Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Mata Hani tertumpu pada aku yang sedang makan. Kami duduk berhadapan di meja makan di kampung. Hani tengah cuti semesta. Jadi kami pun berkumpul di rumah datuk dan nenek.
Hani masih lagi pandang aku. usai dia makan, minumlah kan. Karang tercekik pula sepupu aku sorang ni. Kami bersembang sembang di meja makan tu. Aku still lagi belum habis makan.
"Haisy! Geram aku tengok kau ni." Hani tiba tiba ajukan ayat tu pada aku
"????, ha? Kenapa?" Aku sendiri pelik.
" Lambat sangat kau kunyah. Hemmmm." Sambil buat gaya mulut mengunyah.
Hahaha.. Geli hati aku seraya menjawab, "Erk.. Lama eh? Dah aku makan macam ni, nak buat macam mana...." Meleret ayat aku.
"Yelah, geram pulak aku tengok kau makan ni. Terhegeh hegeh!"
Aku buat muka kerang busuk. Then aku jawab,
" Kan sopan. Kunyah sampai hancur. Senang hadam. Kesian perut aku nanti. Kan sunnah Nabi kunyah 40 kali. Aku yang lambat ni, wafa tu lagi lambat tau tak. Makan diam je. Suap sikit sikit pulak tu. Kalau kitorang sembang bising bising pun masa makan, dah siap makan baru dia bersuara. Makan paling sopan... Dialah. Hahaha"
Aida pun menyokong apa aku cakap tu. Bukan setakat Aida, mama pun sendiri selalu cakap macam tu. Tapi mama tak da lah masa kat rumah nenek tu.
Aida ada duduk sekali dengan kami masa makan tu. Wafa ni adik aku yang second last, umur 9 tahun. Dia tak da dengan kitorang kat rumah nenek ni. Dia kat rumah. Al maklumlah anak abah.
Aku teringat pasal kawan aku ni. Amirah nama dia. Aku, dia dan Nisa kawan rapat. Apa lagi aku pun sambung cerita aku lagi.
"Eh, kau tau tak. Aku makan lambat ni kira cepat lah. Ada kawan aku masa aku kat Mitst Klang dulu tu lagi lambat makan dia."
Hani mencelah, "Eh, eh, eh. Mitst Klang?? Abenda tuh?
Aduyaiii. Tepuk dahi. Dia lupa dah sekolah aku dulu tu. -_-
"Sekolah aku dulu lah maahad tahfiz kat Klang tu"
"Oh. Ok, ok"
Hah! Aku sambung lagi cerita pasal makan kunyah lama ni.
Haisy, tak habis habis lagi?
Belum. Hihihi. Klimaks dia tak sampai lagi. Apa point dia aku tak keluarkan lagi. Sabaq dulu naaa.
"Kawan aku tu, selalu aku pergi DM (dewan makan, bukan direct messages) makan 15 minit je. Tapi kalau pergi makan dengan dia, 15 minit jadi 30 minit tau. Dia makan sikit je, tapi makan lambat. Aku yang ambik makanan banyak dari dia pun siap dulu."
Kalau pergi makan dengan dia, dah jadi lumrah aku tunggu dia sampai dia usai makan. Kawan yang lain nak pergi basuh tangan dulu, pergilah. Aku tunggu dia. Dah jadi tabiat aku pun terikut makan lambat jugak.. Hahaha..
Amirah ni jarang pergi makan petang. Dah la kurus kering, makan biskut je dalam bilik. Hailaaa, Amirah, Amirah. Tapi kan bilik dia tu dah macam syurga makanan kat asrama tu. Banyak betul makanan. Satu rak buku tu penuh dengan makanan dorang satu bilik. Tak hairan la dia tak pergi makan. Aku dengan Nisa yang selalu pergi makan sama sama. Kalau dengan Nisa, cepat je. Nak kejar masa kan.
Tapi Amirah ni, rajin pulak pergi supper. Aku kurang rajin makan malam malam ni. Nak kena tunggu dulu, baru tidur. Yelah. Mama kata tu, duduk dulu 1/2 jam atau jalan 100 langkah baru boleh baring. Biar makan tu sampai perut. Aku memang tak boleh nak baring or tido ke lepas makan. Rasa macam nak muntah pun ada.
Amirah ada cerita dekat aku dalam family dia ni, dialah orang yang selalu pertama siap makan. Orang lain lagi lambat dari dia. tergelak dia cerita kat aku.
Aku just jadi pendengar yang setia. Aku senyum saja dengar cerita dia. Sebenarnya dalam benak fikiran aku, aku fikir berapa lama diorang makan? Paling cepat pun 1/2 jam. Agaknya 1 jam kot dorang makan.
Tapi bagus apa makan lama ni. Bukan makan lama makan banyak banyak kunyah laju laju. Yang aku maksudkan ni
makan kunyah perlahan lahan, kunyah banyak kali.
Sebenarnya memang bagus.
Bagus untuk pengahadaman. Senang perut tu nak cerna makan yang kita makan. Tu jugak salah satu cara nak jaga kesihatan dan pemakanan kita. Bukan ke Nabi ada menganjurkan kita supaya kunyah makanan sampai hancur sebelum makan? Ada kan Nabi sarankan kita supaya buat macam tu.
Nak bukti??
Dalam kitab
Ihya' Ulumuddin karangan
Imam Al Ghazali dalam bab Adab Adab Makan : Adab adab sewaktu makan beliau ada menyatakan antara adab ketika makan ialah
- Hendaklah memperkecilkan suapan
- Hendaklah memperelokkan kunyahannya
See!
Islam sendiri menyarahkan supaya kita makan dengan tertib. Kunyah makanan tu elok elok. Biar lumat dalam mulut baru telan. Banyak hikmah dia.
Sebenarnya, ada banyak kelebihan kunyah lumat lumat dulu baru telan ni. Ada satu buku ditulis oleh orang Jepun, dia ada buat kajian. Dia kata mulut kita akan mengeluarkan sejenis enzyme yang tak mungkin jumpa kat mana mana kalau kita kunyah sebanyak 40 kali. Dalam kunyahan ke 30, enzyme tu akan keluar dan kunyahan yang ke 40 dan lebih, enzyme tu akan jadi lebih banyak dan kuat. Enzyme tu berkuasa melawan sebarang kanser.
Satu lagi kajian dilakukan oleh sekumpulan pengkaji terhadap lelaki China, dan mereka mendapati:Mereka yang mengunyah makanan lebih lama (dalam kajian ini 40 kali) berbanding yang mengunyah makanan 15 kali sebelum menelan makanan mengalami kadar pengambilan tenaga yang lebih rendah (11.9% kurang) untuk makanan yang sama. Maknanya, kita boleh mengurangkan kalori makanan hanya dengan mengunyahnya!
Wow! Subhanallah! Hebatkan?
Tunggu apa lagi? Kunyah la banyak banyak lebih 40 kali lagi bagus.
Setiap apa yang Nabi Muhammad pesan pada kita tu sangat sangat sangat berguna. Satu lagi, ini sebenarnya mengajar kita supaya
lebih sopan dan sabar bila makan.
So, janganlah marah kalau orang lain makan lambat sangat. Macam aku, seriously aku ni boleh dikatakan kunyah lambat. Sampai boleh penat mulut aku mengunyah tau tak. Malas aku nak makan. Haha.. Lebih lebih tu. Tapi tak da lah aku makan sampai 1 jam tak siap siap. Even korang bagi aku coklat pun, aku makan lambat jugak. Orang makan coklat ada yang dia kunyah coklat tu. Aku tak pandai kunyah coklat. Yang aku tau, kemam dalam mulut sampai dia cair.
Ok, sampai sini je aku tumpahkan kata kata dalam bentuk tulisan. Ambil yang jernih buang yang keruh. Kalau salah, mohon tegur aku.
Maassalamah wa ilalliqa' ^_^
p/s : Kunyah chewing gum aku tak tau lah pulak enzyme tu ada ke ta -_-