Ahad, 30 Mac 2014

Jadi Yang Selayaknya

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Selagi kamu faham dan berpegang pada Al Quran dan As Sunnah, insya Allah tiada apa yang dapat memesongkan kamu untuk melakukan amal maaruf dan nahi munkar di muka bumi ini.
Berdoalah sebanyak banyaknya pada Allah agar dikurniakan iman yang tidak akan goyah dan menjadi hamba yang sentiasa taat pada Allah.

Kita sering merasa beruntung dan berbangga menjadi hamba Allah, menjadi ummat Nabi Muhammad SAW dan dikurniakan dua nikmat terbesar iaitu iman dan Islam.

Namun, jadilah kita selayaknya seorang Muslim. Biar Allah redha dengan setiap perbuatan kita. Biar Nabi Muhammad SAW berbangga mempunyai ummat yang bukan sahaja ramai bak buih di lautan malah berpegang teguh pada Islam yang dibawanya, insya Allah.  :)

Peringatan untuk aku juga....

Kredit untuk Mickey Mouse. Terima kasih sebab selalu ingatkan aku ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan