Khamis, 20 Mac 2014

Iman Umpama Bateri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Andaikata matinya handphone disebabkan baterinya lemah.
Andaikata hilangnya arah insan disebabkan imannya masalah.
Jadi - iman itu ibaratnya bateri.
Kena cas. Perlu cas. Harus cas.
Dan kalau - dah gila kontang bateri itu, jangan biar handphone tu mati terus.
Sama jugaklah macam iman.
Kalau futur jangan sampai kufur.
Dan kalau lagi - cas bateri pun, cukuplah paling lama 1 jam.
Sama jugaklah macam iman.
Bila rasa futur - tak perlu pun kau duk ngaji sampai 20 juzuk sekalipun. Tapi nothing. Kau tak rasa pape. Lebih baik 2 ayat kau baca kau rasa tenang. Tak perlu pun solat sunat 20 rakaat semata mata andai tak rasa nikmat ibadah.
Kalau lagi - tak kesah pun kau nak cas bateri waktu malam. Tapi bila penuh, perlu bangun untuk tutup. Means, perlunya bangun malam! Eh. Hehe.
Dan uncle kedai phone tu cakap lagi - Andaikata handphone tertumpah air sirap sekalipun, firstly yang kau perlu selamatkan adalah bateri. Rosak bateri maka rosaklah handphone.
Jadi - iman itu macam bateri lah kan? Kena tatang, protect, jaga elok elok jangan sampai rosak.
Bila rosak habis punah.
Punahlah ummah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan