Jumaat, 16 Mei 2014

Derhaka dalam Cinta

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Ok. Lama!
Memang lama aku rasa tak update blog ni. Malas pun ada. Hihi.
Jangan ikut! Tak elok. *bulatkan mata* (hahaha...bulatla sangat)
Aku nak share satu cerita daripada seorang ustaz, seorang penulis terkemuka. Kalau kau jadi pengunjung setia blog dia, taulah ini kisahnya..
Tadaaaa..

Matanya merah. Tangisannya jelas kedengaran. Bahunya naik turun menahan sebak.
“Tak sangka ustaz, kami bercinta sekian lama. Tiba-tiba dia memutuskan. Apa salah saya? Mengapa dia pilih perempuan tu?”
Saya diam. Adik lelaki yang menemaninya juga terdiam.
“Saya tak akan maafkan dia. Sumpah. Habis masa dan usia saya selama ini menantinya. Saya sakit hati ustaz…”
Saya terus diam. Saya beri laluan untuk dia bersuara dan mengalirkan air mata. Biar diluah apa yang dipendam agar tidak bersarang menjadi dendam. Putus cinta memang menyakitkan. Ketika putus cinta harga diri seseorang akan jatuh ke peringkat paling rendah. Demikian, menurut ahli psikologi.
“Saya dendam ustaz. Orang yang paling saya cintai sanggup khianat pada saya. Apa dosa saya ustaz…” katanya bertalu-talu, lebih sayu. Suara yang bercampur esakkan itu sangat menghibakan.
“Cik, agaknya mengapa semua ini terjadi?” soal saya perlahan. Cuba mengalih arah perbualan. Bilik berdinding kaca tempat pertemuan kami itu menghadiahkan keadaan ‘privacy’ yang terjaga syariatnya.
Dalam diam, saya akui bahawa pertanyaan tersebut lebih bersifat ‘meraikan’. Saya ajukan semata-mata untuk membuktikan yang saya masih mendengar. Saya sedar pada saat-saat seperti itu, dia sangat memerlukan perhatian dan simpati. Ada masanya suatu masalah itu tidak perlukan penyelesaian tetapi hanya inginkan perhatian.
“Sebab dia dapat yang lebih cantik! Lebih baik!” katanya agak kuat.
“Jika hanya kerana itu, percayalah bukan sahaja cik yang menderita tetapi dia juga akan menderita.”
“Itu saya tidak peduli. Yang penting sekarang ialah saya rasa sangat menderita.”
Saya menggeleng-gelengkan kepala, lantas bertanya,” siapa sebenarnya yang cik cintai? Kekasih cik atau diri cik sendiri?”
Dia nampak terkejut dengan kenyataan itu.
“Kalau benar cintakan dia, cik tidak ingin dia menderita. Tetapi jika derita cik sahaja yang difikirkan, cik bukan menyintainya tetapi cik hanya cintakan diri sendiri.”
Dia tersentak. Sedikit terkejut. Tidak lama dia kembali bersuara, “saya mencintainya, sebab itulah saya ingin bersamanya.”
“Cinta tidak semestinya bersama. Kasih tidak bererti memiliki. Sebab itu pujangga sering mengungkapkan, cinta tidak semestinya bersatu. Cinta tidak membelenggu tetapi membebaskan!” jawab saya. Ingin saya kongsikan sedikit ilmu cinta dengannya.
“Nak biarkan dia bebas? Maaf, dia telah banyak bersalah pada saya…”
Tanpa memperdulikan kata-katanya saya meneruskan, “cinta itu membebaskan, memaafkan dan memberi. Bukan cinta namanya jika kita ingin membelenggu, berdendam dan ingin mendapatkan sesuatu dari yang dicintai.”
“Saya ingin terus bersamanya sampai mati!”
“Cik tak akan sanggup. Cik sebenarnya bukan cintakan dia tetapi cintakan diri sendiri. Jika tidak mampu memaafkan yang hidup, jangan harap kesetiaan sampai ke mati.”
Tanpa mengendahkan apa yang saya luahkan, dia berkata, “ mengapa dia sanggup berbuat begitu? Kejam!”
“Cik hanya fikirkan perasaan dan kesenangan diri cik sahaja.”
“Ya. Dia memang kejam.”
“Kita pun tidak kurang kejam…”
“Ustaz tuduh saya kejam?”
“Saya maksudkan kita, bukan cik sahaja. Kita semua memang kejam.”
“Mengapa pula?”
“Kita kejam kepada diri kita sendiri.”
“Bagaimana pula tu?”
“Dengan tidak cintakan Allah, kita kejam dengan diri kita sendiri!”
“Ustaz, jangan libatkan cinta Allah. Saya bercakap tentang cinta sesama manusia.”
“Saya tetap kaitkan cinta manusia dengan cinta Allah. Hanya dengan cinta kepada Allah sahaja dapat mendamaikan cinta kita sesama manusia.”
“Mengapa?”
“Kita derhaka dalam cinta kita kepada Allah. Allah memberi nikmat yang bukan sedikit. Kita balas dengan taat yang sekelumit. Malah, ramai antara kita yang bukan sahaja tidak menggunakan nikmat itu untuk taat, malah digunakan ke arah maksiat.”
“Ustaz saya ingatkan sekali lagi… saya bercakap tentang cinta manusia bukan cinta Allah. Semua orang tahu Allah wajar dicintai.”
“Maafkan saya. Fikirkan sejenak, jika kepada Allah yang banyak berbudi dan berjasa itu pun manusia tega berpaling, apalagi pada manusia yang budi dan jasanya cuma sedikit.”
“Apa kaitannya semua ini dengan cinta saya?”
“Allah Maha Sabar, walaupun ramai manusia yang berpaling daripada cintaNya, tetapi Allah terus-terusan mencintai manusia…”
“Apa buktinya?”
“Buktinya Allah terus memberi… Memberi nikmat dan pengampunanNya. Allah tidak pernah jemu dan berhenti memberi nikmat dan menghulur pengampunan.”
“Ertinya, cinta itu memberi dan memaafkan?”
“Ya. Begitulah. Siapa yang paling cinta, dialah yang paling banyak memberi dan mengampunkan.”
“Jadi saya tidak mencintai kekasih hati sayalah…” luahnya perlahan. Riak wajahnya suram.
Saya diam. Tidak sampai hati untuk menyatakan bahawa dengan tidak mencintai Allah, kita bukan sahaja tidak mencintai orang lain, malah tidak mencintai diri sendiri!
“Kita sering salah meletakkan cinta. Sedangkan ahli hikmah berpesan, cintailah sesiapa yang mencintai kita bukan orang yang kita cintai. InsyaAllah, barulah cinta kita berbalas. Justeru, siapa lagi yang paling mencintai kita selain Allah? Oleh itu siapa yang mencintai Allah, pasti berbalas… dan itulah keharmonian dalam bercinta.”
“Saya bercakap tentang cinta manusia…” dia terus mengingatkan saya.
“Cinta sesama manusia tidak boleh meminggirkan cinta Allah. Cinta soal hati. Hati-hati manusia hanya dapat disatukan oleh Allah.”
“Maksud ustaz? Saya tidak cinta Allah?”
Tanpa respons pada pertanyaan itu, saya sebaliknya terus menjelaskan, “cinta sesama manusia mesti didasarkan cinta Allah!”
“Kami memang bercinta kerana Allah. Tetapi dia mengkhianatinya.”
“Jika benar cinta kita kerana Allah, mana mungkin ada marah, dendam dan kecewa…”
“Lepaskanlah cintanya jika takdir Allah menetapkan begitu,” nasihat saya.
“Mengapa harus saya lepaskan?”
“Kerana Allah inginkan kita mencintaiNya. Putus cinta sesama manusia untuk menyambung cinta dengan Allah.”
“Tapi…”
“Tidak ada tapi-tapi lagi. Sekiranya kita terus enggan, kita akan alami putus cinta sesama manusia lagi. Bukan sekali bahkan berkali-kali.”
“Tidak semudah itu ustaz menghukum. Cinta ini kompleks dan rumit,” bidasnya perlahan.
“Kita yang merumitkannya. Sifir dalam bercinta mudah: Pertama cintai Allah, kedua cintai diri sendiri dan ketiga barulah cintai orang lain.”
“Bagaimana dengan sakitnya hati ini?”
“Ini ubat sebenarnya. Allah sendiri menegaskan dalam surah Al Baqarah, ada perkara yang kita tidak suka tetapi itu sebaliknya baik untuk kita. Sakit ini ubat. Pedih ini penawar.”
“Habis, cinta kepada Allah sahajalah, cinta dengan manusia bagaimana?”
“Allah akan hadiahkan orang yang cintakanNya kepada orang yang mencintaiNya.”
“Subhanallah. Layakkah saya untuk itu?”
“Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya. Sebab itu carilah lelaki yang baik sebagai pasangan hidup dengan menjadi wanita yang baik.”
“Bagaimana saya nak jadi baik?”
“Dengan melakukan kebaikan…” ujar saya lembut. Syukur, kemarahan dan kesedihannya agak mula mereda.
“Kebaikan apa yang boleh saya lakukan sekarang?”
“Dengan memaafkan kekasih yang pergi dan memaafkan diri sendiri. Cik layak bahagia. Dia juga layak bahagia.”
“Dia juga lelaki baik?”
“Doakan begitu. Dia lelaki baik tetapi bukan untuk cik. Akan ada lelaki baik lain yang akan datang dalam hidup cik. InsyaAllah.”
“Ohh, saya perlu maafkannya.Saya cuba, insyaAllah. Tetapi apa maksud ustaz dengan memaafkan diri sendiri? Saya tidak faham.”
“Memaafkan orang lain sama seperti memaafkan diri sendiri. Apabila kita memaafkan, jiwa kita akan tenang, fikiran kita akan lapang. Dendam, marah dan kecewa kepada seseorang akan lebih memusnahkan diri kita sendiri berbanding orang yang menjadi sasaran kemarahan dan dendam kita,” terang saya panjang lebar.
“Mungkinkah dia kembali?”
“Tidak mustahil jika cik juga kembali…”
“Saya kembali?”
“Ya, kembali kepada cinta Allah!”
Ya… itu cerita 30 tahun yang lalu. Minggu lalu, saya bertemu kembali dia dan suami serta dua anak kembar comelnya di kaki sebuah masjid ketika sama-sama menyertai majlis ilmu.
“Ini suami saya ustaz,” katanya memperkenalkan. Kami bersalaman.
“Ini?” tanya saya sambil mengusap kepala dua anak yang comel di sisi mereka.
“Ini buah hati kami berdua,” kata suaminya sambil tersenyum. Kacak dan segak dengan janggut dan misai yang terurus rapi.
Sebaik masuk ke masjid… terus saya sujud syukur. Ya Allah besarnya kurniaan Mu. Ketika hamba Mu ingin kurnia pada kadar yang cepat, sebaliknya Engkau memilih untuk memberi pada waktu yang tepat. Sungguh, wanita itu tidak akan menangis 15 tahun yang lalu sekiranya dia nampak ‘hadiah’ yang telah Allah kurniakan sekarang.
Sungguh… hamba meminta dengan keterbatasannya, Allah memberi dengan kesempurnaanNya!

Jumaat, 25 April 2014

Tunduklah Hati

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Lihat bagaimana tuhan jadikan hamparan,
Luas lagi cintanya buat ciptaan.

Malah terjangkau,lebih sejengkal.

Tunduklah,hati tunduk.
Jangan pernah meninggi kerna akan kau tinggal semua ini.

Tunduklah,hati tunduk.
Tidakkah memadai Cinta,apalagi terkejari dunia?

Tunduklah,hati tunduk.
Jangan pernah mendongak melangit,takut takut kau lupa gumpalan tanah bercampur darah.

Andai tiada tercapai tahap sufi,
Memadai untuk kita hidup dalam keadaan suci.

Kerna tuhan itu sempurna sifatnya pada suciNya.
Syurga juga sama— 
Suci.

Lalu bagaimana setitik dosa,bisa jadi bekal ke syurga?

Tunduklah,hati tunduk.
Tunduklah dari kau hidup didunia,
Kerna sudah tiada guna untuk menyesal dihadapan tuhan sana.

Kerna kita disana semua sama.

Dan apa yang membezakan kita,
Setitik dosa dan syurga.

..

Petikan : Allah berikan aku,Kamu ; Sebuah kisah pengabdian yang tiada siapa tahu. 

.

Nota hati : 

Terasa jijik dalam diam,
Terasa hina sebagai hamba.
Pengabdian dan penyerahan ku beri tidak semua.

Masih bertapak kokoh dalam hati ini,dunia.

Moga kita semua mampu capai redhaNya.


Lihat bagaimana tuhan jadikan hamparan,
Luas lagi cintanya buat ciptaan.

Malah terjangkau, lebih sejengkal.
Tunduklah, hati tunduk.
Jangan pernah meninggi kerana akan kau tinggal semua ini.

Tunduklah, hati tunduk.
Tidakkah memadai Cinta, apalagi terkejari dunia?

Tunduklah, hati tunduk.
Jangan pernah mendongak melangit, takut takut kau lupa gumpalan tanah bercampur darah.

Andai tiada tercapai tahap sufi,
Memadai untuk kita hidup dalam keadaan suci.

Kerana tuhan itu sempurna sifatnya pada suciNya.
Syurga juga sama— 
Suci.

Lalu bagaimana setitik dosa, bisa jadi bekal ke syurga?
Tunduklah, hati tunduk.
Tunduklah dari kau hidup di dunia,
Kerana sudah tiada guna untuk menyesal dihadapan tuhan sana.

Kerana kita di sana semua sama.
Dan apa yang membezakan kita,
Setitik dosa dan syurga.

..
Petikan : Allah berikan aku, kamu ; Sebuah kisah pengabdian yang tiada siapa tahu.
.
Nota hati :
Terasa jijik dalam diam,
Terasa hina sebagai hamba.
Pengabdian dan penyerahan kuberi tidak semua.

Masih bertapak kukuh dalam hati ini, dunia.
Moga kita semua mampu capai redhaNya.

Khamis, 17 April 2014

Dapat = Syukur, Tak Dapat = Redha

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Malam tu aku duduk dengan mama menonton satu rancangan masakan yang tempat pengambarannya berdekatan dengan rumah aku. Ya Allah, sedapnya dia makan cendol durian pulut. Allah.. Dari siang tadi aku tengok rancangan masakan asyik terliur je. Pulak tu sekarang ni aku tak sihat. Memang tak keluar rumah langsung. Aku rasa memang lama sangatlah aku tak keluar.

Tengok makanan sedap tu, nak tu, nak tu. Tapi apakan daya. Makanan yang dimasak hari ni memang tak sama macam dalam tv. Sampai aku ingat masakan dalam tv tu masakan yang sama dengan yang mama masak. Haish... Imaginasi kau je Anis. Terliur sorang sorang.
_________________________________________________________________________________

Esok pagi

"Amna, nanti belikan buku log yang tebal boleh?"
"Aku ada buku log tu"
"Tebal?"
"Aku punya yang macam untuk puteri Islam tu. Yang panjang tapi tak tebal la"
"Aku nak yang tebal. Kau tolong belikan. Guna duit kau dulu. Nanti aku bagi duit"
_________________________________________________________________________________

"Mama kerja ke pagi ni?"
"Herm... Kenapa?"
"Tolong masukkan duit kakak dalam bank ni."
"Lepas balik kerja mama ada nak siapkan kerja lain"
"Herm.. Tolonglah masukkan duit ni dalam Bank Islam kakak tu. Sekejap je. Lepas kerja mama masukkan la ye?" *senyum*
Dalam hati aku 'mesti mama tak masukkan punya. Tak sempat la tu'.
_________________________________________________________________________________

Tengah hari

'Lamanya mama... Tak balik balik lagi. Aku lapar dah ni. Aduh.. Bunyi dah perut ni, pagi tadi tak makan langsung'

Aku dah masak nasi. Jadi kebiasaan aku kalau aku tak sekolah, tak sihat dan hari tu mama kerja pagi, ada koko ke, aku akan masak nasi dan mama belilah lauk apa apa.

Ok, aku nak masak la. Lapar sangat ni.

Baru aku nak rincih bawang, mama masuk dapur.

"Buat apa tu?"
"Sup"
"Dah masak ke kak?"
"Baru nak masak. Lapar sangat"
"Tak payahla, ni mama dah beli lauk. Masak esok je sup tu"

Ok! Aku pun simpan balik semua bahan bahan yang aku dah sediakan tadi.

"Mama dah masukkan duit kakak?"
"Belum, tak sempat. Tadi mama pergi jumpa cikgu wafa"
'Herm.... Ok, aku dah agak dah. Takpe, takdelah kechiwa sangat.' Haha

Banyak aku makan tengah hari tu, sampai mama pun terkejut. Lapaq!!!!
_________________________________________________________________________________

"Amna, kau belikan buku aku?"
"Tak, tadi angah ambik aku naik motor"
'Ok, takpe. Tak kecewa langsung.' "Amna, esok belikan cendol untuk aku"
"Esok angah ambik aku naik motor lagi"
"Kenapa naik motor tak boleh beli ke? Bukan lagi senang, kau berhenti je dekat dekat tak payah nak turun motor tinggal cakap je nak cendol. Kan senang. Kalau naik kereta kena keluar kereta kan susah. Belikanlah ye? Ye? Ye? Aku kempunan ni" *bodek* Haha
"Hermph! Yelah"
_________________________________________________________________________________

Keesokannya

Tengah aku duduk sorang sorang layan apa ada depan laptop ni, Amna balik. Masuk masuk je ....

"Nah! Dari semalam cendol cendol cendol! Ni hah aku dah beli"
"Hahaha.. Yey!! Ouch! Tak boleh senyum lebar lebar, mulut aku luka. Terima kasih. Sayang juga dekat aku. Hihi"
Amna jeling.

"Nak cendol tu!"
Amna bagi cendol yang dia dah minum dulu.
"Erk?! Kau minum dulu baru bagi aku. Ambiklah yang lagi satu tu"
Amna sengih.

10 minit kemudian... Tet tet tet tet.....

Aku toleh belakang. Aku tengok tangan Amna. Cendol dekat dia dah habis. Aku punya pun dah habis. Baru nak minta -_-

"Kau habiskan?!"
"Hehehe"
"Hisy, kedekut! Dahla bagi aku yang kau dah minum. Yang tu kau habiskan?!" *sedih*
"Ngeeee... Tadi aku nak bagi kau, tapi aku sedut sedut habis. Nah, kau makan cendolnya. Aku taknak.
"Kau ingat aku nak? Aku pun tak nak. Esok belikan lagi!!!"
"Tak boleh, esok mama ambik"
"Asal pulak? Beli jelah sebelum ambik Kak Da tu"

And so....
Motif dia, oral of the story is...
Tak semua yang kita nak kita dapat. Kadang kita dapat sesuatu yang kita tak sangka sangka. Allah memang berikan sesuatu yang kita perlu. Tapi tak semua orang dapat apa yang mereka mahukan.

Bersyukur dengan yang sedikit. Kita akan bersyukur dengan yang lebih banyak. Walaupun dalam cerita aku tu ada unsur tak bersyukur... Hihi, tu abaikan. Ambil yang baik, buang yang buruk. 

Bila kita bersyukur dengan Allah, kita akan bersyukur dengan manusia.

Dapat = Bersyukur
Tak dapat = Redha

Rabu, 16 April 2014

Bakal Jenazah Itu Aku

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Fikir sejenak...
Bila bila masa je orang akan panggil kita JENAZAH.
Setiap hari, kita semua sedang dalam perjalanan menuju bertemu Ilahi.

Aku, kamu dan kita semua sekali berkongsi nama yang sama iaitu 'hamba Allah', 'anak Adam', 'umat Muhammad saw', dan 'si jenazah'. Mati tak tunggu kita, tapi kita yang tunggu mati.
Ingat tu...!!

Bersediakah kita untuk menghadapi kematian?

Belum tentu lagi aku akan menjadi BAKAL PENGANTIN. Tetapi yang aku pasti dan yang aku tahu, aku salah seorang yang akan menjadi BAKAL JENAZAH.

Kematian semakin menghampiriku. Menghampiri kita semua.
Entah bila aku aku akan ditarik untuk ditimbang amalan ini. 
Mohon maaf jika diri ini melakukan kesilapan,
andai terlanjur kata,
marah tak semena.
Dengan rendah hati, diri ini memohon seribu satu kemaafan.

Ya Allah,aku bakal jenazah yang bercita cita untuk menjadi jenazah yang tersenyum, wajah bercahaya penuh keimanan. Aku ingin ke syurgaMu 
Ameen...

Nota Tangan : Mati itu pasti,Akhirat itu realiti

Isnin, 14 April 2014

Ubat Untuk Para Wanita Muslimah

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Untuk wanita, bidadari dunia...

Aku tahu ini pahit untuk ditelan,tapi yakinlah ini ubat untuk kalian, 'ubat' yang menyelamatkan hati kalian dari terus tenggelam.

Islam itu sendiri mengangkat darjat wanita, memuliakan sesuai dengan fitrah Yang Maha Sempurna ciptakan, hingga Islam itu hadir bagi aturan yang adil buat wanita.

Ingatlah sabda Rasulullah saw, "Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar yang dihadapi kaum lelaki kecuali para wanita." (HR Bukhari dan Muslim). 
Di mana peranan wanita itu sendiri untuk melindungi diri daripada terkena tempias fitnah itu sendiri, bukan hanya lelaki sahaja. Mulakan dari kita sendiri.

Mohon, mohon, mohon... 
Jangan sesekali pamerkan diri kalian bahkan tangan mahupun jari. Tiap anggota kalian sangat bahaya untuk lelaki yang memiliki penyakit hati.

Duhai para wanita muslimah yang ingin menyelamatkan dirinya dan agamanya dari pelbagai macam fitnah.

Tunjukkan kebaikan diri anda dengan memelihara diri daripada hal hal yang terlarang dalam agama. Janganlah terpedaya dengan tipu daya dan gemerlapnye dunia.

Wahai para wanita muslimah, jangann kalian tertipu dengan bisikan syaitan. Kalian korbankan diri dan kehormatan hanya untuk sekadar memenuhi kehidupan yang sementara ini.

Jujur, aku tulis kerana sayang...
Aku sampaikan kerana kasih...
Lupakah kalian, sesungguhnya kebanyakan dari isi neraka adalah wanita, berdasarkan sabda Rasulullah saw :

"Aku telah melihat syurga dan ku lihat kebanyakan daripada penghuninya adalah orang orang miskin dan aku telah melihat neraka maka kebanyakan daripada penghuninya adalah para wanita." (HR Bukhari dan Muslim).

Nauzubillahi min zalik.

Aku kongsikan ini untuk diri aku. Bukan bermakna aku ni solehah. Tapi aku juga seperti wanita wanita lain. Sama sama kita menjaga diri sendiri untuk diri sendiri. 

Jumaat, 11 April 2014

Friend ---> Our Influence

In The Name Of ALLAH Most Gracious Most Merciful



Tell me who your friends are and I will tell you who you are, sounds cliche but bears a seed of reality.
If you come and think of it, the mere environment you are living in influences you, even the animal behavior you’re observing influences you, so how much more would that of the person whom you spend time with?
Our beloved prophet Muhammad saw once said ;
“A man is upon the religion of his friend, so let one of you look at whom he befriends.” [Jami at-Tirmidhi]
Indeed, there are people who can either be a good or bad influence to us, let not the advice of our beloved Prophet saw go unnoticed. Bear in mind that people can either speak good or bad of you but definitely they can leave you a thing that would affect your decisions in the future.
So my dear brothers and sisters choose wisely those whom you would befriend.

Khamis, 10 April 2014

Tawassul

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha mengasihani

Aku nak study, tiba tiba baru aku teringat beg belajar aku tertinggal dalam bilik mak ayah

*eceh.. rajinla tu nak study study bagai*

Mak ayah dah tido, tak nak kacau mereka tido dengan ketuk pintu bilik.

Alhamdulillah, masih ada pendrive, semua nota ada softcopy.

Tapi....

Pendrive tu pun dalam beg belajar aku jugak 

So apa patut aku buat ni? 
Hehe



Teringat kisah seorang pemuda yang memberi minum susu kepada ibu bapanya setiap hari. Susu tu takkan diberi pada anaknya sekiranya mak ayahnya tak minum terlebih dahulu. Dan suatu hari dia nak beri minum susu kepada ibu bapanya, tapi ibu bapanya dah tido. So dia berdiri dengan pegang susu tu sehinggalah ibu bapanya bangun dan kemudian barulah dia memberi minum kedua orang tuanya.

Atas asbab perbuatannya itu, dia dan dua pemuda lagi yang terperangkap dalam sebuah gua,
dapat meloloskan diri.

(kisahnya start daripada 3 orang pemuda yag terperangkap dalam gua dan berdoa kepada Allah ketiga tiganya menjadikan amal mereka sebagai lesen untuk doa mereka diterima. Sorang pemuda tu dia tak jadi berzina kerana takutkan Allah, padahal dia dah ada kat atas perempuan yag dia nak berzina tu dah.

Sorang lagi aku tak ingat  )

Ngeeeee *tayang gigi*

Konklusionnya...
Kau sekarang nak belikan mak ayah susu pun susah 
mak ayah dahlah perlukan khasiat susu,
tulang tulangnya dah enggak kuat dong...


Ok! Aku dah ingat dah apa yang sorang lagi tu buat. Atas bantuan sahabat ni. 
Terima kasih sahabat!

*sambung cerita balik*

Yang sorang lagi tu ada dalam sambungan hadis ni. Orang ketiga telah berdoa : "Ya Allah! Aku telah mengupah beberapa orang pekerja. Semuanya telah kuberikan upahnya kecuali seorang yang telah pergi tanpa mengambil upahnya. Aku telah memperniagakan wang upahannya itu sehinggakan telah berlaku penambahan harta yang terlalu banyak. Selepas beberapa lama, pada suatu hari orang tu telah datang lalu berkata ; "Wahai hamba Allah! Berilah upah kepadaku."

Aku telah berkata : "Unta unta, lembu lembu, kambing kambing dan hamba hamba yang kami nampak ini semuanya adalah upah kamu. Yakni wang upahanmu itu aku telah niagakan dan inilah hasilnya. Orang tu berkata ; "Wahai hamba Allah, janganlah bergurau.

Aku berkata : "Aku tidak bergurau, (aku sedang menceritakan perkara sebenar). Maka (selepas penjelasanku ini) orang tu membawa semua harta itu, sedikit pun tidak ditinggalkannya. Ya Allah jika perkara ini aku lakukan semata mata untuk redhaMu maka jauhkanlah kami daripada musibah yang menimpa kami ini. Maka, batu itu terus berganjak (dan pintu gua telah terbuka) dan semuanya telah keluar. - Hadis Riwayat Bukhari

Ni ayat original dari sahabat tu. Aku tak ubah ubah pun. 
Asli! Tulen ok!

Herm... Cerita ni ustaz aku pernah cerita waktu tafakkur sabtu ahad masa aku kat maahad dulu.
*erk.. Tafakkur ke nama dia. Aku tak ingatlah istilah apa kitorang panggil*

Ustaz Fikri tu ajar supaya berdoa macam tu lah bila dalam kesusahan. Masa dalam periksa Al Quran ke. Pertandingan Hafazan Al Quran. 

Mu..mu..mu apa eh nama dia? Arghhhh! Tak ingat. Otak aku blank malam malam ni.

Hah!!

Musabaqah nama dia! Musabaqah Al Quran.

Ya Allah, Alhamdulillah Kau kembalikan ingatkan aku yang terbatas ni.

Ni aku nak cerita sikit pengalaman kawan aku. Bila orang tanya dia apa rahsia kejayaan dia cemerlang dalam PMR dulu. Dia tak cakap pun dia belajar sungguh sungguh.
*Memang dah sedia pandai pun*

Dia jawab apa..? Dia tak jawab pun dia selalu ulang kaji pelajaran. Yang dia jawab selalu bantu orang. Ringankan tulang. 

Dan...
Selalu bertawassul..

Tawassul ni maksud perantaraan atau penghubung. 

Yakni menjadikan sesuatu sebagai perantara di dalam kita berdoa. 

Kita tetap meminta daripada Allah, tetapi kita meletakkan 

perantara di tengah.

Wallahualam.