Selasa, 22 Oktober 2013

ABU BAKAR AS SIDDIQ YANG ZUHUD


Dr Aidh Abdullah al-Qarni telah menukilkan sifat zuhud Amirul Mukminin Saidina Abu Bakar r.a. 

Lihatlah bagaimana ketika para sahabat membawa jubah usang dan seekor keldai tunggangan milik Abu Bakar kepada pewaris khalifah kedua iaitu Umar Al-Khattab.

Di saat Umar menerima wasiatnya itu, menangislah Umar sehingga membasahi janggutnya. Betapa kezuhudan Abu Bakar benar-benar menyentuh hatinya walaupun khalifah pertama itu mampu memiliki khazanah negara jika dia inginkan.

Namun dia telah mengisi hati dengan akhirat yang kekal sehingga dunia tiada lagi tempat di hatinya..

Allahu Rabbi,

tersentuh hati ni, rasa kerdilnya diri jika melihat bagaimana Saidina Abu Bakar r.a. pada asalnya memiliki harta yang banyak, tetapi di hujung hayatnya hanya meninggalkan jubah yang usang dan keldai sahaja.. Sedangkan dia boleh mengumpulkan kekayaan, kerana dia seorang Khalifah yang memerintah...

Adakah saya dan kita mampu menjadi seperti beliau?

Adakah benar zuhud itu semestinya meninggalkan dunia? 

Tidak..
Tak semestinya harus meninggalkan dunia serta merta. Jadilah hamba yang seimbang dunia akhirat.
Kejarlah dunia seiring dengan akhirat.
Mencari redha Nya itu lebih utama daripada seisi dunia ini. 



hahah...gambar tak ada kene mengena  : )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan