Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Apabila kita bercakap soal kekayaa, kita akan terbayang wang berjuta juta. Ada juga yang membayangkan wang yang sarat di dalam bank, malah berjalan dengan dompet tebal terisi wang beribu.
Semuanya tidak membawa apa apa makna selagi hutang masih keliling pinggang. hutang kereta masih belum langsai manakala rumah pula masih perlu dibayar hingga 20 hingga 30 tahun.
Ada banyak lagi kekayaan selain wang ringgit. Ayuh kita perhatikan lima kekayaan yang harus ada dalam diri kita :
1. Kaya Keluarga
Mempunyai keluarga yang bahagia dan menyayangi antara satu sama lain merupakan satu kekayaan paling terbesar. Tidak ada gunanya jika mempunyai wang yang banyak, tetapi tidak bahagia ketika bersama sama keluarga. Hati berasa benci untuk pulang melihat isteri dan anak anak. Hidup terasa sunyi dan bosan walaupun mempunyai wang yang banyak.
2. Kaya Gembira
Gembira merupakan kerjaya juga merupakan satu kekayaan. Apabila kita gembira dengan perkara yang kita usahakan, pasti kita bahagia dengan kehidupan seharian. Bayaran yang diperoleh daripada pekerjaan yang dilakukan bagaikan satu bonus besar.
Mungkin kita boleh mendapat wang lebih banyak daripada satu pekerjaan yang lain. Namun, jika pekerjaan itu memberi tekanan dan rakan rakan kerja pula tidak ada persefahaman, ia boleh membuat kita terasa miskin.
3. Kaya Sahabat
Adakah anda mengenali seseorang yang ke mana mana sahaja dia pergi, mesti ramai orang yang menegurnya, ramai pula yang suka membantunya? Inilah kaya sahabat!
Ada seorang hamba yang tidak mempunyai pendapat yang lumayan. Hidupnya sederhana, namun kehidupannya berjalan lancar. Ini disebabkan beliau mempunyai ramai kawan yang suka membantu.
Apa apa sahaja projek yang hendak diusahakan, beliau dapat melaksanakn secara mudah dengan bantuan kawan kawannya, tidak kira perkara yang besar mahu pun kecil. tanpa diminta, kawan kawannya akan menghulurkan bantuan.
4. Kaya Pengetahuan
Seseorang yang kaya dengan ilu pengetahuan tidak boleh ditandingi oleh orang lain. Mudah sahaja mahu menjadi kaya dengan ilmu pengetahuan.
Semakin banyak ilmu pengetahuan yang kita pelajari, kita semakin kaya dengan pengetahuan. Masyarakat juga amat menghormati seseorang yang banyak ilmu pengetahuan. Ilmu itu menjadi lebih bermakna lagi jika kita berkongsi dengan masyarakat.
5. Kaya Tanpa Memikirkan Soal Wang
Apabila kita sudah tidak perlu memikirkan soal wang dan bebas daripada segala jenis hutang piutang, maka itulah sebenar benar kaya!
Tinggal lagi kita hanya perlu berfikir aktiviti untuk membuang kebosanan dek membuat perkara yang sama atau cara untuk berjaya lebih jauh.
Jika anda berada dalan salah satu golongan kaya yang disebut di sini, alhamdulillah. Jika tidak, masih belum terlambat lagi untuk mengusahakannya. Janganlah pula menjadi "kaya hutang", maka sampai bila bila pun kita tidak akan kaya.
Berusahalah memiliki lima kekayaan ini. Jangan terlalu semata mata mengejar kekayaan wang. Kekayaan sebenar bukan sekadar wang ringgit!
Apabila kita bercakap soal kekayaa, kita akan terbayang wang berjuta juta. Ada juga yang membayangkan wang yang sarat di dalam bank, malah berjalan dengan dompet tebal terisi wang beribu.
Semuanya tidak membawa apa apa makna selagi hutang masih keliling pinggang. hutang kereta masih belum langsai manakala rumah pula masih perlu dibayar hingga 20 hingga 30 tahun.
Ada banyak lagi kekayaan selain wang ringgit. Ayuh kita perhatikan lima kekayaan yang harus ada dalam diri kita :
1. Kaya Keluarga
2. Kaya Gembira
Mungkin kita boleh mendapat wang lebih banyak daripada satu pekerjaan yang lain. Namun, jika pekerjaan itu memberi tekanan dan rakan rakan kerja pula tidak ada persefahaman, ia boleh membuat kita terasa miskin.
3. Kaya Sahabat
Ada seorang hamba yang tidak mempunyai pendapat yang lumayan. Hidupnya sederhana, namun kehidupannya berjalan lancar. Ini disebabkan beliau mempunyai ramai kawan yang suka membantu.
Apa apa sahaja projek yang hendak diusahakan, beliau dapat melaksanakn secara mudah dengan bantuan kawan kawannya, tidak kira perkara yang besar mahu pun kecil. tanpa diminta, kawan kawannya akan menghulurkan bantuan.
4. Kaya Pengetahuan
Seseorang yang kaya dengan ilu pengetahuan tidak boleh ditandingi oleh orang lain. Mudah sahaja mahu menjadi kaya dengan ilmu pengetahuan.
Semakin banyak ilmu pengetahuan yang kita pelajari, kita semakin kaya dengan pengetahuan. Masyarakat juga amat menghormati seseorang yang banyak ilmu pengetahuan. Ilmu itu menjadi lebih bermakna lagi jika kita berkongsi dengan masyarakat.
5. Kaya Tanpa Memikirkan Soal Wang
Apabila kita sudah tidak perlu memikirkan soal wang dan bebas daripada segala jenis hutang piutang, maka itulah sebenar benar kaya!
Tinggal lagi kita hanya perlu berfikir aktiviti untuk membuang kebosanan dek membuat perkara yang sama atau cara untuk berjaya lebih jauh.
Jika anda berada dalan salah satu golongan kaya yang disebut di sini, alhamdulillah. Jika tidak, masih belum terlambat lagi untuk mengusahakannya. Janganlah pula menjadi "kaya hutang", maka sampai bila bila pun kita tidak akan kaya.
Berusahalah memiliki lima kekayaan ini. Jangan terlalu semata mata mengejar kekayaan wang. Kekayaan sebenar bukan sekadar wang ringgit!




Tiada ulasan:
Catat Ulasan