Jumaat, 21 Februari 2014

Fastabiqul Khairat

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



“Dunia di mata aku dan engkau berbeza.

Yang aku nampak itu.
Penipuan.
Yang mampu menjerat aku ke lembah hina.
Yang mampu membuat aku lupa pada kehidupan akhirat.
Allahu.”

Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.
Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.
Tiap-tiap golongan dari keduanya, golongan dunia dan golongan akhirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapapun).
Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.

Rabu, 19 Februari 2014

Ways To Strengthen Iman

In the name of Allah Most Gracious Most Merciful

1. Learn, remember and maditate on the 99 Names of Allah

2. Reading the Quran




3. Gaining knowledge about the Sirah of The Prophet SAW

4. Dzikir

5. Reflecting, thinking and praising the universe and the complexity behind creation

6. Being in the company of good friends

7. Not leaving out any compulsory acts of worship.

8. Doing good deeds

9. Vising the dead, remembering time of death

10. Thinking about your deeds

11. Keeping good relations with people

12. Keeping away from haram things

13. Not laughing too much

14. Ask Allah to increase your




Kau Lupa... Apa Yang Kau Kata

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Di saat itu, engkau ada mengatakan "Aku kuat, sebab aku ada Allah."

Lalu, Allah uji engkau untuk melihat sejauh mana kuatnya engkau sebab DIA.

Namun, engkau jatuh terduduk. Engkau menangis. Engkau mencari manusia untuk mengadu domba.

Wahai diri.
Mengapa engkau menangis?
Mengapa engkau bersedih?
Mengapa?

Ternyata, engkau masih manusia. Engkau masih manusia lemah. Engkau mencari manusia dahulu sebelum DIA.

Tidakkah engkau ingin kata kata engkau pada awalnya?

"AKU KUAT, SEBAB AKU ADA ALLAH"

Sesungguhnya, engkau manusia pelupa.

===========================

Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri, dan manakala Kami hapuskan kesusahab itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang orang yang melampau apa yang mereka lakukan

Al Quran [10:12]

via nurelart

Sabtu, 1 Februari 2014

Nak Tahu Setara Mana Allah Sayang HambaNya Yang Bertaubat?

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Nak tahu setara mana Allah sayangkan hambaNya yang bertaubat?

Jom kita berimaginasi sikit.

Sekarang ni kita watak seorang pengembara. Watak tambahan seekor Keldai tunggangan, kita letak semua bekalan makanan dan minuman di atas Keldai tersebut.



*pejam mata untuk lebih feel*

Kita mengembara jauh, dengan the only peneman kita, Keldai.

Dalam perjalan jauh serta perit lagi memeritkan itu, kita rasa letih. Dah berapa marhalah entah.

So, kita stop berhenti berehat di bawah sepohon pokok. Dek kerana keletihan yang super, kita tidur. Tidur paling nyenyak of the year.

Bila bangun tidur ,

"Oh My Creator, mana Keldai aku?" Gelabah kerana Keldai hilang.

Perjalanan masih jauh dan bekalan makanan serta minuman masih dipikul oleh Keldai yang hilang itu.

Ketika itu kita putus asa. 'Lebih baik aku mati. Makan minum tiada' getus dalam hati yang sedih.

Dek kerana kesedihan yang teramat, kita tidur balik. Sedih la, dah tu nak makan minum apa? Nak patah balik, jauh. Nak teruskan, memang meter nyawa habis.

Tiba-tiba bangun balik, Keldai ada kat depan mata.

Masya Allah, cuba bayang, betapa gembiranya hati kita? Allahu.

*buka mata*

Dapat bayang rasa gembira tu?

Allah lebih gembira apabila hambaNya bertaubat daripada rasa gembiranya kita bila jumpa keldai yang hilang itu. Allahu .

Cerita pengembara dan keldai serta Allah lebih gembira daripada perasaan pengembara itu bukan aku reka-reka tau, sedikit olahan daripada sebuah Hadis .




So, apalagi? Jom Taubat. Allah amat suka hambaNya yang bertaubat 


via : El Daie

Riak : Macam Mana Nak Handle

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani





"Err , aku nak update status pasal Dakwah ni" aku bermonolog .

'jangan Bro , nanti riak . Riak nanti dapat Dosa ! Jangan buat , Jangan buat !' Someone bisik kat aku .

"Okayy fine . Tak jadi post . Nanti Riak bila dapat banyak like" aku membuat keputusan .

*****************************************************

Astaghfirullah, pernah hadapi situasi macam ni ?

Sesungguhnya kalian telah KALAH dengan makhluk laknat, Syaitan .

Syaitan dok gelak kalian, dengan gelak yang berapi-api .

Kalian nak buat baik, tapi dihasut Syaitan, kalian tak buat, kalian KALAH .

Kalian nak buat baik, tak jaga hati, buat baik dengan Riak, kalian kalah juga .

Aik? macam mana ni?

Buat sesuatu yang baik & Dakwah dengan Riak kalah dengan syaitan, tak buat pun kalah dengan syaitan .

Macam mana nak menang?

Haaaa, kita kena laa ada strategi kalahkan makhluk laknat ni. Let me share you how the strategy is :

1. Buat sesuatu yang baik & Dakwah itu tetiba rasa Riak. Buat je. Even still rasa Riak.


2. Lepas buat, still rasa Riak? Rasa Takabbur pun ada? Allahu, lupakah kita, Allah maha pengampun. Istighfar lahh! Astaghfirullahal a'zeem !

3. Dengan Sifat Ar-Rahman & Ar-Rahim Allah, Insya Allah Dosa Riak mahupun takabbur itu hapus.

4. Then, teruskankanlah perbuatan Dakwah itu. Teruskan kumpul amalan baik serta pahala untuk Darul Akhirat kelak .

Naaahh, lihat. Mudah bukan ?

Jangan sesekali kita pernah KALAH dengan Syaitan dalam jihad nak berbuat baik.

Teruskan berbuat baik. Jom, teruskan Berdakwah para Dai'e!