Jumaat, 31 Januari 2014

Sumbangan Ikhlas

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Surau AlMuhajirin sedang dalam usaha untuk diperbesarkan. Setiap ustaz yang akan memberi kuliah akan diminta untuk berkempen. Malam itu giliran Ustaz Ahmad memberi kuliah bulanannya.

Pada akhir kuliah, Ustaz Ahmad berkata : "Saya diminta oleh jawatankuasa surau supaya tuan tuan dan puan puan menderma untuk tabung pembinaan surau ini.

"Tetapi alhamdulillah, sebenarnya kami sudah ada dana terkumpul untuk malam ini!"

Seluruh jemaah gembira bukan main.

"Cuma..." Ustaz berhenti sambil pandangannya dihalakan kepada seluruh jemaaah.

"Cuma apa ustaz?"

Duit duit itu masih berada dalam beg dan dompet tuan tuan dan puan puan sekalian!"

Dan malam itu menjadi sejarah kuitpan derma terbanyak dalam satu malam.

Pengajaran
Serulah orang ke arah jalan Allah dengan bijaksana. Berapa banyak kegagalan disampaikan dek tidak diiringi kebijaksanaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan