Rabu, 16 Oktober 2013

Belum lagi...

Herm...sekarang ni mesti ramai blogger yang sebaya dengan anis ni update "yess!!!aku dah bebas..hahaha!!". Haih,maklumlah baru lepas PMR.. Dah banyak dah jumpa orang update pasal PMR, siap tulis apa yang berlaku setiap hari lagi tu.. Silap silap anis pun buat juga, hahahaa. Cakap orang.

Walaupun PMR dah tamat lebih kurang semiggu yang lepas, rasanya tu belum bebas lagi.. Lepas ni, anis ada belajar anjal subjek azhar. Lepas tu, akhir bulan periksa lagi.. Lepas tu maybe boleh kata bebas la sikit kot..kotnya la... Habis PMR,tak bermakna bebas kawan..

Tahun depan ad SMA, then SPM. Lepas SPM, tak tau la ambik STAM or masuk U terus.. Hah,hidup ni penuh dengan cabaran. Hidup kene kuat, kena semangat, kene tabah, kene berkorban.. Banyak tu yang semuanya kena..

Abah ada pesan "Hidup ni banyak dugaan, masalah. Sekarang masalah lain, dah besar nanti masalah lain. Gikir pasal kerja la, kahwin la, duit la, macam macam. Kalau kita tak kuat hadapi ujian yang sekarang ni, macam mana bila besar nanti. Allah yang mapu tolong kita, keluarga.. Sementara ada keluarga ni, boleh la tolong. Kalau dah tak da, siapa lagi nak tolong."

Herm.. Sedih juga bila dengar macam tu.. Tapi.. tu la lumrah hidup. Siapa yang tak ditimpa ujian. Nabi pun Allah beri ujian juga..kan Allah ada berfirman : "Jangan kamu mengatakan kamu beriman, sedangkan kamu belum diuji"..

Heh! Lari tajuk dah ni..
"Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya kerana kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha sehingga ke akhir hayat" - Joseph Conrad

Disebabkan kita hamba kepada Pencipta lah kita diuji.. The point is "Ujian adalah untuk menguji ketahanan iman seseorang terhadap dugaan lahir dan batin yang menimpa."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan