Ahad, 12 Januari 2014

Keadaan Yang Akan Membuat Kita Tersenyum Tanda Syukur

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Banyak benda dalam dunia ni yang buat kita tersenyum gembira. But dont forget one this thing.

BERSYUKUR

Antara keadaan yang buat kita tersenyum tanda syukur :


  1. Senyumlah ketika anda bersama keluarga kerana masih ramai yang tidak memiliki keluarga...
  2. Senyumlah apabila anda perki bekerja kerana masih ramai mereka yang belum memiliki pekerjaan...
  3. Senyumlah apabila anda berpeluang untuk menyambung pelajaran kerana ramai di luar sana tidak memperoleh peluang seperti anda...
  4. Senyumlah ketika anda sihat kerana mereka yang sakit sanggup membayar dengan bayaran yang mahal untuk mendapat nikmat kesihatan.n Namun kesihatan tak dapat dibeli dengan wang, sayang...
  5. Senyumlah kerana anda masih hidup kerana berapa ramai mereka yang telah mati bercita cita untuk hidup kembali untuk melakukan amal soleh...
  6. Senyumlah dengan apa yang anda memiliki kerana berapa ramai mereka yang bercita cita untuk menjadi seperti anda...
  7. Senyumlah jika orang yang anda sayangi ada didepan mata dan hargailah mereka kerana ramai yang menderita kehilangan orang yang disayangi
  8. Senyumlah apabila anda memiliki sahabat, teman yang setia berkongsi dengan anda kerana ramai yang sendiri mencari dan masih tidak menjumpai
  9. Senyumlah jika anda masih memiliki tempat untuk berlindung kerana ramai di luar sana yang bergelimpangan di jalanan, tiada tempat untuk berlindung dari panas terik,hujan ribut.
  10. Senyumlah kerana masih ada rasa SYUKUR dalam hati anda, masih ada iman kerana Allah sayang hamba hambaNya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan