Sabtu, 1 Februari 2014

Nak Tahu Setara Mana Allah Sayang HambaNya Yang Bertaubat?

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Nak tahu setara mana Allah sayangkan hambaNya yang bertaubat?

Jom kita berimaginasi sikit.

Sekarang ni kita watak seorang pengembara. Watak tambahan seekor Keldai tunggangan, kita letak semua bekalan makanan dan minuman di atas Keldai tersebut.



*pejam mata untuk lebih feel*

Kita mengembara jauh, dengan the only peneman kita, Keldai.

Dalam perjalan jauh serta perit lagi memeritkan itu, kita rasa letih. Dah berapa marhalah entah.

So, kita stop berhenti berehat di bawah sepohon pokok. Dek kerana keletihan yang super, kita tidur. Tidur paling nyenyak of the year.

Bila bangun tidur ,

"Oh My Creator, mana Keldai aku?" Gelabah kerana Keldai hilang.

Perjalanan masih jauh dan bekalan makanan serta minuman masih dipikul oleh Keldai yang hilang itu.

Ketika itu kita putus asa. 'Lebih baik aku mati. Makan minum tiada' getus dalam hati yang sedih.

Dek kerana kesedihan yang teramat, kita tidur balik. Sedih la, dah tu nak makan minum apa? Nak patah balik, jauh. Nak teruskan, memang meter nyawa habis.

Tiba-tiba bangun balik, Keldai ada kat depan mata.

Masya Allah, cuba bayang, betapa gembiranya hati kita? Allahu.

*buka mata*

Dapat bayang rasa gembira tu?

Allah lebih gembira apabila hambaNya bertaubat daripada rasa gembiranya kita bila jumpa keldai yang hilang itu. Allahu .

Cerita pengembara dan keldai serta Allah lebih gembira daripada perasaan pengembara itu bukan aku reka-reka tau, sedikit olahan daripada sebuah Hadis .




So, apalagi? Jom Taubat. Allah amat suka hambaNya yang bertaubat 


via : El Daie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan