Jumaat, 4 April 2014

MH370, IM529, Syria, Palestin

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Ketika Mesir dan Syria perlukan doa, kenapa sikit sangat sokongan yang diberi? Tapi bila Malaysia ditimpa musibah, satu dunia perhati.

Syria di bom dahsyat. Mesir digemparkan dengan berita hukuman mati kepada para ikhwan.


Lagi sekali beliau tanya, mana perikemanusiaan manusia?


Aku tergamam. Ya, secara jujurnya, aku ambil berat tentang MH370, sebab aku memang ada perikemanusiaan, atau sebab salah seorang manusia dalam tu orang yang aku kenal?


"Muslim di Mesir juga saudara kamu. Sebagaimana muslim di dalam pesawat MH370. Aku tak minta hashtag pray for Mesir biar trending satu dunia. Aku taknak simpati. Aku cuma nak tahu nilai kasih sayang manusia."


Padu bhai. Padu.

Ketika Mesir dan Syria perlukan doa, kenapa sikit sangat sokongan yang diberi? 
Tapi bila Malaysia ditimpa musibah, satu dunia perhati.


Syria dibom dahsyat. Mesir digemparkan dengan berita hukuman mati kepada para ikhwan.

Lagi sekali beliau tanya, mana perikemanusiaan manusia?


Aku tergamam. Ya, secara jujurnya, aku ambil berat tentang MH370, sebab aku memang ada perikemanusiaan, atau sebab salah seorang manusia dalam tu orang yang aku kenal, atau dalam tu ada warganegara sendiri?


"Muslim di Mesir juga saudara kamu. Sebagaimana muslim di dalam pesawat MH370. Aku tak minta hashtag pray for Mesir biar trending satu dunia. Aku tak nak simpati. Aku cuma nak tahu nilai kasih sayang manusia."


Padu bhai. Padu.

Kenapa ya, tak ramai yang ambil berat dan bantu golongan muslim seperti kat Mesir dengan Syria ni?
Aku tertanya tanya.
Kenapa kes Ikhwanul Muslimin, Syria kena bom, Israel serang Palestin tak seheboh kes MH370?
Padahal kes tu lebih dahsyat, lebih banyak kematian, kebenaran dizalimi. Patutnya kita ni kena prihatin tentang semua ni.

Masa mula mula kejadian MH370 tu hilang, muncul pula Raja Bomoh tu buat kepala. 
Haih.. Kadang aku geram jugak. Marah sendiri sebab memalukan Islam. Memang menjatuhkan nama Islam sungguh.

Tapi tak boleh nak salahkan diri. Dia tak tahu. Dia jahil. 
Patutnya kita doakan dia ditemukan dengan jalan yang benar.
Bukan tunding jadi kat dia sebab jatuhkan imej Islam di mata dunia.

Tapi...

Aku pelik. Kenapa dia tak pegi santau, sihir orang orang Israel, Zionis tu bagi mati?

Aku tak katalah kata kata aku ni tertuju pada Raja Bomoh tu saja. Tak.. Kepada semua yang percaya, beramal dengan sesuatu yang mensyirikkan Allah ni.

Asal dorang tak gunakan kepakaran ilmu hitam dorang tu dekat orang orang yang jahat. Dekat orang yang tak berperikemanusiaan ni. 

Kenapa? 
Kenapa?

Tolong jawab aku. Aku perlukan jawapan.

Kenapa mesti dorang gunakan ilmu hitam ni pada orang yang baik baik?
Kenapa?

Kenapa gunakan ilmu hitam tu untuk sihir orang supaya dia kawin dengan kita?
Kenapa pergi santau orang tu supaya sakit tak sembuh sembuh terus mati?
Kenapa gunakan jin untuk jaga keturunan kita?
Kenapa gunakan bomoh untuk lingkupkan perniagaan seseorang?
Kenapa pergi hancurkan rumah tangga orang?
Kenapa sihir orang yang pandai supaya dia jadi bodoh?

KENAPA???

Kenapa tak guna bomoh, ilmu hitam dia dengan jin dia tu untuk musnahkan Zionis?
Hancurkan Israel?
Kan berfaedah sikit?

Jauh dari sudut hati aku ni? 
Apa pasal dorang gunakan cara tak betul ni?

Kita ada Allah.
Kita ada Al Quran dan Sunnah.

Mintalah pada Allah.
Rujuklah Al Quran dan Sunnah.
Dalam tu banyak sangat rahsia.

KENAPA?

Kita ni asyik persoalkan saja kan?
Kenapa tak kita cari ibrah dan hikmah dia?
Apa kata kita yang ubah?
Dengan bermula pada diri sendiri.

Nak ubah DUNIA kenalah ubah DIRI sendiri dulu kan

Macam aku kata tadi, mereka ni jahil. Mereka tak tahu.
Jadi kita yang tahu ni kena beritahu..

Haaa... Di sinilah peranan dakwah tu.
Tanggungjawab kita tegur yang salah.

Amal makruf nahi mungkar.

Yang tak mampu ubah guna tangan 
kita ubah guna lisan
tak mampu juga
guna hati..

Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah lemah iman.’.” (HR. Muslim)

Kita doakan mereka ye..

Jadi..

Tak perlulah soalkan kenapa begitu, kenapa begini.

Hidup ni ada DUA pilihan sahaja.

NAK ke TAK NAK

BAIK ke JAHAT

SYURGA ke NERAKA

Akhir kata dari aku

CHOOSE THE RIGHT PATH

Ya Allah
Jangan Kau pesongkan hati kami daripada hidayah Mu..
Ameen..

*Aku rasa macam berbelit cerita aku ni..haha
Asiff jiddan 😊


Tiada ulasan:

Catat Ulasan