Ahad, 30 Mac 2014

Jadi Yang Selayaknya

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Selagi kamu faham dan berpegang pada Al Quran dan As Sunnah, insya Allah tiada apa yang dapat memesongkan kamu untuk melakukan amal maaruf dan nahi munkar di muka bumi ini.
Berdoalah sebanyak banyaknya pada Allah agar dikurniakan iman yang tidak akan goyah dan menjadi hamba yang sentiasa taat pada Allah.

Kita sering merasa beruntung dan berbangga menjadi hamba Allah, menjadi ummat Nabi Muhammad SAW dan dikurniakan dua nikmat terbesar iaitu iman dan Islam.

Namun, jadilah kita selayaknya seorang Muslim. Biar Allah redha dengan setiap perbuatan kita. Biar Nabi Muhammad SAW berbangga mempunyai ummat yang bukan sahaja ramai bak buih di lautan malah berpegang teguh pada Islam yang dibawanya, insya Allah.  :)

Peringatan untuk aku juga....

Kredit untuk Mickey Mouse. Terima kasih sebab selalu ingatkan aku ;)

Sabtu, 29 Mac 2014

Cinta orang muda. Apa yang ada ??

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Jika dilihat secara umum, golongan muda lebih banyak dan ramai. Lihat sahaja di pusat beli belah, di hadapan, belakang, kanan dan kiri. Kita dikelilingi orang muda mudi. Ada yang berpasang pasangan. Malah, ada yang berdua duaan. Cubalah ajukan soalan pada mereka. Sudah berkahwin? Tanpa segan silu dan tanpa malu malu, mereka dengan mudah mengatakan ‘belum lagi.’ Kadang, kita pula yang tanggung malu memikirkan masa hadapan ‘aset’ negara ini.

Jika kita mempunyai kenalan dekat mahupun rapat yang sedang asyik bercinta, mungkin kita pernah mendengar luahan daripada mereka. Tidak mustahil, apa yang mereka luahkan itu adalah soal rasa, soal cinta. Kalau bernasib baik, kita boleh cuba belajar menjadi seorang pendengar yang setia. Tidak mustahil juga, segala pendapat kita kongsi bersama. Bagai pakar cinta, mungkin doktor cinta. Boleh jadi!
”Dia ajak aku keluar. Aku pula sibuk. Tapi, dia tidak mahu faham. Hmmm…”
“Dia ada orang lain. Dia curang dengan aku. Dia penipu!”
Masalah. Kita mengatakan bahawa ini adalah suatu masalah yang wajib diselesaikan sebelum menjadi sebuah penyesalan. Akan tetapi, bila difikirkan secara teliti, mengapakah kita harus cipta masalah ini? Bukankah kita mempunyai urusan serta agenda yang jauh lebih penting dan utama daripada ini semua? Mengapa kita ingin bercinta? Kita bercinta, untuk apa?
Usah dan jangan terlalu agungkan cinta. Hidup kita adalah kerana-Nya. Bukan kerana cinta.
”Tiada siapa yang boleh menghalang cinta kita!”
“Saya sanggup korbankan jiwa dan nyawa saya demi cinta kita.”
Bahana cinta daripada media hiburan pada era ini. Ramai yang menganggap cinta adalah segala-galanya. Tujuan hidup, bukanlah kerana cinta. Mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kekeluargaan, sahabat, orang awam, dan sesama manusia atas sebab cinta. Dan melanggar syariat agama dan memutuskan hubungan dengan Tuhan juga atas sebab cinta. Alasannya, semuanya kerana cinta dan demi cinta.
Kerana cinta kita sanggup berdosa? Kerana cinta kita sanggup menempah nerakaNya?
Sedarlah.
Cinta itu bukan Tuhan!
Berpada pada dalam bercinta.
Dahulukan Allah
Dahulukan Agama Allah

Pasakkan cinta Allah nombor 1. Cintailah ciptaanya keranaNya.
Jadikan Allah asbab kita mencintai.


Love someone because Allah, 

He will make it last for ever.


Tempatkan cinta tu pada tempatnya.
Yang membawa ke syurga
Bukan neraka!
Nauzubillah.

Jangan sebab cinta, kau BUTA HATI, BUTA MATA.


____________________________________________________________________________

"Kak Sarah,seharusnya cinta itu bagaimana?"

"Bila hati kau penuh dengan rasa abdi kepada tuhan. 

Tak peduli,
imbalan nanti syurga atau neraka,yang penting kau bisa sayang tuhan sesayangnya.” 

..

Cinta,mengalirlah dalam tubuh ini.
Supaya tiada ruang rasa benci. 

"Tiada hal dan sebab untuk aku membenci syaitan kerna hatiku penuh dengan cinta kepada tuhan." - Rabiatul Adawiyah.
"Kak Sarah, seharusnya cinta itu bagaimana?"
"Bila hati kau penuh dengan rasa abdi kepada tuhan.
Tak peduli,
imbalan nanti syurga atau neraka, yang penting kau bisa sayang tuhan sesayangnya.”

..
Cinta,mengalirlah dalam tubuh ini.
Supaya tiada ruang rasa benci.

"Tiada hal dan sebab untuk aku membenci syaitan kerana hatiku penuh dengan cinta kepada tuhan." - Rabiatul Adawiyah.
____________________________________________________________________________
Allahu akbar.. Andai dalam jiwa setiap manusia seperti itu, indahnya dunia tak terkata.

O Allah,
I ask You for You love,
the love of those who love You,
and the actions that make me attain unto Your 
love.

O Allah,
make love of You more beloved to me than 
myself, my wealth, my family, and from cold 
water.
[Tirmidhi]
Ameen...

Jumaat, 28 Mac 2014

Jangan Jom Couple Tapi Jom Kahwin

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Daging.
Aku nak makan daging.
Daging itik?
Daging ayam?
Daging ikan?
Soalan kurang bijak laa kau, kalau sebut daging so automatically daging lembu la.
Masyarakat Malaysia memang commonly tahu apabila sebut daging, memang daging lembu.
Tak payah nak gedik tanya daging makhluk hidup lain.
Couple.
Aku nak couple.
Couple sebelum kahwin?
Couple selepas kahwin?
Couple pertunangan?
Soalan kurang bijak la kau, kalau sebut Couple memang automatically couple sebelum kahwin la.
Masyarakat Malaysia memang commonly tahu apabila sebut couple, memang bercinta antara lelaki dan perempuan sebelum nikah.
Tak payah nak gedik tanya couple yang macam mana.
Ehemm ehemm,
So kalau korang bercinta selepas nikah, bukan couple namanya.
Itu namanya Cinta membawa ke Syurga.
So kalau korang bercinta sebelum nikah, dan bercita-cita nak kahwin, janji nak kahwin kelak, itu bukannya couple. Itu namanya tunang.
So kalau korang bercinta semasa tunang, dah bertunang, jagalah pergaulan antara korang. Sebab tunang tak menghalalkan lagi hubungan korang.

The heart of the matter,jangan la ajak 'Jom Couple'

ajaklaa 'Jom Kahwin'
Bila kita ajak dia kahwin, dia setuju, maka dikira bertunang dalam syariat.
So, jangan la couple. Tapi binalah satu hubungan yang membawa korang ke Syurga iaitu hubungan Nikah.

Jangan pulak jadikan title "tunang" tu untuk korang sesuka hati.

Korang Islamik kan pulak "couple" tu jadi "tunang".
Aik??? Suka hati kau je nak transform kan dia erk...

Ingat!

Tahi = najis
Couple = najis

Takda sesuatu pun yang boleh sucikan najis.


Jom Couple


Jom Kahwin

Kalau ajak couple tak membawa berkat.

Kalau ajak nikah ada keberkatan bertingkat tingkat.
Moga Allah redha.
Moga Allah tambah Cinta.
Aku sayang korang ketat padat pekat :D




Kita Sama Sama Ya?

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Kisah perbualan 2 orang member...

A : Weh, der.. Kadang kadang aku teringin nak tengok kau bertudung...

B : Bertudung? Alaa.. Tak standard la beb. Panas pulak tu. Nampak baik sangat. Hihi

A : Hemm.. Kita ni dah lama member. Tak syokla. Kalau aku je yang sibuk nak jadi baik.

B : Alaa. Aku tak ready la beb.

A : Weh, kalau nak tunggu ready memangla kan. Dengar ni. Aku cakap ni sebab aku sayangkan kau          beb.. Hemm.. Hidup kat dunia ni sementara je. Kalau kita tak berebut untuk jadi baik rugi beb. Lagi        satu, alasan tak ready tu memang tak relevan dah sekarang. Sebab, Allah dah keluarkan pelbagai        tanda tanda dunia ni dah teramat tua.. Kau tak takut ke? Allah tarik nyawa kau masa kau tengah            bermaksiat? Hemm.. Aku taknak la kita ni cuma jadi member kat dunia je beb. Aku nak bersama              dengan kau kat syurga kelak.

B : Ishh... Kau ni. Cakap macam confirm masuk syurga je.

A : Haha.. Aku takla cakap camtu beb. Tapi, at least aku berusaha jadi yang terbaik pada pandangan          Allah. Weh, Allah nak lihat kita ni usaha or tak je..

B: Alahaiii... Aku ni lemah la wehh. Aku tak mampu jadi macam kau.

A : Aku tak minta kau jadi macam aku. Aku cuma nak kau kembali pada fitrah kau. Asalnya kita ni suci        beb. Kau tak nak ke jadi hamba Allah yang paling Allah cintai?

B : Ermm... Mestilah nak.

A : Jadi, kau kenalah usaha. Aku sentiasa member kau. Sentiasa nak tolong kau. 

B : Sobsobsob...... Tolong aku. Kau tolong aku erk. 

A : Insya Allah. Selagi nyawa masih dikandung badan, aku sudi tolong kau. 
_________________________________________________________________________________

Notanoti : Tiada guna sayang andai tidak ke syurga bersama. 

Syurga Allah tu luas beb! Aku tak nak masuk sorang sorang bro!

Pimpin aku kalau aku jatuh :')





Dan Aku Tahu... Ad Dajjal

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Sebenarnya...

Sebenarnya...
Sebenarnya...
Aku selama ni tak tahu sangat pasal Al Masih Dajjal. 

Tapi...

Terdetiknya aku nak tahu lebih lanjut 
Sebab..

Ha... Sebab orang yang sama jugaklah yang aku cakap dalam entri sebelum ni.

Ya Allah, bersyukurnya! Terima kasih sebab hadirkan dia dalam hidup aku.
Dia jugaklah yang selalu ceritakan kat aku pasal Ad Dajjal ni. Dia jugak yang selalu ingatkan aku supaya sentiasa bersedia, siapkan perisai diri, kuatkan iman. And so on.

So, adalah aku tanya kat ramai orang yang hebat hebat ilmu agamanya pasal Dajjal ni. Aku rasa aku memang perlu share cerita pasal Ad Dajjal ni. 

Sebab apa?
Bumi ni dah tenat. Kiamat pun sudah dekat. So kita kena readykan iman kita. Sariyus, ilmu ilmu macam ni memang kita kena tahu.

Tapi ni jawapan ringkas je lah. Nak bagi full story punya aku tak tau la berapa lama jari aku kena menari.


Better nanti kau orang tanya Hustaj Hustajah untuk full season punya cerita. Dengar dari mulut mereka. Lagi syok kot.

_________________________________________________________________________________

Soalannya ginilah, jawapannya gitulah.


assalam. tolong ceritakan tentang ad dajjal secara terperinci. apa asal usulnya?


waalaikumusalam *senyum


Tentang kemunculan Ad Dajjal atau tentang rupa Ad Dajjal ? 

Both lah kot.
Bothlah.
"Dan aku melihat orang yang berambut ikal pendek, yang mata-kanannya buta Aku bertanya :  Siapakah ini? Lalu dijawab, bahwa ia adalah Masihid Dajjal.” (Bukhari 77:68,92)
“Awas! dia pecak (buta sebelah)… Dan di antara dua matanya, tertulis ‘Kafir’…” (Bukhari 93:27).
“Rasulullah s.a.w bersabda “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Sesungguhnya, Makkah dan Madinah adalah tempat yang tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Dajjal akan muncul dari Timur sambil membawa syurga yang disebenarnya neraka, dan juga membawa neraka yang sebenarnya syurga.
***
Sebelum kemunculan Dajjal, akan ada 3 tahun yang pada tahun pertama Allah tarik 1/3 air hujan, tahun kedua Allah tarik 2/3 air hujan, dan pada tahun ketiga, Allah tarik semua air hujan, maka tiadalah hujan langsung, berlakulah kemarau yang berpanjang. Pada waktu inilah, muslim harus banyakkan berzikir, dan sebagainya sebagai persiapan kemunculan Dajjal. (lebih kurang camtulah)

Kemudian, sewaktu kemunculan Dajjal (Dan pada waktu inilah, Nabi Isa akan turun untuk bantu Imam Mahdi dan membunuh Ad Dajjal.), Dajjal akan memerintah dalam masa 40 hari. Akan ada 3 hari yang istimewa (berlainan), hari yang pertama panjangnya adalah 1 tahun, hari yang kedua panjangnya adalah 1 bulan, dan hari yang ketiga panjang adalah 1 minggu.
***
Sewaktu pemerintahan Dajjal, kita harus bersedia supaya kita dapat menerangi fitnah Dajjal,

Jika Dajjal datang kepada kita sambil menyatakan dia mampu memberi syurga kepada kita, jangan percaya. Dan Dajjal akan berusaha untuk menyesatkan kita lagi, dengan cara dia menghulurkan syurga di tangan kanan (ye kot), dan menghulurkan neraka di tangan kirinya (ye kot). Maka, kita harus memilih neraka tersebut, kerana apa? Kerana syurga bagi Dajjal itu sebenarnya neraka dan neraka baginya adalah syurga. Itu lah antara fitnah dan penipuan Dajjal. *jangan pening
Jika Dajjal datang kepada kita sambil berkata dia adalah tuhan, maka jangan percaya dan tolak sekeras-kerasnya kata kata Dajjal. Dajjal akan cuba sedaya-upaya untuk menyesatkan kita lagi, dengan menghidupkan yang mati, contoh Dajjal menghidupkan ibu bapa kita yang sudah meninggal dunia, rupa paras mereka sungguh sama, semua perihal yang dihidupkan Dajjal itu sungguh sama dengan ibu bapa kita. Maka, kita harus kuatkan iman kita dan tolak kata kata Dajjal sesungguhnya.
Maka, Dajjal akan menyeksa pula sesiapa yang membantahnya, sesiapa yang kuat imannya. Dajjal akan menyeksa kita sehingga mati. Maka dengan itu, kita mati syahid. Subhanallah, berkat kesabaran kita.
Wallahu'alam. itu aje lah yang setakat mana ana mampu ingat apa yang ana baca dulu.

mujahid T.E.A


_________________________________________________________________________________


Allahu rabbi .
Ana bukan tak nak jawab , cuma ana tak yakin dengan jawapan ana.
Sebab makhluk ini jutaan penceritaan dan riwayat tentang dia.
Jadi perlukan riwayat yang sahih atau hasan untuk dalil
dan yang dhaif cuma boleh diambil hikmah sahaja, bukan untuk dijaja sebagai bukti.

Sahabat Rasulullah, Saidina Tamim Ad-Dari di dalam suatu hadis panjang menceritakan tentang pelayarannya ke suatu kawasan, kapalnya telah dibawa ribut begitu, kemudiannya dia dan beberapa orang anak kapal yang lain sampai kepada suatu kawasan di mana mereka menemukan sebuah gua.
Di dalam gua tersebut terdapat seekor makhluk berbulu dan satu makhluk besar yang menggerunkan.

Ana tak pasti dia digari atau tidak tetapi ia dibelenggu dan tidak dapat bergerak lalu Saidina Tamim Ad-Dari pergi meninggalkan pulau tersebut dan kemudiannya tidak pernah berjumpa lagi pulau itu.
Oleh kerana sikap ingin tahunya sahabat Nabi ini maka diringkaskan cerita, beliau pergi Sayyidina Rasulullah S.A.W. dan menceritakan perihal makhluk yang ditemuinya. Maka Rasulullah mengatakan , makhluk itulah Al Masih Ad Dajjal.
Dajjal ini banyak riwayat menceritakan ciri-ciri fizikalnya seperti matanya yang terjojol keluar sebelah seperti buah anggur, riwayat lain mengatakan ia buta dan lain-lain. Rambutnya dikatakan kerinting. Sesetengah menyifatkan ia seperti manusia manakala ada yang mengatakan ia bukan manusia tetapi ia satu makhluk.
Yang pastinya, Ad Dajjal ini wujud dan sudah dibuktikan adanya pada zaman Nabi kita lagi .
Maka , Ad Dajjal ini akan keluar pada hari kiamat di mana tiada tempat untuk kita bernaung melainkan dengan Allahu Jalla Wa Ala .

Ad Dajjal ini diriwayatkan akan membawa suatu fitnah yang sangat besar kepada ummat Islam. Di dahinya terzahir kalimah 'kaf' 'fa' dan 'ra' tetapi orang beriman akan melihatnya seperti yang benar iaitu Tuhan.
Saat inilah iman orang mukmin diuji.
Dan berapalah daripada kita yang berjaya .

Naudzubillah.
Oleh itu guru ana selalu pesan, mudah mudahan kita tidak dapat menyaksikan kiamat kerana ia sangat menakutkan daripada melihat sakaratul maut. 

Allahu mustaan.
Belajar samiyyat ini perlu. Tetapi dahulukan yang fardhu iaitu aqidah, feqah dan tasawuf .


Kemudian dalamilah ilmu ini. Kerana ia sangat besar skopnya.
Mudah mudahan Allah jauhkan kita dari fitnah Al Masih Dajjal. *Allahumma Ammen


Naudzubillah.

Ismail Al Hafiz

_________________________________________________________________________________

Bila aku dapat jawapan daripada mereka ni, baru aku betul betul betul faham apa yang selama ni dia cakap dekat aku. 

Dia takut sangat. Dajjal nak keluar dah.

Ye.

Betul.
Sekarang ni hujan pun tak turun, jerebu lagi. Macam yang berlaku baru baru ni.

Sekarang aku sedar.


Aku tahu banyak sangat kekurangan aku. Jika aku salah, tegur.


Tertunduk memadang bumi.

49 : 11, 12

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Aku tak tahulah tajuk ada kene mengena ke tak. Tapi yang penting baca isi dia. Bukan dari cerita aku sendiri, tapi aku ada tambah tambah. 

Suatu hari.. 

Sahabat : "Kenapa tak nak duduk? Tak sakit ke kaki tu?" 
Saya : "Takde lah. Saya ok je." 
Sahabat : "Ke awak boring?" 
Saya : "Boring? Tak adalah. Buat apa nak boring." 
Sahabat : "Maksud saya mesti awak boring sebab tak dapat kacau orang." 
Saya : (Errrr) 

Jujur saya kata dia memang sangat mengenali saya. Bahkan juga saya tau ramai lagi kawan saya yang 'mengenali' saya (tapi maksud mengenali sini hanya luaran kerana perbuatan yang zahir. Siapa saya yang sebenar? Hanya Dia yang tahu). Tapi kan, bila difikiri adakah benar apa yang saya buat tu betul? 

Bila dah jadi seperti apa saya sekarang, dapat rasa diri ini 'kadang-kadang' macam 'lain macam.' Tak pasti apakah ia. Namun moga itu suatu perubahan lebih kepada kebaikan untuk LEBIH mengambil berat kampung SANA. 

Ya moga-moga. 

Aku bukanlah malaikat, aku juga seperti yang lain masih di dalam perjuangan yang sama belum tentu bangkit belum tentu rebah. Aku jua pendosa tanpa noktah yang hanya bergantung kepada kasih sayang Allah, Tuhan yang Maha Pengasih yang menyembunyikan dosa dosa dosaku dan aib aib aibku. 

Allahu :( 

Dan. 

Selepas apa yang berlaku, kita mungkin takkan seperti dulu. Sampai masa pasti akan merasa yang kau akan tahu. Kerana sikap yang satu itu, semua jadi tak menentu. Tapi mesti beringat, jangan ingat diri ini terlalu baik. Maka doakanlah kebaikan dan tegurlah dengan berHIKMAH. Kerana apa aku katakan begitu? Kerana aku ini manusiahamba Dia yang Esa. 

LegNotes **Oh ye, kalian jangan menyangka maksud sahabat saya yang 'kacau' tu terrrlalu negatif. Tiba tiba teringat ada sahabat mengatakan pada saya yang saya ni nakal. 

Errr.. 

Astaghfirullahal'azim.

Cerita ni aku ambil dari iamsura.

Wahai orang orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak(dari kaum lelaki) mencemuh dah merendah rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan(ingatlah) , sesiapa yang tidak bertaubat(daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang orang yang zalim. 49 : 11

Wahai orang orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakan seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?(jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. 49 : 12

Ayat ni yang selalu diingatkan oleh seseorang sangat bermakna bagi aku. Ayat ni pun sangat bermakna. Bila aku ingat ayat ni, mesti aku teringat sekali orang yang selalu ingatkan aku tentang ayat ni. Dua perkara yang bermakna. Semoga Allah merahmati dia. Semoga sentiasa bahagia bersama aku juga. Hahaha.. Sayang you can make me realize.

Berharga orang ni, berlian teramat bernilai dari 7 petala bumi. Dia selalu ingatkan orang lain tentang ayat 12 Surah Al Hujurat ni. Ayat ni yang dia pegang. Semoga iman awak, saya, kita semua semakin kukuh.

Ni aku dah bagi kau orang tafsiran ayat panjang panjang ni hadam baik baik.

Legnote dah ada, aku nak bagi nota tangan pulak.
*Wahai awak yang saya maksudkan(harap terasalah orangnya, mesti baca kan blog aku ni. Ngeh, ngeh, ngeh) , saya sayang awak sangat sangat lillahi taala. Lepas ni share ilmu banyak banyak kat saya. Saya suka, saya suka.

Why Me?

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Oh Allah, 
Why me?
Why always me?
Why...

Allah answered : 

Because I knew that you are strong
and I want you to be stronger.





Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kau melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.

Makanya,
Bila kau menyangka bahawa hanya kau yang merasa,
Hanya kau yang melalui,
Dan hanya kau yang mengerti,
Kau silap, dan kau salah.

Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kau rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kau lalui.
Ada.

Cuma, mungkin kau yang tak pernah tahu,
Kau yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kaulah yang paling susah,
Paling sakit diuji,
Paling berat diduga.

Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kau.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kau menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali sekali mempersia harapan kau.
Bila kau mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali sekali mengkhinati kepercayaan kau.

Tuhan sedang mengajarkan sesuatu.
Tuhan sedang ingin kau tahu sesuatu.
Tuhan sedang membuka peluang dan ruang untuk kamu mengutip hikmah dan ibrah,
Belajarlah. 

Buka mata.
Buka hati
Air mata yang tumpah jangan dipersiakan.
Insya Allah, nanti akan ada kebaikkannya.
Dari mana mana.
Tak semestinya sekarang,
Tak semestinya di dunia.
Sabar, sabar, sabar.


Selalu dengar kan orang kata,
Tengok orang yang lebih susah dari kita.
Bukan tengok orang yang lebih senang dari kita.

Dengan cara tu,
Kelak kita dapat naikkan semangat kita.

Tapi aku tahu,
Bukan senang,

Ya,
Tak mudah.

Semoga kita kuat.
Yakin setiap berlaku ada hikmahnya.


Tersenyum melihat langit





Rabu, 26 Mac 2014

Dakwahkah Kita

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Situasi 1( Riak)

Si fulan: " Alhamdulillah, berjaya hafal satu Al-Quran." -Tweet

Ali replied: @sifulan Subhanallah, tahniah.
Tini replied: @sifulan Hebatnya ^^
Kazim replied: @sifulan Alhamdulillah, inilah contoh anak muda zaman sekarang.

Si fulan: *tersengih-sengih depan laptop*

Kadang kala, dalam diam, dalam kita tidak sedar, telah timbulnya rasa riak di dalam
hati apabila segala kebaikan kita mendapat pujian daripada orang lain. 
Sesungguhnya riak itu halus lagi tajam bahananya berbanding pisau yang tajam itu.
Pisau apabila melukakan, pasti lukanya zahir tetapi lukanya hati akibat sebuah riak tidak 
dapat dilihat secara zahir.


Situasi 2 (Hipokrit)

Si fulan: "Tak baik melewat-lewatkan solat. Sesungguhnya, Allah kasih pada mereka yang solat 
di awal waktu." -Tweet

*Azan berkumandang*

Si fulan: *tengok jam* Baru pukul 2. Nanti-nantilah solat.

Perkara biasa yang saya sering lihat di mana-mana. Di twitter, kencang sekali melarang
itu ini. Itu haram, ini haram. Namun, apabila sign out saja twitter,
imej alim atau warak tercabut terus. Jadilah si dia manusia bertalam dua muka.
Ingatlah, berbuat amal bukan di twitter, ask fm, blog atau fb sahaja, tetapi di mana sahaja


kita berada.


Situasi 3 (Bajet Alim)

*Terserempak dengan sekumpulah akhawat yang bertudung labuh dan berhijab* Si fulan menundukkan pandangan.

*Apabila bersama rakan perempuan di dalam kelas yang tidak berapa muslimah*
Si fulan: Comellah kau hari ni, Siti. 
 atau

Si fulan: *mengusik rakan-rakan perempuan di dalam kelas*

Jika anda menghormati wanita yang tertutup perlakuannya dan pemakaiannya,
seharusnya anda juga perlu bersikap sedemikian dengan wanita yang lain juga. 
Semua wanita perlu dihormati bukan yang solehah sahaja. Malah, mereka yang tidak berapa
muslimah itulah perlu dijaga dan diajak bersama ke syurga.

Situasi 4(Berpurdah)

Si fulanah: *selfie*

*post on fb*

Komen: Si fulan- Subhanallah, indahnya ciptaan Tuhan.
Si fulan 2- Bidadari syurga.
Si fulan 3- Nice pic. :)

Saya tidak mahu berkata lebih. Cukuplah untuk saya katakan, siapa yang tergigit cili,
dialah yang terasa pedasnya.

Situasi 5 (Keikhlasan)

Si fulanah sedang membuat kek dan muffins untuk diberikan kepada anak-anak yatim.
Lalu cake dan muffins yang baru siap itu dirakam lalu dipost ke fb.

Komen: Siti- Wah, banyaknya kek dan muffins. Ada kenduri ke, ukhti?
Si fulanah- Kek dan muffins ana buat untuk anak-anak yatim. :)
Katy- Wah, bagusnya ukhti ni. :)
Si fulanah- Syukran. Hadza min fadli rabbi :)
Ahmad- Subhanallah. Mulia sungguh hati ukhti :)
Si fulanah- Alhamdulillah, ada rezeki lebih kita berkongsi bersama-sama mereka yang memerlukan.

*hakikat sebenar- di hadapan laptop*

Si fulanah: Hehehe *kembang-kempis hidung menahan rasa bangga*

Benar, keikhlasan itu urusan kita dengan Allah. Tetapi sebagai pemilik hati masing-masing,
Masing-masing pasti tahu di mana terletaknya keikhlasan masing-masing.
Adakah keikhlasan itu terletak bersama Tuhan, atau terletak bersama pujian manusia. 
Itu hanya kita dan Allah yang tahu.




Sebenarnya, apa yang hendak saya sentuh adalah berkaitan niat para daie. 
Wahai daie,


Usahlah kau jadikan media sosial sebagai pentas lakonan para 'munafiq',
Usahlah kau jadikan media sosial sebagai pancing untuk memancing pujian,
Usahlah kau jadikan media sosial sebagai jalan untuk dipandang mulia,
Sedarlah, kemuliaan yang diiktiraf manusia belum tentu diiktiraf Allah,
Boleh jadi,
Kemuliaan itulah yang memberi keluasan bagi jalan untuk ke neraka. 
Segunung kasih dari,


Cc : Kayu Rapuh.




Selasa, 25 Mac 2014

Palestin Itu Jauh Dari Kita.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




Pada kita derita itu
Pada gagalnya peperiksaan
Laparnya perut pada makanan
Putusnya cinta pada kekasih pujaan
Jauhnya ibu ayah dari dakapan
Juga habisnya duit dalam bekalan


Pada mereka derita itu

Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
Maruah keluarga dipijak-pijak
Anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
Tanah air Islam diinjak-injak


Irama kita
Adalah suara Siti yang merdu
Atau muzik rock yang bingit melegakan
Atau suara nasyid yang mendayu-dayu


Irama mereka
Bulddozer yang menghiasi setiap pagi
Ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

Sungguh sukar kita berada di tempat mereka
Kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

Berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
Berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

Tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
Putusnya cinta atau geramnya pada manusia

Tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
Kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
Pada umur yang panjang
Agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
Pada syahid tanpa henti
Pada perjumpaan teragung
Dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?
-Muharikah-