Sabtu, 2 November 2013

Allah Tidak Jemu, Usah Kita Pula Yang Tidak Sudi




"Jikalau seorang hamba itu melakukan sesuatu dosa lalu dia merayu : Ya Allah, ampunilah dosaku!". Maka berfirmanlah Allah : "HambaKu melakukan sesuatu dosa, lalu dia meyakini bahawa ia mempunyai Tuhan yang sudi mengampuni dosa dan berkuasa menghukumnya disebabkan dosanya itu."

Kemudian apabila hamba itu mengulangi dosa itu lagi, lalu dia merayu : Ya Tuhanku, ampunilah dosaku!".  Maka Allah berfirman : "HambaKu melakukan dosa, namun dia tetap yakin bahawa ia mempunyai Tuhan yang sudi mengampuni dosa dan berkuasa menghukumnya disebabkan dosanya itu."

Seterusnya apabila hamba mengulangi dosa lagi kemudian merayu : Ya Tuhanku, ampunilah dosaku!". Maka Allah berfirman : "HambaKu berbuat dosa lagi, tetapi dia yakin bahawa dia mempunyai Tuhan yang sudi mengampuni dosa dan berkuasa menghukumnya disebabkan dosanya itu. Aku tetap mengampuni dosa hambaKu itu. Lakukanlah apa apa sahaja (Allah tetap tidak jemu mengampunkan dosanya setiap kali dia bertaubat)!"
(Riwayat al Bukhari dan Muslim)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan