A : Weh, der.. Kadang kadang aku teringin nak tengok kau bertudung...
B : Bertudung? Alaa.. Tak standard la beb. Panas pulak tu. Nampak baik sangat. Hihi
A : Hemm.. Kita ni dah lama member. Tak syokla. Kalau aku je yang sibuk nak jadi baik.
B : Alaa. Aku tak ready la beb.
A : Weh, kalau nak tunggu ready memangla kan. Dengar ni. Aku cakap ni sebab aku sayangkan kau beb.. Hemm.. Hidup kat dunia ni sementara je. Kalau kita tak berebut untuk jadi baik rugi beb. Lagi satu, alasan tak ready tu memang tak relevan dah sekarang. Sebab, Allah dah keluarkan pelbagai tanda tanda dunia ni dah teramat tua.. Kau tak takut ke? Allah tarik nyawa kau masa kau tengah bermaksiat? Hemm.. Aku taknak la kita ni cuma jadi member kat dunia je beb. Aku nak bersama dengan kau kat syurga kelak.
B : Ishh... Kau ni. Cakap macam confirm masuk syurga je.
A : Haha.. Aku takla cakap camtu beb. Tapi, at least aku berusaha jadi yang terbaik pada pandangan Allah. Weh, Allah nak lihat kita ni usaha or tak je..
B: Alahaiii... Aku ni lemah la wehh. Aku tak mampu jadi macam kau.
A : Aku tak minta kau jadi macam aku. Aku cuma nak kau kembali pada fitrah kau. Asalnya kita ni suci beb. Kau tak nak ke jadi hamba Allah yang paling Allah cintai?
B : Ermm... Mestilah nak.
A : Jadi, kau kenalah usaha. Aku sentiasa member kau. Sentiasa nak tolong kau.
B : Sobsobsob...... Tolong aku. Kau tolong aku erk.
A : Insya Allah. Selagi nyawa masih dikandung badan, aku sudi tolong kau.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan