
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Hawa itu kadang keliru.
Mahu terus membisu, bimbang disalah tafsir.
Mahu berlaku jujur, terpalit segan.
Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.
Hawa itu kadang cemburu.
Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.
Hawa itu kadang buntu.
Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.
Hawa, hatinya sangat rapuh.
Jiwanya sangat sensitif.
Matanya mudah saja berkaca.
Kata mereka itu tanda lemah.
Itu semua adalah Fitrah.
Bukan Hawa mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan