Sabtu, 26 Oktober 2013

Tolong Ingatkan Aku


Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh Hindustan

Tolong ingatkan aku
Di mana Islamnya zahirku
jika aurat didedahkan
disingkat, diketat dan dijarangkan

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan

Tolong ingatkan aku walaupun aku masih ingat
tak semestinya aku ingat semua





Tips Istikharah


1. Solat taubat first. Supaya dibersihkan hati dari segala dosa yang ada.

2. Kosongkan hati. Jangan cenderung kepada mana-mana pilihan

3. Lakukan dhuha selama tiga hari berturut-turut. Setiap kali lepas memberi salam pertama, cuba rasa hati terdetik pada pilihan yang mana.

4. Rujuk pada orang-orang yang soleh sebelum apa-apa keputusan.

# istikharah dilakukan tidak semestinya pada perkara yang melibatkan jodoh sahaja. Tetapi pada semua perkara yang berlaju dalam hidup.

Keputusan dari Allah itu yang terbaik. InsyaALLAH 












Selasa, 22 Oktober 2013

ABU BAKAR AS SIDDIQ YANG ZUHUD


Dr Aidh Abdullah al-Qarni telah menukilkan sifat zuhud Amirul Mukminin Saidina Abu Bakar r.a. 

Lihatlah bagaimana ketika para sahabat membawa jubah usang dan seekor keldai tunggangan milik Abu Bakar kepada pewaris khalifah kedua iaitu Umar Al-Khattab.

Di saat Umar menerima wasiatnya itu, menangislah Umar sehingga membasahi janggutnya. Betapa kezuhudan Abu Bakar benar-benar menyentuh hatinya walaupun khalifah pertama itu mampu memiliki khazanah negara jika dia inginkan.

Namun dia telah mengisi hati dengan akhirat yang kekal sehingga dunia tiada lagi tempat di hatinya..

Allahu Rabbi,

tersentuh hati ni, rasa kerdilnya diri jika melihat bagaimana Saidina Abu Bakar r.a. pada asalnya memiliki harta yang banyak, tetapi di hujung hayatnya hanya meninggalkan jubah yang usang dan keldai sahaja.. Sedangkan dia boleh mengumpulkan kekayaan, kerana dia seorang Khalifah yang memerintah...

Adakah saya dan kita mampu menjadi seperti beliau?

Adakah benar zuhud itu semestinya meninggalkan dunia? 

Tidak..
Tak semestinya harus meninggalkan dunia serta merta. Jadilah hamba yang seimbang dunia akhirat.
Kejarlah dunia seiring dengan akhirat.
Mencari redha Nya itu lebih utama daripada seisi dunia ini. 



hahah...gambar tak ada kene mengena  : )

Tampalkan Hatimu...




TAMPALKAN HATIMU-----> ( ̲̅:̲̅:̲̅:̲̅[̲̅ ̲̅]̲̅:̲̅:̲̅:̲̅ )

- HATI yang berada dalam KESAKITAN,
kita TAMPALkan dengan KETABAHAN buat pengubat DIRI..

- HATI yang berada di dalam PENGKHIANATAN & TOHMAHAN,
kita TAMPALkan dengan KESABARAN sbagai pengawal EMOSI..

- HATI yang berada di dalam KETAKUTAN,
kita TAMPALkan dengan KETAQWAAN menjadi pendinding DIRI..

- HATI yang berada di dalam KERAGUAN,
kita TAMPALkan dengan KEYAKINAN mencari petunjuk ALLAHURABBI..

- HATI yang berada di dalam KEKECEWAAN,
kita TAMPALkan dengan KEPASRAHAN menggapai redha ILAHI.




Syiling

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam poketnya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat untuk mendongak , menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.






Jangan Disalahkan Tudung

"Harap jer bertudung labuh''

Kenapa perlu disalahkan TUDUNG .
Bila si pemakainya yang tersalah LANGKAH ..??

Tudung & purdah tak SALAH ..yang SALAH pemakainya ...

Dan yang BERTUDUNG LABUH, tak semestinya BAIK . BENARLAH ...

Ketahuilah dengan bertudung LABUH ,
kami juga bukan MALAIKAT yang terpelihara dari
LUPA, ALPA, NAFSU dan sebagainya..

Kami hanya WANITA akhir zaman
yang masih MENCARI nilai SOLEHAH dalam diri ini.. :')

Andai kami SALAH, TEGURLAH..
Bukan CEMUHAN yang DIBERI..

Usah disalahkan labuhnya tudung kami ..
kerana hakikatnya kami juga insan BIASA yang masih TERCARI-CARI nur IMAN ....

Ketahuilah , dia yang menegur kamu dihadapan semua orang ,hanyalah ingin mengaibkan diri kamu . Sedangkan dia yang menegur kesalahan kamu ketika hanya ada kamu dan dia.. Ketahuilah dia benar-benar ingin menasihati mu dan ingin kamu menjadi insan yg lebih baik.

Allαh mengujimu kerαnα Allαh menyαyαngimu,
mαkα senyumlαh!(^__^)v :')




Sejuta Kawan



" Hai, geng. Amacam? "
" Hei, bila masa aku jadi geng kau ni? "
" Amboi, bukan main lagi sombong. "

Orang yang jawab macam tu bila ada orang nak kawan dengan dia sebenarnya bermasalah. Tak kiralah macam mana bentuknya. Sama ada, " Er, boleh kawan tak? " atau " Hmmm, boleh berkenalan tak? " tapi awak balun dia dengan kata kata, " Hmmm, boleh. Boleh blah. " Awak ni memang masalah...

Orang yang tak senang menerima kawan, dia akan dipinggirkan oleh kawan. Ingat, hidup ni tak boleh sorang sorang. Tak ada siapa boleh hidup seorang diri. Kita nak bina kejayaan dan keterbilangan bila ada ramai oranglah. Mana boleh mengaku berjaya sedangkan tak ada persaingan langsung.

yang betul, terima semua orang sebagai kawan, selagi orang tu bersikap macam kawan lah. tapi sebaik aje dia mula buat hal yang bukan bukan, macam dah mula makan kawan atau sikap sikap yang boleh kita senaraikan dia sebagai tak boleh buat kawan gitu, barulah kita pisahkan dia daripada senarai.

Orang yang ramai kawan, bukti peribadinya menarik. Yelah, semua nak kawan dengan dia. Dia pun mudah terima kawan. Nak tengok siapa awak, tengok siapa kawan awak. Kalau kawan kawan awak semuanya jahat, jenis suka langgar peraturan, buat bising tak pasal pasal atau melepak tak tentu hala, awak pun macam tulah. Tapi kalau kawan kawan awak baik dan membanggakan, selalunya anda pun sama.

Kan nak tengok sapa kita tengoklah kawan kita. Kita adalah siapa di sekeliling kita.

So, semak semak diri dan semak semak siapa kawan kita. Kalau diorang semua boleh dikatakan baik, anda menghampiri kebaikan ataupun memang baik. Ngeh..ngeh..ngeh.. Tapi kalau diorang semua tu setan. Maaflah kata, awak pun lebih kurang lah.

Sendiri mau ingat haaa...






Jangan Celopar Beb

Jaga mulut, jangan celopar dan jangan nak maki hamun. Orang yang suka maki hamun adalah orang yang suka dimaki hamun. Betul tak? Cuba fikir? Awak maki orang lain, mesti awak dapat balik punya. Ada ke awak maki kat orang, orang tu bagi pujian? Mahunya...

Nabi pun pernah pesan, " Mencaci ibu bapa termasuk dalam dosa." Para sahabat bertanya, " Adakah orang yang mencaci ibu bapanya?" Jawab Rasulullah s.a.w. " Ya, ada! Dicacinya bapa orang lain, lalu orang lain itu mencaci bapanya pula. Dicacinya ibu orang lain, lalu orang lain mencaci ibunya pula."

Nampak tu? Sedangkan ibu bapa pun orang maki balik, apatah lagi diri awak sendiri. Memang cari nahas.

 Apa faedahnya caci maki orang ni? Apa? Puas? Carilah kepuasan cara lain. Hidup ni jadi menarik kalau anda dipuji atau diteladani. best ke kalau awak dicaci? Lebih lebih lagi depan orang ramai dan depan orang yang awak malu pulak tu.

Maki mak bapa, ada harapan tak berkat hidup. Dengar baik baik, caci mak bapa, ada harapan tak berkat hidup. Berkat tu apa? berkat ni misteri... Bukan setakat misteri nusantara je tapi misteri di seluruh dunia,dari dulu, kini dan selamanya... Hah! Hebat takkk..

Ramai orang yang hidupnya tak bahagia atau tak tenang. Padahal duit banyak, jawatan besar dan sihat tubuh badannya, tapi asyik keluh kesah dan ayik ada je yang tak kena. Herm, ramai je kat luar sana tu. Dia rasa hidup macam tak berpihak pada dia dan asyik gelisah je. Kesian orang macam ni. Bila disemak semak latar belakang, rupanya diorang ada masalh dengan mak bapa. Kiranya anak derhaka. Nauzubillah... Jauhkan lah.. Nasib baik masih berupa orang. Kalau zaman dulu dah jadi katak dah tu, dah jadi batu kot agaknya.

Jomlah berbakti kepada pada orang tua. Anda pasti untung. Caya tak? Jom buat..!



Ahad, 20 Oktober 2013

Motivasi Senyum

Senyum tak perlu kata apa apa ~
Senyum tak perlu kata apa apa ~
Senyum tak perlu kata apa apa ~

Nyanyi sat..

Senyum ni tak pernah basi. Orang yang senyum macam kerang busuk pun orang suka tengok dia apa. Sebab muka dia manis. Senyum.. Walaupun rupa tak seberapa pun, kalau senyum nampak cantik, handsome.
Herm, betul.

Orang yang paling disenangi orang adalah orang yang paling mudah senyum. Kalau awak nak disenangi orangsekeliling, banyak banyakkanlah senyum. Senyum tu sedekah dalam agama Islam tau. Ni mesti semua orang tau. Senang je senyum, tapi ramai yang susah nak buat. Ramai ke? Herm, jawablah sendiri.

 Jangan ada kutipan sedekah or apa ke, pergi senyum kat tabung tu sudah la.. Takda duit senyum dekat tabung jadilah. Haih tak kena tempat. Baik hang senyum kat yang pegang tabung tu. Dapat juga pahala.

Cuma anis nak pesan tiga perkara ni :

1. Ketika senyum, jangan senyum meleret. Kalau senyum meleret dan banyak kali pulak tu, selalunya orang yang menerima senyuman itu akan tafsirkan lain. Contohnya anak dara  senyum meleret dan banyak kali pada lelaki yang sama. Selalunya lelaki itu akan terkandas sebab dia akan tafsirkan macam macam dan bukan bukan. Jadi ingat, walaupun senyum itu baik dan bahkan sedekah, jangan senyum meleret leret dekat yang tak sepatutnya kecuali ada maksud tertentu.


2. Senyum ketika pertama kali bertemu itu akan membayangkan bahawa awak ni orang baik, mudah didampingi, suka mendampingi, boleh dibuat kawan dan baik bila berkawan. Jadi, bila pertama kali diperkenalkan pada seseorang senyumlah. Jangan monyok dan muncung pulak, macam cencorot gitu. Alamak, akan kekal dalam ingatan orang sampai bila bila..

Tapi... Ada je orang nak buat jahat kat kita, dia senyum dulu.... Kan?

3. Senyum bila awak memang memerlukan orang senyum balik pada awak. Maksud anis, usah senyum tak pasal pasal. Pada semua orang awak senyum, itu cari nahas namanyeh.. Senyum pada yang patut dan apabila patut. Tak patut kalau tak payah. Sebab, senyum selalunya mengundang bahagia. Tapi kalau tersalah senyum, ia mengundang derita juga.

Kesimpulannya, senyumlah awak sebab mudah senyum itu motivasi diri awak yang terbaaeeekkk!!!






Wahai Muslimah!







Engkau Ibarat Mutiara di lautan
Yang Nilainya Amat Berharga


Diri Mu Perlu Dipelihara 
Dan Perlu Disaluti Dengan Akhlak
Yang Mulia

Diri Mu Perlu DiBentengkan
Dengan Perisai Malu Yang Kuat
Agar Kesucian Mahkota Mu Terpelihara
Dari Noda Dosa Dunia

Hati Mu Perlu Diikat
Bersama Ad-Din Agar Keindahan Agama Mu
Sentiasa Mekar Mencintai Yang Maha Esa

Wahai Muslimah!
Jadilah Dikau Mutiara Yang Tersimpan
Rapi Didasar Lautan Agar Kesolehan Mu
Menjadi Cahaya Peribadi Mu
Yang Sinarnya Menjadi Dambaan Syurga.

~ Mutiara Solehah Dambaan Syurga ~


Aku Ni Okey

Jumpa lagi kita. Anda ok? Jangan jawab tak ok. Jawab ok, walaupun tak ok. Tubuh badan kita ni, dia ikut apa yang kita kata dan apa yang kita rasa. Kalau kita kata kita  tak ok, dia akan bertindak tak ok. Tapi kalau kita kata kita ok, dia akan betulkan apa apa yang tak ok tu sampai jadi ok. Inilah peliknya motivasi dan psikologi.

Ramai orang tak ok,bukan betul betul mereka tak ok. Sebenarnya, mereka sendiri yang buat diri mereka hingga tak ok tu... La.. Macam mana pulak?

Macam ni, sebenarnya dia ok je. Tapi tiap kali orang tanya dia, "engkau ok tak?". Dia kata, "aku ni tak ok." atau "tak ada ok nya hidup aku ni". Maka psikologi pun bertindak hingga banyak perkara dalam hidup dia jadi tak ok.

Macam mana tu?

Macam ni lah, katakanlah anda kata, "aku ni satu sen tak guna, tak ada pandainya." Bila anda kata macam tu, yang datang ap? Apa? Malaslah! Bila dah malas, ingat nak buat apa apa ke? Herm... Mahunya. Bila dah malas, terus tak nak buat apa apa. Kalau buat pun, gaya orang malas buat kerja. Mana ada bagus atau menjadi?

Orang malas disuruh masak, memang cincai. Orang selekeh tak mahu bersolek (mean kemaskan diri,rapi), memang comot. Orang malas disuruh kerja, memang complaint aje kerjo nyeh.

Tapi kalau dia kata, aku ni rajin sebenarnya. Sikit sikit usaha dia akan menampakkan hasil, sikit sebanyak akan menampakkan perubahan pada diri dia.

Jadi, moh lah sama sama jadi manusia luar biasa bagus dan hebat sekali...



Couple Yang Halal

Indah kan kita bercinta?
Indah kan bila kita saling merindu?
Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?
Indah kan bila kita saling meluangkan masa?
Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).
Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila ‘i love you
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!


Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan  cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!
Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai ‘nikah gantung’ .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber’couple’ dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.
‘Couple’ lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
‘Couple’ lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seonok kan??
“Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.” (An-Nisa’: 1).
Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti ‘nikah khitbah’ ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi ‘couple’ dengan romantik dan halal. 
Indah kan?

Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)
-iluvislam-

Jumaat, 18 Oktober 2013

Senyum Untuk Cantik!

Senyum adalah sesuatu yang mudah tetapi berat untuk diamalkan. Indahnya di dalam Islam, senyum merupakan suatu amal kebajikan kerana melakukannya merupakan suatu ibadah sedekah.
Berikut adalah kelebihan bersenyum :
1. Senyum menyebabkan kita kelihatan lebih cantik atau hansome ! Betul tak?
Sangat betul! Haha..tak caye tengok cermin, senyum.. Mesti handsome,cantik!
2. Senyum mampu mengubah ‘mood’ kita kepada yang lebih positif dan bertenaga.
3. Senyum mengurang atau menghilangkan tekanan atau stress. Anda pernah cuba?
Kan? Muka kalau masam je pastu senyum mesti rasa lega..
4. Senyum memantapkan sistem imunisasi badan kita. Maka badan kita akan lebih tahan terhadap penyakit.
5. Senyum menyebabkan anda kelihatan lebih muda! :D
Ya!! Muda.. Sapa lah yang nak kelihatan tua..
Anis suka aim orang senyum.. Tengok gigi dia.. Kalau gigi dia cantik, wahhhh boleh jatuh hati dengan senyuman dia tu.. Pakwe Anis lagi handsome, sebab tu boleh jatuh hati.. Hahaha.. Manna adda pakwe la.. -_-
Senyum-senyumlah selalu okey!


Surah Al Fatihah

Surah Al-Fatihah .
Tipu kalau tak hafal kan ?
kalau tak macam mana nak solat , kan ?

Tapi baca saja ke ? Tak nak tahu fadhilatnya ?
Jom ketahui fadhilat membaca surah al fatihah .

***

-Penawar segala penyakit
-Menghilangkan kesakitan
-Penawar darah gemuruh, was-was dan lain-lain
-Pembuka Ikatan
-Penawar sakit mata
-Penawar sakit telinga
-Menghilangkan rasa lapar
-Penyembuh Luka
-Penerang hati
-Penawar Angin Ahmar, Strok dan lain-lain
-Mendapatkan zuriat, pangkat dan lain-lain
-Segala hajat
-Penunduk orang zalim
-Sakit gigi
-Penawar Mujarab
-Pendinding
-Murah rezeki
-Selamat dalam perjalanan
-Kaya

***

SubhanAllah

Sempurnakanlah Agamamu

Dalam memilih pasangan hidup, Islam meletakkan agama sebagai ukuran yang paling penting. Kenapa ya..

Analogi mudah:
Kita mempunyai dua buah kereta, kereta mewah berjenama BMW dan sebuah kereta biasa berjenama Produa Kancil. Kerata BMW yang kita miliki itu mempunyai masalah enjin. Sukar untuk hidup bila start, enjin pula kadang-kadang mati ketika drive, hingga kita terpaksa habiskan banyak duit untuk membaikinya.

Kereta kancil pula tiada apa-apa masalah. Enjinnya tidak pernah meragam, minyak pula jimat. Kemana sahaja kita ingin pergi, tidak terasa risau memandunya.

Orang luar akan merasa megah melihat BMW yang kita miliki, namun hati kita lebih tenang dan selesa dengan kereta Kancil.

Bila seseorang itu mempunyai agama yang sempurna. Maka indahlah akhlaknya. Lalu menyejukkan hati sesiapa sahaja yang bersamanya. Jiwa pula kan damai dengan kesetiaannya. Hidup dihias bahagia yang tidak terhingga.

Rupa, harta dan keturunan itu tidak akan terasa indah lagi, jika pemiliknya tidak sempurna akhlak serta agamanya.

Maka,
Sempurnakanlah agamamu, nescaya bahagia akan setia menunggu.

Orang yang memandang dengan mata akan melihat rupanya, namun yang memandang dengan hati akan melihat peribadinya...

- Kailan Zahari -

Khamis, 17 Oktober 2013

Buatmu Sahabat




♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Sahabatku, 
Andai ada pernah kukecil hatimu,
Andai ada pernah kumembuat salah,
Andai ada pernah kuberkata kata nista,
Maafkanlah aku & beritahulah kesalahanku...
Sahabatku,
Aku bukanlah manusia yang sempurna,
Aku adalah hamba Allah,
Yang selalu melakukan kesilapan,
Dan,
Sahabatku maafkanlah aku...
Andai pernah kumenyakiti hatimu...
♥♥♥ Sahabatku, Ku Sayang Kamu...♥♥♥ 
Moga persahabatan kita kekal ke Syurga... 
Insya Allah...
Ameen...
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

(^_^)


credit ~ CAHAYA SOLEHAH~

Fitrah Menutup Aurat


Perempuan yang belum menutup aurat dengan sempurna akan diuji dengan 'grey line' yang akan mengelirukannya dari memilih sesuatu yang tepat mengikut syariat juga berbolak-balik hatinya untuk menjadi seseorang yang menutup aurat dengan sempurna.

Perempuan yang bertudung labuh dan sudah menutup aurat dengan sempurna pula diuji dengan 'ujub, riak mahupun merasa lebih baik dari perempuan yang masih belum menutup aurat dengan sempurna.

Yang mana pun kita, kita sentiasa diuji. Kita akan dipujuk oleh rayuan dan bisikan syaitan yang berjanji menyesatkan manusia hingga hari kiamat. Bersihkan hati, kuatkan mujahadah dan mohonlah perlindunganNya.


 (Solusi: 32)

Rabu, 16 Oktober 2013

Sofea Raudhah

Usai solat Maghrib tadi, terdengar dari bilik aziemah bersembang dengan mama..

Aziemah : Mama, nanti Kak Anis mengandung mama nak bagi nama apa?
Mama : Entah, biar dia bagi nama anak dia sendiri.
Aziemah : Bagi la nama Sofea Raudhah.
Dalam hati Anis kata, "kakak awak ni kahwin pun belum. Lambat lagi. Lagi lah nak mengandung.. Belajar lagi tu..

Anis pun keluar dari bilik, then tanya kat Aziemah

Anis : Siapa Sofea Raudhah?
Aziemah : Kawan Iema..
Anis : Kenapa suka nama tu?
Aziemah : Dia kawan Iema, rambut dia macam lelaki..
Anis : Oh.. Nak letak nama tu ea? Ok, ingat tau. Nanti kakak letak nama tu ye..

Kenapalah Iema cakap macam tu..
Aziemah : Iema nak kakak kahwin dulu. Iema nak abang banyak.
Then mama kata : Nanti Iema dapat abang ramai, kakak sorang je..

Haih..budak kecik ni.. Tiba tiba cakap macam tu.. Buat terkejut orang je.





.....



Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,
Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah kesempatan

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatkanmu tertarik,
Itu bukan pilihan, itu kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan ,
Itupun adalah kesempatan .


Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut,
Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi,
Itu adalah pilihan .
Adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Bahkan ketika kita menyedari bahawa masih ramai orang lain
Yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu Dan tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpati, tertarik,
Datang sebagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.

Kita ada di dunia bukan untuk mencari
seseorang yang sempurna untuk dicintai
TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna

dengan cara yang sempurna


 credit by : Pakar Diari Hati

Doa yang Shahih



Allah perkenankanlah doa kami ini, sesungguhnya kepadaMu sahaja kami berharap


ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇِﻧِّﻲ ﺃَﺳْﺄَﻟُﻚَ ﺇِﻳﻤَﺎﻧًﺎ ﻟَﺎ ﻳَﺮْﺗَﺪُّ، ﻭَﻧَﻌِﻴﻤًﺎ ﻟَﺎ ﻳَﻨْﻔَﺪُ، ﻭَﻣُﺮَﺍﻓَﻘَﺔَ ﻧﺒﻴﻚ ﻣﺤﻤﺪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻓِﻲ ﺃَﻋْﻠَﻰ ﺩﺭﺟﺔ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ، ﺟَﻨَّﺔِ ﺍﻟْﺨُﻠْﺪ

ِYa Allah...Sesungguhnya aku memohon kepadaMu keimanan yang tidak pernah lepas, nikmat yang tidak pernah habis dan aku memohon kepadaMu agar aku bisa menemani NabiMu Muhammad shollallaahu 'alayhi wa'alaa aalihi wasallam di surga yang paling tinggi selama-lamanya.

[Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dalam Shahihnya juga diriwayatkan oleh Imam Al Hakim dalam Al Mustadrak]

Dihukum shahih oleh Imam ibnu Hibban, Imam Al Hakim di dalam Al Mustadraknya dan dipersetujui oleh Al Imam Adz Zahabi, hadith ini juga di shahihkan oleh Syeikh Syuhaib Al Arnouth

Shollu Alan Nabiy


credit by Abu Ubaidah Al Arabi
            

Belum lagi...

Herm...sekarang ni mesti ramai blogger yang sebaya dengan anis ni update "yess!!!aku dah bebas..hahaha!!". Haih,maklumlah baru lepas PMR.. Dah banyak dah jumpa orang update pasal PMR, siap tulis apa yang berlaku setiap hari lagi tu.. Silap silap anis pun buat juga, hahahaa. Cakap orang.

Walaupun PMR dah tamat lebih kurang semiggu yang lepas, rasanya tu belum bebas lagi.. Lepas ni, anis ada belajar anjal subjek azhar. Lepas tu, akhir bulan periksa lagi.. Lepas tu maybe boleh kata bebas la sikit kot..kotnya la... Habis PMR,tak bermakna bebas kawan..

Tahun depan ad SMA, then SPM. Lepas SPM, tak tau la ambik STAM or masuk U terus.. Hah,hidup ni penuh dengan cabaran. Hidup kene kuat, kena semangat, kene tabah, kene berkorban.. Banyak tu yang semuanya kena..

Abah ada pesan "Hidup ni banyak dugaan, masalah. Sekarang masalah lain, dah besar nanti masalah lain. Gikir pasal kerja la, kahwin la, duit la, macam macam. Kalau kita tak kuat hadapi ujian yang sekarang ni, macam mana bila besar nanti. Allah yang mapu tolong kita, keluarga.. Sementara ada keluarga ni, boleh la tolong. Kalau dah tak da, siapa lagi nak tolong."

Herm.. Sedih juga bila dengar macam tu.. Tapi.. tu la lumrah hidup. Siapa yang tak ditimpa ujian. Nabi pun Allah beri ujian juga..kan Allah ada berfirman : "Jangan kamu mengatakan kamu beriman, sedangkan kamu belum diuji"..

Heh! Lari tajuk dah ni..
"Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya kerana kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat" - Joseph Conrad

Disebabkan kita hamba kepada Pencipta lah kita diuji.. The point is "Ujian adalah untuk menguji ketahanan iman seseorang terhadap dugaan lahir dan batin yang menimpa."

Watak

Allah sangat cinta pada orang yang suka membersihkan hatinya.

Setiap hari, kita adalah seorang yang baru. 

Tajdid niat kita selalu.

Setiap apa yang kita buat hanyalah 

"lillahi taa'la "

^ - ^




Beri

Apa yang kita makan untuk diri sendiri itu akan habis... Tapi apa yang kita beri kepada orang lain itu akan kekal sehingga ke akhirat.

Umpama kita melaburkan harta kita kejalan Allah untuk kesenangan kita di hari kemudian... Muslim yang bijak pasti akan banyak memberi, kerana itulah 'matawang' akhiratnya yakni PAHALA yang berlipat kali ganda. Kalau kita beri 1, Allah akan membalasnya sebanyak 700 lipat kali. Memberi kerana Allah, Allah akan beri/balas pemberian kita itu dengan pemberian yang lebih baik daripada pemberian kita... ^^

What you give,you get back.. Kalau baik kita beri,baiklah juga yang kita akan dapat..
Tak kiralah beri apa apa pun.. Senyum pun boleh, pun dikira memberi. Tapi kenalah pada tempatnya, jangan pula orang lemas senyum diberi. Memangla tak dapat nak tolong macam tu..