Jumaat, 18 Oktober 2013

Sempurnakanlah Agamamu

Dalam memilih pasangan hidup, Islam meletakkan agama sebagai ukuran yang paling penting. Kenapa ya..

Analogi mudah:
Kita mempunyai dua buah kereta, kereta mewah berjenama BMW dan sebuah kereta biasa berjenama Produa Kancil. Kerata BMW yang kita miliki itu mempunyai masalah enjin. Sukar untuk hidup bila start, enjin pula kadang-kadang mati ketika drive, hingga kita terpaksa habiskan banyak duit untuk membaikinya.

Kereta kancil pula tiada apa-apa masalah. Enjinnya tidak pernah meragam, minyak pula jimat. Kemana sahaja kita ingin pergi, tidak terasa risau memandunya.

Orang luar akan merasa megah melihat BMW yang kita miliki, namun hati kita lebih tenang dan selesa dengan kereta Kancil.

Bila seseorang itu mempunyai agama yang sempurna. Maka indahlah akhlaknya. Lalu menyejukkan hati sesiapa sahaja yang bersamanya. Jiwa pula kan damai dengan kesetiaannya. Hidup dihias bahagia yang tidak terhingga.

Rupa, harta dan keturunan itu tidak akan terasa indah lagi, jika pemiliknya tidak sempurna akhlak serta agamanya.

Maka,
Sempurnakanlah agamamu, nescaya bahagia akan setia menunggu.

Orang yang memandang dengan mata akan melihat rupanya, namun yang memandang dengan hati akan melihat peribadinya...

- Kailan Zahari -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan