Selasa, 14 Januari 2014

Asal Kangkung?

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Asal kangkung? Kenapa dengan kangkung ni? Kangkung? Tengok kat fb ada orang update pasal kangkung, kat twitter pun ada orang tweet pasal kangkung. Asal sebenarnya ni?

Tengah saja saja bukak dashboard blogger ni, ternampak pulak kat blog yang aku follow tu dia ada update pasal kangkung.
http://www.ainizakaria.my/2014/01/ada-apa-dengan-kangkung_13.html

Laaaa.... Rupanya harga kangkung dah turun. Tak ambik tau pulak aku.. Hahaha..
Aku cakap dengan mama, asal dengan kangkung ni? Ohh..kangkung dah turun harga.. Hehe
Mama kata, heh, kangkung. Tak makan..

Haha.. Aku pun dah tak makan kangkung ni.. Mama pun dah tak masak sejak ada cerita pasal lintah hidup membiak dalam perut tu. Tambah tambah lagi mak cik aku cerita kawan dia ada kena macam tu, meninggal dah orangnya. Well, tapi ajal tu tak kira tempat. Maut tak dapat ditolak walau berhati hati macam mana pun.

Hah.. Lepas ni makan kangkung je la kau nak jimat.. Tu pun kalau lalu la nak hadap tu je.. ;p

SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.

Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.

"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.

"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.
Ada apa dengan "Kangkung"?
Ni aku cilok dari blog aku tengok tadi.. Haha.. Sorry 
Baik punya cilok! wooo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan