Khamis, 30 Januari 2014

Terima Kasih, Posmen!

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

 Bayangkan seorang anak menerima kiriman cek dari ayahnya. Dia memeluk posmen yang menghantar kiriman cek itu dan mengucapkan terima kasih berulang ulang kali.

Dia memuji posmen yang membawa cek tersebut. Dia menyatakan perasaan terhutang budi kepada si posmen. Dia tidak langsung menelefon ayahnya dan berterima kasih atas kiriman cek tersebut.

Spontan kita akan katakan betapa tidak wajarnya si anak ini. Di sebalik kegembiraannya dia sudah terlupa kepada pemberi cek sebenar.

Hal yang sama berlaku kepada kebanyakan manusia. Manusia yang sering terlupa bahawa hakikat sebenar pemberi rezeki ialah Allah.

Mungkin "posmen" yang membawa rezeki tersebut ialah suami, ayah, ketua kampung, jiran yang pemurah atau sesiapa sahaja. Hakikat sebenar semua rezeki datang dari Allah.

Berterima ksih kepada manusia dan bersyukur kepada Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan