Jumaat, 28 Mac 2014

Why Me?

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Oh Allah, 
Why me?
Why always me?
Why...

Allah answered : 

Because I knew that you are strong
and I want you to be stronger.





Setiap orang,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kau melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.

Makanya,
Bila kau menyangka bahawa hanya kau yang merasa,
Hanya kau yang melalui,
Dan hanya kau yang mengerti,
Kau silap, dan kau salah.

Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kau rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kau lalui.
Ada.

Cuma, mungkin kau yang tak pernah tahu,
Kau yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kaulah yang paling susah,
Paling sakit diuji,
Paling berat diduga.

Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kau.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kau menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali sekali mempersia harapan kau.
Bila kau mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali sekali mengkhinati kepercayaan kau.

Tuhan sedang mengajarkan sesuatu.
Tuhan sedang ingin kau tahu sesuatu.
Tuhan sedang membuka peluang dan ruang untuk kamu mengutip hikmah dan ibrah,
Belajarlah. 

Buka mata.
Buka hati
Air mata yang tumpah jangan dipersiakan.
Insya Allah, nanti akan ada kebaikkannya.
Dari mana mana.
Tak semestinya sekarang,
Tak semestinya di dunia.
Sabar, sabar, sabar.


Selalu dengar kan orang kata,
Tengok orang yang lebih susah dari kita.
Bukan tengok orang yang lebih senang dari kita.

Dengan cara tu,
Kelak kita dapat naikkan semangat kita.

Tapi aku tahu,
Bukan senang,

Ya,
Tak mudah.

Semoga kita kuat.
Yakin setiap berlaku ada hikmahnya.


Tersenyum melihat langit





Tiada ulasan:

Catat Ulasan