Jumaat, 31 Januari 2014

Raih 5 Kekayaan

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Apabila kita bercakap soal kekayaa, kita akan terbayang wang berjuta juta. Ada juga yang membayangkan wang yang sarat di dalam bank, malah berjalan dengan dompet tebal terisi wang beribu.

 Semuanya tidak membawa apa apa makna selagi hutang masih keliling pinggang. hutang kereta masih belum langsai manakala rumah pula masih perlu dibayar hingga 20 hingga 30 tahun.
Ada banyak lagi kekayaan selain wang ringgit. Ayuh kita perhatikan lima kekayaan yang harus ada dalam diri kita :

1. Kaya Keluarga

Mempunyai keluarga yang bahagia dan menyayangi antara satu sama lain merupakan satu kekayaan paling terbesar. Tidak ada gunanya jika mempunyai wang yang banyak, tetapi tidak bahagia ketika bersama sama keluarga. Hati berasa benci untuk pulang melihat isteri dan anak anak. Hidup terasa sunyi dan bosan walaupun mempunyai wang yang banyak.

2. Kaya Gembira


Gembira merupakan kerjaya juga merupakan satu kekayaan. Apabila kita gembira dengan perkara yang kita usahakan, pasti kita bahagia dengan kehidupan seharian. Bayaran yang diperoleh daripada pekerjaan yang dilakukan bagaikan satu bonus besar.

Mungkin kita boleh mendapat wang lebih banyak daripada satu pekerjaan yang lain. Namun, jika pekerjaan itu memberi tekanan dan rakan rakan kerja pula tidak ada persefahaman, ia boleh membuat kita terasa miskin.

3. Kaya Sahabat

Adakah anda mengenali seseorang yang ke mana mana sahaja dia pergi, mesti ramai orang yang menegurnya, ramai pula yang suka membantunya? Inilah kaya sahabat!

Ada seorang hamba yang tidak mempunyai pendapat yang lumayan. Hidupnya sederhana, namun kehidupannya berjalan lancar. Ini disebabkan beliau mempunyai ramai kawan yang suka membantu.

Apa apa sahaja projek yang hendak diusahakan, beliau dapat melaksanakn secara mudah dengan bantuan kawan kawannya, tidak kira perkara yang besar mahu pun kecil. tanpa diminta, kawan kawannya akan menghulurkan bantuan.

4. Kaya Pengetahuan

Seseorang yang kaya dengan ilu pengetahuan tidak boleh ditandingi oleh orang lain. Mudah sahaja mahu menjadi kaya dengan ilmu pengetahuan.

Semakin banyak ilmu pengetahuan yang kita pelajari, kita semakin kaya dengan pengetahuan. Masyarakat juga amat menghormati seseorang yang banyak ilmu pengetahuan. Ilmu itu menjadi lebih bermakna lagi jika kita berkongsi dengan masyarakat.

5. Kaya Tanpa Memikirkan Soal Wang
Apabila kita sudah tidak perlu memikirkan soal wang dan bebas daripada segala jenis hutang piutang, maka itulah sebenar benar kaya!

Tinggal lagi kita hanya perlu berfikir aktiviti untuk membuang kebosanan dek membuat perkara yang sama atau cara untuk berjaya lebih jauh.

Jika anda berada dalan salah satu golongan kaya yang disebut di sini, alhamdulillah. Jika tidak, masih belum terlambat lagi  untuk mengusahakannya. Janganlah pula menjadi "kaya hutang", maka sampai bila bila pun kita tidak akan kaya.

Berusahalah memiliki lima kekayaan ini. Jangan terlalu semata mata mengejar kekayaan wang. Kekayaan sebenar bukan sekadar wang ringgit!

Sumbangan Ikhlas

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Surau AlMuhajirin sedang dalam usaha untuk diperbesarkan. Setiap ustaz yang akan memberi kuliah akan diminta untuk berkempen. Malam itu giliran Ustaz Ahmad memberi kuliah bulanannya.

Pada akhir kuliah, Ustaz Ahmad berkata : "Saya diminta oleh jawatankuasa surau supaya tuan tuan dan puan puan menderma untuk tabung pembinaan surau ini.

"Tetapi alhamdulillah, sebenarnya kami sudah ada dana terkumpul untuk malam ini!"

Seluruh jemaah gembira bukan main.

"Cuma..." Ustaz berhenti sambil pandangannya dihalakan kepada seluruh jemaaah.

"Cuma apa ustaz?"

Duit duit itu masih berada dalam beg dan dompet tuan tuan dan puan puan sekalian!"

Dan malam itu menjadi sejarah kuitpan derma terbanyak dalam satu malam.

Pengajaran
Serulah orang ke arah jalan Allah dengan bijaksana. Berapa banyak kegagalan disampaikan dek tidak diiringi kebijaksanaan.


Khamis, 30 Januari 2014

Sia Sia Amalan Jika...

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



1. Hasad
" Beringatlah kamu daripada hasad! Sesungguhnya hasad memakan semua kebaikan sebagaimana api memakan kayu." (Riwayat Abu Daud)

Hasad ialah perasaan tidak selesa jika melihat orang lain mengecap sesuatu nikmat, dan mengharapkan nikmat itu lenyap daripada saudaranya.

Alangkah ruginya solat yang dilakukan sehari hari. Pahala hilang kerana berasa iri hati melihat jiran berkereta baharu!



2. Menghina saudara seiman
" Cukuplah seseorang itu melakukan kekejian dengan menghina saudara Muslimnya!" (Riwayat Muslim)

Ia bermula dengan satu sikap, iaitu mudah memandang hina orang lain. Lalu diterjemahkan dengan perkataan dan perbuatan yang menghina saudaranya.

Namun sekadar dengan perasaan, akibatnya sudah cukup dahsyat.

3. Takbur
Permulaannya sikap mudah memandang hina orang lain. Kemudian terbentuklah satu lagi sikap keji iaitu takbur.

Takbur ialah perasaan diri lebih baik, mulia sedangkan orang lain hina dan rendah kedudukan daripada dirinya. Cukuplah  dengan sekelumit takbur di hati, tertutuplah pintu syurga untuk kita.

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah : "Seorang lelaki yang suka bajunya cantik dan kemas, sandalnya yang baik. Bagaimana dengannya?"

Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah Maha Cantik, dan suka akan kecantikan. Takbur itu menyanggah kebenaran (kerana ego) dan menghina orang lain!" (Riwayat Muslim)

Rasulullah mengingatkan hal ini dengan mengisahkan : "Ada seorang lelaki berkata : 'Demi Allah, Allah tidak akan mengampunkan si fulan!' (dia memandang hina saudaranya si fulan kerana sentiasa dalam maksiat).

Lalu Allah berkata : 'Siapakah yang berhak memutuskan ke atasKu untuk tidak mengampunkan si fulan? Sesungguhnya Allah telah ampunkan si fulan, dan Aku gugurkan segala amalanmu!' " (Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak akan masuk syurga, sesiapa yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah rasa takbur!"

4. Bergaduh sesama Muslim
"Dibukakan pintu syurga setiap hari Isnin dan Khamis, lalu diampunkan semua manusia yang tidak mensyirikkan Allah, kecuali orang (daripada mereka) yang saling bertelingkah.

Maka, diseru : "Tangguhkan dua orang ini sehingga mareka berbaik. Tangguhkan dua orang ini sehingga mereka berbaik." (Riwayat Muslim)

Marilah sama sama kita menjaga hubungan baik sesama kita. Mudah mudahan diredhai Allah dan amalan kita tidak sia sia.

Terima Kasih, Posmen!

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

 Bayangkan seorang anak menerima kiriman cek dari ayahnya. Dia memeluk posmen yang menghantar kiriman cek itu dan mengucapkan terima kasih berulang ulang kali.

Dia memuji posmen yang membawa cek tersebut. Dia menyatakan perasaan terhutang budi kepada si posmen. Dia tidak langsung menelefon ayahnya dan berterima kasih atas kiriman cek tersebut.

Spontan kita akan katakan betapa tidak wajarnya si anak ini. Di sebalik kegembiraannya dia sudah terlupa kepada pemberi cek sebenar.

Hal yang sama berlaku kepada kebanyakan manusia. Manusia yang sering terlupa bahawa hakikat sebenar pemberi rezeki ialah Allah.

Mungkin "posmen" yang membawa rezeki tersebut ialah suami, ayah, ketua kampung, jiran yang pemurah atau sesiapa sahaja. Hakikat sebenar semua rezeki datang dari Allah.

Berterima ksih kepada manusia dan bersyukur kepada Allah.


7 Sunnah Hebat

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.





Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.





Ketiga:

Solat berjemaah. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.




Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.





Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.





Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.





Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.






Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua. 

Petua Mencuci Hati

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


  1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

  2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

  3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

  4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

  5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

  7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya

  8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

  9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

  10. Kekalkan wuduk.

  11. Bersedekah.

  12. Belanja orang makan.

  13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

  14. Berkawan dengan ulama.

  15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

  16. Pesan pada orang, jadi baik.

  17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.
- See more at: http://sehinggit.blogspot.com/2012/05/17-petua-mencuci-hati-oleh-datuk-dr.html#sthash.y23lr9jc.dpuf

Solat Subuh Menjadi Penghalang Masuk Neraka?

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Rasulullah SAW bersabda : "Tidaklah akan masuk neraka orang yang melaksanakan solat sebelum terbitnya matahari (yaitu solat subuh) dan solat sebelum tenggelamnya matahari (yaitu solat asar)." (H.R. Muslim no. 634)

SOLAT SUBUH JAMINAN MASUK SYURGA

Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang mengerjakan solat bardain (yaitu solat subuh dan asar) maka dia akan masuk syurga." (H.R. Bukhari no. 574 - Muslim no. 635)

SOLAT SUBUH DAPAT PAHALA SEPERTI SOLAT SEMALAMAN

Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang solat isya' berjamaah maka seolah-olah dia telah solat malam selama separuh malam. Dan barangsiapa yang solat shubuh berjamaah maka seolah-olah dia telah solat seluruh malamnya." (H.R. Muslim no. 656)

SOLAT SUBUH MENDAPAT JAMINAN KESELAMATAN

Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah. Oleh karena itu jangan sampai Allah menuntut sesuatu kepada kalian dari jaminan-Nya. Kerana siapa yang Allah menuntutnya dengan sesuatu dari jaminan-Nya, maka Allah pasti akan menemukannya, dan akan menelungkupkannya di atas wajahnya dalam neraka jahannam." (H.R. Muslim no. 163)

BERCAHAYA DI HARI KIAMAT

Rasulullah SAW bersabda : "Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan (Isya' dan Subuh) menuju Masjid, dengan cahaya yang sangat terang pada hari Kiamat kelak."
(H.R. Ibnu Majah - Tirmidzi)

SOLAT SUBUH LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN ISINYA

Rasulullah SAW bersabda :
"Dua rakaat solat subuh itu lebih baik dari dunia beserta isinya." (H.R. Muslim - Ahmad)

PARA MALAIKAT MENYAKSIKAN

Allah SWA berfirman : "Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat Subuh tu disaksikan (oleh malaikat)." (Q.S. Al-Isra' 78)

Rasulullah SAW bersabda : "Dan para malaikat malam dan malaikat siang berkumpul pada shalat fajar (subuh)." (H.R. Bukhari no. 137 - Muslim no. 632)

SubhanAllah...
Begitu banyak keistimewaan yang tersembunyi dibalik solat subuh. Sungguh merugilah kita yang telah sengaja meninggalkan serta melalaikannya.

Semoga kita tetap menjadi Umat Nabi Muhammad SAW yang senantiasa istiqamah dalam melaksanakannya. Niscaya kita akan termasuk golongan orang-orang yang beruntung di dunia juga di akhirat kelak. InsyaAllah.

Semoga catatan ini bermanfaat untuk kita semua. Dan menjadikan kita sebagai insan yang selalu istiqamah menjalankan solat subuh...

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin...

Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad 

Rabu, 29 Januari 2014

Hawa


Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Hawa itu kadang keliru.
Mahu terus membisu, bimbang disalah tafsir.
Mahu berlaku jujur, terpalit segan.
Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu.
Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.

Hawa itu kadang buntu.
Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.

Hawa, hatinya sangat rapuh.
Jiwanya sangat sensitif.
Matanya mudah saja berkaca.
Kata mereka itu tanda lemah.
Itu semua adalah Fitrah.

Bukan Hawa mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati.


Cara Terbaik Untuk Berdoa Untuk Jodoh!

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Nowadays, ramai yang berdoa macam ni :

Ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Jika dia bukan untukku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu.

Tapi sikit bilangan yang berdoa :

Ya Allah, jika hadirnya dia menjarakkan hubunganku denganMu, maka jarakkanlah hatiku dan hatinya
Jika hadirnya dia mendekatkan hubunganku denganMu, maka dekatkanlah hatiku dan hatinya.

Okey, apa beza dua doa ini?

Tak salah nak amal yang mana mana tapi salah satu doa itu menunjukkan kita lebih pentingkan Cinta Allah dari Cinta HambNya.

Pastikan hubungan kita dengan Allah sentiasa dijaga... ^_^

Muhasabah. Fikirkan mana yang terbaik!



The Story Of A Sad Girl

In The Name Of Allah The Most Beneficent The Most Merciful


Her name was Abby, she was only five. This is what happened when she was alive.

Her dad was a drunk and her mom was an addict. Her parent kept her, locked in an attic. Her only friend, was a little toy bear. It was old and worn out, and had patches of hair. She always talked to it when no one's around. She lays there and hugs it, not a peep of sound.
Until her parent unlock the door. Some more and more pain. She'll have to endure. A bruise on her leg, a scar on her face.
Why would she be in such a horrible place?
But she grabs her bear and softly cry. She loves her parent, but they want her to die. She sits in the corner. Quiet but thinking.
"God, why? Why is my life always sinking?"
Such a bad life, for a sad little kid. She'd get beaten and beaten for anything she did.
Then one night, her mom came home high. The poor child was hit and slapped as hours went by. Her mom suddenly grabbed for a blade. It was sharp and pointy, one that she made. She impaled the blade, right in her chest.
"You deserve to die! You worthless pest!"
The mom walked out, leaving the girl slowly dying. She grabbed her bear and again started crying.
Police showed up at the small little house. They quickly barged in, everything was as quiet as a mouse. one office slowly opened a door. To find the sad little girl, laying on the floor. It must have been bad to go trough so much harm.
But at least she died with her best friend in her arms  



Selasa, 28 Januari 2014

Bukan Kebetulan, Tapi Ada Tujuan

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Bukan sekadar kebetulan - Itu adalah Allah

Pernahkah saat kau duduk bersantai dan sedang menikmati harimu, tiba tiba terfikirkan ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang?
Itu adalah Allah yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk pintu hatimu
(4:114, 2:195, 28:77)

Pernahkah saat kau sedang sedih,kecewa tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat curahan hati?
Itu adalah Allah yang sedang rindu padamu dan ingin agar kau berbicara padaNya
(12:86)


Pernahkah tanpa sengaja kau memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu, tiba tiba orang tersebut muncul, atau kau bertemu dengannya, atau kau menerima call dari dia?
Itu adalah kuasa Allah yang sedang menggembirakanmu. Tidak ada yang namanya kebetulan
(3:190 - 191)

Pernahkah kau mendapat sesuatu yang tak terduga, selama ini kau inginkan tapi rasanya sulit untuk kau dapatkan?
Itu adalah Allah yang mengetahui dan mendengar suara hatimu serta hasil dari benih kebaikan yang kau taburkan sebelumnya
(65:2 - 3)


Pernahkah kau dalam situasi buntu, semua terasa begitu sulit, begitu tidak menyenangkan, hambar, kosong bahkan menakutkan?
Itu adalah saat Allah mengizinkan kau untuk diuji dan Allah ingin mendengar rintihan serta doamu agar kau menyedari akan keberadaanNya... Kerana tahu kau sudah mulai melupakanNya dalam kesenangan
(47:31, 32:21)

Jika kau peka, kau akan selalu sedar  bahawa KASIH dan KUASA Allah selalu ada di saat manusia merasa dirinya tak mampu. Apakah kau fikir tulisan ini hanya saja saja terkirim padamu?
Tidak!!!
Sekali lagi, tidak!
TIDAK ADA YANG KEBETULAN...
Sekali lagi, TIDAK ADA YANG KEBETULAN...

Beberapa minit ini tenangkanlah dirimu, rasakan kehadiranNya ... Dengarkan suaraNya yang berkata : "Jangan khuatir... AKU di sini bersamamu"
(2:214, 2:186)

"Kami lebih lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"
(50:16)

"Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu"
(56:86)

Allah tidak menjadikan sesuatu secara kebetulan tetapi dengan tujuan.
Carilah tujuan itu dan bertindaklah selaras dengannya, insyaAllah hidup akan lebih terisi dan bererti.
Dalam sunyi ada muhasabah. Dalam ramai ada ukhwah.
Dalam sedih ada tarbiah.
Dalam ceria ada mahabbah.

Jom Betulkan Ungkapan

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Dengan sgenap nafasku hidup dalam nikmatMu... Kehidupan telah pun Dia rencanakan untukku, untuk kamu, untuk semua makhluk ciptaanNya.

Masya Allah! Subhanallah...!

Inilah perkataan takjub yang perlu bersama kita ungkapkan apabila menikmati suatu keindahan - bukannya dengan ungkapan seperti "pergh, cantik GILER!" atau "sedap GILER!". Jika difikirkan kembali, mengapa kita sandarkan keindahan yang Allah ciptakan kepada GILER?

Mengapa tidak diungkapkan ZIKRULLAH yang indah? Sesungguhnya, apa yang ada di dunia ini merupakan suatu keindahan yang sejak azalinya Allah yang ciptakan. Ayuh, sahabat... Tukarlah perkataanmu yang bersandarkan kepada negatif itu kembali kepadaNya... Sesungguhnya Allah itu suka akan kecantikan. Kecantikan yang subjektif merangkumi fizikal, mental mahupun rohani.

SUBHANALLAH, cantiknya ciptaan Allah!

Merangkumi sesuatu itu tidak salah. Namun, perlulah betul caranya. Diri ini berbicara bukan untuk berlagak pandai. Namun, untuk mengingatkan kembali diri sendiri juga. Perbetulkan tutur kata kita.

SUBHANALLAH, cantiknya...!
ALLAHUAKBAR, hebatnya...!
MASYA ALLAH, comelnya...!

* Subhanallah bermaksud 'Maha Suci Allah'.
* Allahuakbar bermaksud 'Allah Maha Besar'.
* Masya Allah bermaksud 'apa yang Allah kehendaki'.

Ingatlah, tiada kuasa yang lebih Hebat melainkan kuasa Allah SWT. Oleh sebab itu, kembalikanlah semuanya kepadaNya. Tidak ada ruginya kita mengingati Allah dengan mengungkapkan ungkapan zikrullah, bahkan, insya Allah, kita akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT kerana mengingatiNya. Amin.



Antara ungkapan lain yang boleh kita ubah termasuk ungkapan :


  • "OMG (Oh My God!)" -----> "Ya Allah!"
  • "Teruknya!" -----> "Nauzubillah" (bermaksud 'Kami memohon perlindungan Allah')
  • "Alright!" -----> "Insya Allah" (bermaksud 'Jika diizinkan Allah')
  • "Yay!" atau "Bestnya!" -----> "Alhamdulillah" (bermaksud 'Segala puji hanya bagi Allah)
  • "Alamal" atau "Oops!" -----> "Astaghfirullah" (bermaksud 'Aku memohon keampunan Allah')

Jom betulkan ungkapan ! ^_^

Selasa, 14 Januari 2014

Andai Allah Buka Aib Kamu..



Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Andai Allah bukak aib aku... Ya Allah.. Ya Allah.. YA ALLAH... :'(
Pasti ramai yang mengeji diri ni.. Allah...
NikmatMu sungguh besar. Kau menutup segala keaiban hambaMu.
Allahu Akbar!

Asal Kangkung?

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Asal kangkung? Kenapa dengan kangkung ni? Kangkung? Tengok kat fb ada orang update pasal kangkung, kat twitter pun ada orang tweet pasal kangkung. Asal sebenarnya ni?

Tengah saja saja bukak dashboard blogger ni, ternampak pulak kat blog yang aku follow tu dia ada update pasal kangkung.
http://www.ainizakaria.my/2014/01/ada-apa-dengan-kangkung_13.html

Laaaa.... Rupanya harga kangkung dah turun. Tak ambik tau pulak aku.. Hahaha..
Aku cakap dengan mama, asal dengan kangkung ni? Ohh..kangkung dah turun harga.. Hehe
Mama kata, heh, kangkung. Tak makan..

Haha.. Aku pun dah tak makan kangkung ni.. Mama pun dah tak masak sejak ada cerita pasal lintah hidup membiak dalam perut tu. Tambah tambah lagi mak cik aku cerita kawan dia ada kena macam tu, meninggal dah orangnya. Well, tapi ajal tu tak kira tempat. Maut tak dapat ditolak walau berhati hati macam mana pun.

Hah.. Lepas ni makan kangkung je la kau nak jimat.. Tu pun kalau lalu la nak hadap tu je.. ;p

SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.

Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.

"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.

"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.
Ada apa dengan "Kangkung"?
Ni aku cilok dari blog aku tengok tadi.. Haha.. Sorry 
Baik punya cilok! wooo

Ahad, 12 Januari 2014

Keadaan Yang Akan Membuat Kita Tersenyum Tanda Syukur

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Banyak benda dalam dunia ni yang buat kita tersenyum gembira. But dont forget one this thing.

BERSYUKUR

Antara keadaan yang buat kita tersenyum tanda syukur :


  1. Senyumlah ketika anda bersama keluarga kerana masih ramai yang tidak memiliki keluarga...
  2. Senyumlah apabila anda perki bekerja kerana masih ramai mereka yang belum memiliki pekerjaan...
  3. Senyumlah apabila anda berpeluang untuk menyambung pelajaran kerana ramai di luar sana tidak memperoleh peluang seperti anda...
  4. Senyumlah ketika anda sihat kerana mereka yang sakit sanggup membayar dengan bayaran yang mahal untuk mendapat nikmat kesihatan.n Namun kesihatan tak dapat dibeli dengan wang, sayang...
  5. Senyumlah kerana anda masih hidup kerana berapa ramai mereka yang telah mati bercita cita untuk hidup kembali untuk melakukan amal soleh...
  6. Senyumlah dengan apa yang anda memiliki kerana berapa ramai mereka yang bercita cita untuk menjadi seperti anda...
  7. Senyumlah jika orang yang anda sayangi ada didepan mata dan hargailah mereka kerana ramai yang menderita kehilangan orang yang disayangi
  8. Senyumlah apabila anda memiliki sahabat, teman yang setia berkongsi dengan anda kerana ramai yang sendiri mencari dan masih tidak menjumpai
  9. Senyumlah jika anda masih memiliki tempat untuk berlindung kerana ramai di luar sana yang bergelimpangan di jalanan, tiada tempat untuk berlindung dari panas terik,hujan ribut.
  10. Senyumlah kerana masih ada rasa SYUKUR dalam hati anda, masih ada iman kerana Allah sayang hamba hambaNya.



Sabtu, 11 Januari 2014

Apa??! Pukul 3??

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Hari Sabtu, 4 Januari. Esoknya 5 Januari. Tarikh keramat lahirnya Adibah Anis Binti Ishak ke bumi Allah sebagai khalifah di bumi ni. umur semakin meningkat. Tua. Adakah yang lain pun meningkat jugak? Amal? Iman? Cinta kepada Allah, Rasul? Insya Allah, usaha untuk tingkatkan semua tu.

Hari tu amna dengan mama keluar, beli barang. Dorang balik siap bawa barang barang nak buat kek. Hehehhh... Dah dapat detact! Untuk aku ke.. Oppsss! Jangan perasan dulu. Ok, ditepis. No more perasan walaupun dah tau untuk apa sebenarnya.

Terharu!!! Sayang jugak dorang kat aku. Amna pun mulakan la misi dia buat kek tu dari lepas zohor. Pulak tu kukus kek tu sampai lepas isyak tak siap siap. Mak aih! Lamanya. Tak naik naik. Amna..amna..amna.. Kek coklat dia buat. Herm.. Tu je la kek yang dia selalu buat. Tak da kek lain ke amna?! ok, its OK.. Never mind, tak kesah la apa pun. Yang penting appreciate apa orang dah buat tu.

Anis biar je amna tu buat. Tolong sikit sikit..
Errr... Anis? Herm.. Tukar la. Macam skema sangat.  Aku guna aku. Ok kan?

Dah siap kek tu, dah hias bagai abah cakap suruh aku potong kek tu pukul 3. Apa?? Tak salah dengar ke? Aku nak tido pukul 3 tu. Rasanya semua pun tengah tido masa tu. Well, only propa. Cakap je, tak buat pun.

Kenapa pukul 3 erk? Kenapa?
Sebab abah kataaa aku lahir pukul 3, nak dekat dekat subuh. Jenuh abah tunggu. Almaklumlah anak sulung. Excited habis la abah masa tu kot. Wah.... Melting aku dengar. Besarnya pengorbanan.

Ok! Tido. Penatlah menaip ni.. Sambung lain kali pulak..
See ya! Daaa  ^_^

Nak Mati Ke Aku Ni?

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Hai !
Nak mati ke aku? Tu lah soalan yang bermain dalam kepala otak anis bila tarikh lahir semakin hampir. Kenapa? Nak tau kenapa anis fikir macam tu?
Sebabnya..... Pak cik anis ada cakap, "tarikh lahir seseorang tu biasanya dekat dengan tarikh lahir dia". Tak percaya? Cuba perhatikan surat surat mati.. Tulah yang pak cik anis cakap sebab die selalu tengok surat mati orang. Selalunya tak jauh.

Masa hari first sekolah tu, tak tau la kenapa dengan diri sendiri ni.. Dari pagi sampai petang, sampai malam, sampai esoknya rasa asyik nak menangis je memanjang. Haila, anis kenapa ni..?!
Kat sekolah tu, ustaz masuk subjek balaghah, bahasa arab. Ustaz ada cakap pasal kematian. bergenang je air mata ni. Haisy! Apasai ni..?

Bila balik sekolah, tahan punya tahan kat sekolah tu, anis lepas la. Balik, masuk bilik, nangis. Kenapa sedih sangat ni.. Macam macam datang menyerbu fikiran. Tak boleh bawa subjek la, apa la,bla..bla..bla.. Ditambah tambah lagi anis kena duduk kat belakang sekali, hujung dunia kelas pulak tu.. Tak suka duduk belakang! Makin tambah tambah la sedihnya. Hal kecil je la.. Come on anis!

Tengah nangis nangis sorang sorang dalam bilik tu, someone hantar sms kat anis.. Hehe.. Someone tu hado la... Sapo eh dio tuh.. Then call la die.. Die tanya kenapa, tak tau la kenapa sedih sangat ni. Tengah sedih sedih tu boleh pulak die tembak anis nangis ni ada putus dengan sapa sapa ka... Haih, bercinta pun tak pernah, couple pn tak dak. Haram uh! Pakwa pun tak dak.. Tunang hado la.. Ngeh3
First time uh nangis kat die.. Malu~

Bila mak anis balik kerja, anis cakap kat dia yang anis sedih. Tak tau kenapa. Bagitau la kat mama. Hermm, mama pun diam je. Tak tau nak kata apa kot.. Tau dah..Masa cakap tu pun air mata keluar gak. Agaknya sebab dah lama tak nangis  kot sebab tu rasa nak nangis. Anis memang macam tu. Kadang lain macam bila dah lama sangat tak nangis. Macam ada something yang membebankan kat dada ni. Yang lagi puasnya bila nangis dalam solat, nangis bila berdoa. Ngadu pada Allah. Tu yang syiokkkk tu!

Malam tu anis cakap dengan adik anis,amna. Yang anis rasa nak nangis je. Dia kata "aku pun tak tau la kak. Ko nangis je, nanti ko rasa tak nak nangis dah. Sebab dah puas.. Hahaa"

Anis kata makin anis nangis, makin deras la air mata ni.

Hari esoknya, kat sekolah anis cakap kat kawan anis pasal ni. Mungkin ajal nak tiba kot... Sebab selalunya kematian tu tarikhnya dekat dekat dengan tarikh lahir. Terkezut kawan anis dengar. Sedih je muka dia.
Sayang gak awak kat saya eh.. Hehe..

Tapi Alhamdulillah, hari Jumaat tu, lega sikit. Kurang dah sedihnya...

Bila rasa nak nangis, nangis je lah. Jangan ditahan tahan. Air mata ni bila disimpan jadi racun. So kena buang racun tu. Ni lah yang anis selalu cakap kat diri sendiri dan sapa saja yang rasa nak nangis, sedih. Luahkan, jangan disimpan