Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Lihat bagaimana tuhan jadikan hamparan,
Luas lagi cintanya buat ciptaan.
Malah terjangkau, lebih sejengkal.
Tunduklah, hati tunduk.
Jangan pernah meninggi kerana akan kau tinggal semua ini.
Tunduklah, hati tunduk.
Tidakkah memadai Cinta, apalagi terkejari dunia?
Tunduklah, hati tunduk.
Jangan pernah mendongak melangit, takut takut kau lupa gumpalan tanah bercampur darah.
Andai tiada tercapai tahap sufi,
Memadai untuk kita hidup dalam keadaan suci.
Kerana tuhan itu sempurna sifatnya pada suciNya.
Syurga juga sama—
Suci.
Lalu bagaimana setitik dosa, bisa jadi bekal ke syurga?
Tunduklah, hati tunduk.
Tunduklah dari kau hidup di dunia,
Kerana sudah tiada guna untuk menyesal dihadapan tuhan sana.
Kerana kita di sana semua sama.
Dan apa yang membezakan kita,
Setitik dosa dan syurga.
..
Petikan : Allah berikan aku, kamu ; Sebuah kisah pengabdian yang tiada siapa tahu.
.
Nota hati :
Terasa jijik dalam diam,
Terasa hina sebagai hamba.
Pengabdian dan penyerahan kuberi tidak semua.
Masih bertapak kukuh dalam hati ini, dunia.
Moga kita semua mampu capai redhaNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan