Isnin, 4 November 2013

Hak Muslim Terhadap Muslim Yang Lain

"Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam: 

> Jika bertemu maka berilah salam, 
Ucapkanlah salam walaupun tidak kenal... Yang ni memang jarang sungguh orang buat.. 
Sebarkanlah salam!

tapi
bukan macam ni 


yang macam ni pun bukan jugak...


> jika tidak kelihatan maka bertanyalah, 

> jika sakit maka ziarahlah, 

> jika mengundang maka penuhilah, 

> jika bersin dan mengucapkan hamdalah (Alhamdulillah) maka jawablah (dengan mengucapkan ‘yarhamukallah', 





dan 

> jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke kubur)." 



sambil sambil tu boleh zikrul maut sekali.. Muhasabah diri,dapat pahala.

(Riwayat Muslim)

Sabtu, 2 November 2013

Hadirkan Kemanisan Dalam Solatmu

Solat akan manis apabila....

1. Kosongkan hati dari sesuatu hal keduniaan.
2. Memahami makna bacaan dalam solat.
3. Merasa kebesaran dan keagungan Allah
4. Hadirkan perasaan takut dan takwa kepada Allah
5. Mengharapkan balasan Allah dan memohon dijauhkan daripada neraka.
6. Merasa malu apabila berhadapan dengan Allah.

Bila kita mengangkat takbir, kita sudah meninggalkan masa dunia yang lain dan fokus untuk Allah sahaja. Sebab tu dalam Quran , syurga dijanjikan untuk orang yang khusyuk dalam ibadah mereka, bukan kerana RIAK.



Ingat 5 Perkara


demi masa...
sesungguhnya manusia kerugian...
melainkan...
yang beriman dan yang beramal soleh...
demi masa...
sesungguhnya manusia kerugian...
melainkan...
nasihat kepada kebenaran dan kesabaran...
gunakan kesempatan...
yang masih diberi moga kita takkan menyesal...
masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali...
ingat lima perkara...
sebelum lima perkara... 
sihat sebelum sakit...
muda sebelum tua...
kaya sebelum miskin...
lapang sebelum sempit...
hidup sebelum mati...
gunakan kesempatanyang masih diberi moga kita takkan menyesal..
masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali...
ingat lima perkara...

Galau? Berdoalah

Ketika hati risau, sedih, banyak masalah, bacalah sebanyak-banyaknya di setiap waktu:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

Yaa Hayyu Ya Qayyum Birahmatika Astaghii tsu
“Ya Allah, Yang Maha Hidup lagi Maha kekal, dengan rahmatMu aku mohon pertolongan.”

(Hadis Riwayat Tirmizi)

Jangan merasa susah hati, gerakkan bibir & lidah untuk berzikir,
baik ketika senang ataupun susah
kerana Allah suka mendengar doa hambaNya...





Kesalahan Kita? Orang Lain?

Kita kuat mengingati kesalahan orang lain walaupun ia mungkin berlaku hanya sekali. 
Namun kita sukar untuk mengingati kesalahan sendiri walaupun ia mungkin berlaku secara bersiri. 
JANGAN terlalu sibuk mencari kesalahan dan dosa orang lain SEDANGKAN kesalahan dan dosa sendiri belum diperbaiki.
JANGAN terlalu mudah mengata orang menipu 
SEDANGKAN diri sendiri belum tentu jujur .

Fikirkan.



Allah Tidak Jemu, Usah Kita Pula Yang Tidak Sudi




"Jikalau seorang hamba itu melakukan sesuatu dosa lalu dia merayu : Ya Allah, ampunilah dosaku!". Maka berfirmanlah Allah : "HambaKu melakukan sesuatu dosa, lalu dia meyakini bahawa ia mempunyai Tuhan yang sudi mengampuni dosa dan berkuasa menghukumnya disebabkan dosanya itu."

Kemudian apabila hamba itu mengulangi dosa itu lagi, lalu dia merayu : Ya Tuhanku, ampunilah dosaku!".  Maka Allah berfirman : "HambaKu melakukan dosa, namun dia tetap yakin bahawa ia mempunyai Tuhan yang sudi mengampuni dosa dan berkuasa menghukumnya disebabkan dosanya itu."

Seterusnya apabila hamba mengulangi dosa lagi kemudian merayu : Ya Tuhanku, ampunilah dosaku!". Maka Allah berfirman : "HambaKu berbuat dosa lagi, tetapi dia yakin bahawa dia mempunyai Tuhan yang sudi mengampuni dosa dan berkuasa menghukumnya disebabkan dosanya itu. Aku tetap mengampuni dosa hambaKu itu. Lakukanlah apa apa sahaja (Allah tetap tidak jemu mengampunkan dosanya setiap kali dia bertaubat)!"
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)





Jumaat, 1 November 2013

Sharing Your Problems

"Saya sering beritahu pada ikhwah terchenta, kalau ada masalah, cerita. Jangan simpan sorang-sorang. Jangan pendam sampai jadi masam. Nanti kepala botak, dah tak kacak. Eh.

Kadang-kadang tu, bila kita cerita masalah kita pada orang lain, masalah kita takkan selesai pon. Punyalah lama lepak di kedai mamak cerita masalah, tak jumpa solusi pon. Tapi kita akan rasa lega. Kita akan rasa ringan. Sebab kita dah kongsikan beban masalah kita tu dengan ikhwah terchenta.

Actually, sharing your problems is already part of the solution. Because by doing that, you are already looking for the solution.

Berkongsilah. Bermuayasyahlah. Berceritalah. InshaAllah anda akan ketemu kemanisan di situ. Akan ada kelegaan dan kesegaran sebaik sahaja kita kongsikan apa yang menyesakkan dada kita.

Cubalah. Anda pasti akan setuju dengan saya."


Memetik kata kata Angel Pakai Gucci di atas... Cewah.... petik bagai..

Ni bukan nak mention lelaki je, perempuan pun sama juga..

Kita ni tak boleh nak simpan masalah sorang sorang,nanti sakit.. Ni betul ye, tak tipu..  
Ada sorang ustaz ni, tapi anis tak ingat la pulak sapa ustaz tu.. Dia kata, lelaki ramai sakit sebab suka pendam masalah. Pendam masalah bi berpotensi kena sakit jantung. Sebab tu ramai lelaki kena sakit jantung. Perempuan tak banyak yang kena sakit jantung.

Ustaz tu kata lagi, kalau perempuan, dia main lepas je.. Takde simpan simpan.. Herm.. Ye ke? Hermmmm... Kot..

Tak tau lah nak celoteh apa lagi ni.. Tapi, point nye.. SHARING YOUR PROBLEMs to who you trust him/her..
Cope your problems.. bukan lari dari masalah. Cari solusinya...



Tak semua masalah kena kongsi dengan manusia.. Ada yang hanya kita dengan Allah sahaja yang tau.. Ianya menjadi rahsia antara kita dengan Allah sahaja. Yang lebih utama ialah....... MENGADU PADA ALLAH.. yeah..



Ujian Umat Sekarang


Huraian:


» Harta kekayaan, kemewahan dan pangkat menyilaukan pandangan serta dapat mengubah pendirian seseorang.

» Islam melarang umatnya bersikap terlalu mementingkan kehidupan dunia dan mengutamakan kehidupan peribadi lebih daripada kepentingan masyarakat. Sedangkan pemberian atau nikmat-nikmat keduniaan itu sebenarnya adalah suatu bentuk ujian daripada Allah SWT untuk mengukur sama ada manusia menghargainya dengan bersyukur atau tenggelam dalam kelekaan hingga menjadi kufur terhadap Allah SWT.

» Oleh itu setiap individu perlu berwaspada agar tidak menjadikan harta kekayaan sebagai alasan untuk melupakan perintah dan suruhan Allah SWT sebaliknya menjadikan nikmat-nikmat tersebut sebagai faktor pendorong untuk melakukan kebajikan dan amal soleh yang dituntut dengan ikhlas bersungguh-sungguh kerana golongan seperti ini bukan sahaja akan beruntung di dunia bahkan mendapat ganjaran besar yang di akhirat kelak.


Sumber: http://bit.ly/19WyOab

APAKAH MAKSUD ZUHUD?



Bila mendengar perkataan zuhud kebiasaannya kita beranggapan orang zuhud itu miskin, tidak berharta, tidak mengejar dunia, ulang alik masjid, tidak memandang dunia, dan seumpamanya. Betul ke itu ZUHUD?

Jom baca Hadith Nabi saw ni:
الزهادة في الدنيا ليست بتحريم الحلال ولا إضاعة الناس ولكن الزهادة في الدنيا أن لا تكون بما في يديك أوثق مما في يدي الله...

Maksud: Zuhud terhadap dunia itu bukanlah mengharamkan apa yang halal dan mensia-siakan harta. Tetapi Zuhud terhadap dunia ialah kamu lebih yakin dengan apa yang ada di sisi Allah daripada apa yang ada di tanganmu... (Riwayat al-Tirmizi)

Berkata Ibnu Ujaibah: Zuhud ialah kosongnya hati dari bergantung kepada selain Allah.





Berkata Imam Malik r.a: Zuhud itu bukanlah tidak berharta tapi mengosongkan hati darinya.

Bahkan para ulama' mengatakan orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah adalah orang yang zuhud.

Maka kesimpulannya Zuhud itu ialah tidak merasakan 'dunia ini aku yang punya', tapi dia mengambil dunia dan memanfaatkan dunia ini sebagai bekalan menuju akhirat.

Dia mengumpulkan kekayaan untuk lebih banyak bayar zakat, dapat membantu ramai yang memerlukan, dia tidak kedekut, biarpun dia memiliki kenderaan dan rumah yang besar. Sumbangannya terhadap agama juga seumpama kenderaan dan rumahnya yang besar.

Dia tidak merasakan kekayaannya itu miliknya tetapi dia lebih yakin semuanya itu pinjaman daripada Allah. Jika Allah menarik nikmat kekayaan darinya, dia tidak merasakan suatu kehilangan kerana dia tahu Allah ada bersamanya.

Dunia bukan di hatinya, dunia hanya di tangannya. Semakin banyak dunia yang diperolehnya, semakin dekat dia dengan Allah. Inilah contoh zuhudnya Sahabat Baginda saw iaitu Abdul Rahman bin Auf, seorang multi billionaire yang zuhud.

Ya, inilah erti zuhud. Tetapi jika dia merasakan dunia ini terlalu besar baginya, adalah lebih baik dia meninggalkan dunia dan mengejar akhirat yang kekal. Maka tepuk dada tanya iman kita...

Maka berZUHUDlah.


Imam Muda Hassan



Tak Kan Tidak Mahu

Tawaran ganjaran daripada Allah cukup banyak. Kerjanya mudah, pulangannya mewah. Tiada risiko kerugian. Satu satunya kerugian ialah kerugian kerana tidak mengambil tawaran Allah s.w.t tersebut!

1. Tak kan tidak mahu... dekat dengan Allah?
"Saat yang paling hampir seorang hamba dengan Tuhan ialah ketika dia bersujud. Maka perbantakkan berdoa (ketika itu). " (Riwayat Muslim)



2. Tak kan tidak mahu... berada dalam penjagaan Allah?
"Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh, maka dia berada dalam jagaan Allah." (Riwayat Muslim)

3. Tak kan tidak mahu... dosa diampunkan sekalipun tidak terkira banyaknya?
"Sesiapa yang mengucapkan : 'subahanallah wa bihamdihi' setiap hari 100 kali, gugurlah segala kesalahannya (yang kecil), sekalipun sebanyak buih di lautan." (Riwayat al Bukhari dan Muslim)

4. Tak kan tidak mahu... doa dimakbulkan?
"Tiada seorang Muslim yang mendoakan (kebaikan) untuk saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya, melainkan malaikat berdoa : "Semoga bagimu yang seumpama itu." (Riwayat Muslim)

5. Tak kan tidak mahu... Allah berselawat untuk kita?
"Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali" (Riwayat Muslim)

6. Tak kan tidak mahu... dipermudahkan jalan menuju ke syurga?
"Sesiapa yang merentasi jalan demi menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan untuknya jalan menuju ke syurga." (Riwayat Muslim)



7. Tak kan tidak mahu... dibina rumah untukmu di dalam syurga?
"Tiada seorang pun hamba yang mengerjakan 12 rakaat solat sunat selain solat fardhu setiap hari, melainkan Allah bina untuknya sebuah rumah di dalam syurga." (Riwayat Muslim)



8. Tak kan tidak mahu... pahala berqiamullail sepanjang malam?
"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah, seolah olah dia berqiamullail separuh malam. Dan sesiapa yang solat Subuh berjemaah, seolah olah dia berqimullail sepanjang malam." (Riwayat Muslim)

9. Tak kan tidak mahu... pahala berpuasa, berqiamullail dan berjihad?
"Orang yang menanggung keperluan wanita janda dan orang miskin seperti seorang yang berjihad fisabilillah, berqiamullail tidak henti henti dan berpuasa tanpa berbuka." (Riwayat Muslim)

10. Tak kan tidak mahu... pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia?
Wakafkan harta untuk membina masjid atau sekolah, didiklah anak menjadi anak soleh, dan sebarkan ilmu walaupun dengan menghadiahkan sebuah buku kecil.
"Apabila matinya manusia, terputuslah segala amalnnya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang dia manfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat Muslim)


Sama sama kita amalkan dan cuba untuk terus istiqamah dalam amalan..