oh girl you light up the world like nobody else
The way you hijab your self gets no overwhelmed
the way you smile at the ground, it ain't hard to tell You don't know Oh oh
You don't know you're beautiful!
If only you saw what I could see You'll understand why GOD wants you care of it
Right now HE's looking at you and you have to believe
You don't know Oh oh You don't know you're beautiful! Oh oh
Hijab makes you beautiful!

so c-come on!! you got it wrong! To prove I'm right I put it in a so-o-ong
cause I know why, you're being shy And turn away when they look into your eye eye eyes
Everyone else with imaan can see it Everyone else but yo-ouuu
oh girl you light up the world like nobody else
The way you hijab your self gets no overwhelmed
the way you smile at the ground, it ain't hard to tell You don't know Oh oh
You don't know you're beautiful!
If only you saw what I can see You'll understand why GOD wants you care of it
Right now HE's looking at you and you have to believe
you don't know Oh oh
You don't know you're beautiful! Oh oh Hijab makes you beautiful!
Na na na na na na naaaa na na, Na na na na na na. Na na na na na na naaaa na na, Na na na na na na
.oh girl you light up the world like nobody else
The way you hijab your self gets no overwhelmed
But when you smile at the ground, it ain't hard to tell You don't know Oh oh
You don't know you're beautiful!

oh girl you light up the world like nobody else The way you hijab your hair gets no one overwhelmed
But when you smile at the ground, it ain't hard to tell You don't know No Oh oh You don't know you're beautiful!
If only you saw what I can see You'll understand why GOD wants you care of it
Right now HE's looking at you and you have to believe You don't know No Oh oh
You don't know you're beautiful! No Oh oh You don't know you're beautiful! No Oh oh Hijab makes you beautiful!

Lyrics by :

Mr The All Shared, Azfar Ibni Hamzah, Aisyah Shakirah