Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Teruntuk those beautiful minds,
Kerana dunia memerlukan eksplorasi dari jiwa-jiwa yang memberontak. Ketahuilah, Tuhan tidak sesekali pernah menyisihkan.
————
Nikmatlah kita dalam bersyukur pada perkara yang disenangi,
Nikmatlah kita dalam bersabar pada perkara yang disakiti.
Kerana kebahagiaan itu bukanlah hanya dihiasi bunga, bunga senyuman, malah ia juga diwarnai dengan tangisan. Dengan syarat, ia disertai Tuhan.
Wahai, jadilah engkau apapun;
Peniaga nasi lemak mahupun pelukis. Guru ataupun penulis. Pembuat filem, fotografer, doktor, jurutera, pengkaji bahasa, arkitek mahupun translator.
Asalkan engkau, tidak meninggalkan pekerjaan utama kita as a FULL TIME MUSLIM (hamba Allah dan juga Khalifah) yang disebut dalam surah Al-An’am : 162 dan Ali ‘Imran : 104.
Jadilah dikau, peniaga nasi lemak yang jujur dan amanah persis Rasulullah, juga yang bersungguh, sungguh mahukan yang terbaik buat para pembeli.
Jadilah dikau, seorang guru bukan yang mengajar, tetapi yang mendidik. Yang melihat anak didikmu dengan pandangan kasih sayang. Yang meluaskan cabang ilmu bukan sekadar dalam ruang petak bilik darjah mahupun lecture hall ataupun dewan peperiksaan, malah hingga tersisip ke dalam hatinya yang mengakui dalam tidur, makan sekalipun kita harus ada ilmu. Hingga, dalam angka sifar itu terbayang, bayang keesaan Allah.
Jadilah dikau seorang jurutera yang bukan sekadar mahu makan gaji, malah juga menginovasi agar ummah kita tidak kelihatan mundur hanya tahu mengikut dan tidak berani mencipta sesuatu yang baru di luar kotak.
Jadilah dikau seorang doktor yang bukan sekadar merawat sakitnya kanser, malah juga seorang pakar yang bisa membantu merawat sakitnya jiwa, jiwa yang cintakan dunia. Yang bukan sekadar mahu terpelosok dihospital sahaja, malah juga yang berkobar, kobar melangkah keluar, mendekati masyarakat yang tenat diluar sana.
Maka, jadilah engkau apa sekalipun, belajar lah dikau di dalam atau luar negara pun, asalkan tiap langkahmu disertai Allah, maka berbahgialah.
Bertebaranlah, agar tatkala dunia melihat mu, terbias pandangan Tuhan yang dekat. Agar tatkala dunia melihat mu, tertegak nama Islam — mempesona.
Masih ingatkah dikau tentang sabda sang kekasih — Rasulullah;
"Yang sebenar-benarnya membezakan kita adalah — Taqwa."
Bukanlah deretan A yang tertulis pada kertas.
Bukanlah angka nombor yang termaktub dalam slip gaji.
Bukan juga tinggi rendah pangkat duniawi.
Malah taqwa sayangku, taqwa.
"Tujuan hidup?"
"Jadi khalifah. Jadi hamba taat.Jadi hamba beriman. Jadi hamba berakhlak. Jadi pencinta kepada Pencipta. Belajar bersyukur. Belajar cara untuk menjalani kehidupan sebenar."
"Tujuan Allah swt bagi hidup lama?"
"Allah swt nak kita sedar atas kesalahan kita. Dia bagi peluang untuk bertaubat. Menjadi penyelamat Agama. Mendidik akhlak dan iman manusia lain. Menjadi pendidik."



Tiada ulasan:
Catat Ulasan