Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu. Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak anak kita. Haaa.. Aku takda anak lagi. Setakat ni anak kandung aku "anak mata" dengan "anak tekak" je..
Ok, sambung balik.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. InsyaAllah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.
1. Membaca Surah Yassin
Sebenarnya surah apa apa pun boleh. Bukan ke Al Quran tu bila dibaca meruntun jiwa, menenangkan hati. Ni aku tahu dari seorang sahabat ni. Biasalah bila berdakwah. Mesti ada orang tak suka, mesti ada orang hina, caci maki. Dia amalkan baca Surah Yassin bila dia bersedih. Selepas tu, mesti dia rasa tenang semula. Ajaibnya Kalam Allah.
2. Solat Sunat Tahajjud
Kenapa Solat Tahajjud? Pernah tak bangun buat tahajjud? Kita solat, mengadu, menangis dalam suasana malam yang sunyi sedang orang lain lena dibuai mimpi. Kita duk dating, berkhalwat dengan Allah. Tenang kan? Dah la suasana tenang. Haih! Tak jeles ke dengan orang yang kuat untuk bangun tahajjud. Honestly, nak bangun solat tahajjud tu memang payah. Payah tau tak. Tapi kepayahan tu lah yang menyenangkan kita di akhirat nanti. Nak kuatkan diri bangun dari tidur yang nyenyak tu, aduh payah. Tahajjud ni banyak sangat kelebihan dia. Dengan tahajjud ni kita dapat membina Kekuatan Rohani. Tahajjud juga peyembuh. Penyembuh penyakit rohani dan jasmani.
Ni kalau aku cerita pasal tahajjud panjang panjang, korang bukan baca pun. Panjang sangat, malas nak baca. Takpa, aku faham. Aku tak kata korang malas. Aku yang malas, sebab kadang tengok panjang pun dah datang Mrs Lazy ni.. Sibuk pula datang ketuk pintu rumah time time cenggini.. Ha jempu masuk..
Haha.. Kantoi Anis kau malas.
Ok, ngaku. Aku pun ada sifat malas tu. Kau pun ada kan.. Haha.. Ngaku je lah.
3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
Istighfar banyak banyak. Minta Allah ampunkan dosa kita. Tahu tak, sebab apa kita rasa resah? Kenapa kita resah, tak tenang bila buat dosa, buat salah? Tahu tak kenapa?
Sebab dosa tu sesuatu yang meresahkan.
Meresahkan hati. Resahkan bila kita buat dosa?
Apa?1 tak rasa??
Hati hatilah kau kalau dah rasa macam tu. Ada ciri ciri tanda hati tu dah mati.
Istighfarlah sebanyak mungkin. Latih hati sentiasa berzikir. Buat solat sunat taubat kalau boleh.
Kita ni hamba yang kotor. Kotor dengan dosa. Kita yang mengotorkan diri sendiri.
4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan
Jangan dengar lagu lagu macam tu. Ni bila dengar bukan dengar kosong, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Siap dihadam habis habisan lirik lagu tu. Pastu, air mata pun keluar. Eh, dah macam drama pula kau.
Dengarlah ayat Al Quran ke, zikir zikir ke, nasyid ke.. Insya Allah tenang, lagi lah bila kita mengingati Allah.
5. Sentiasalah mengingati Allah
Ala bizikrillah tatmainnul qulub
Yang ni nombor 1. Ingat Allah sentiasa. Jangan lupa Allah. Allah tu sentiasa dekat dengan kita. Sentiasa ada dengan kita. Maha Mendengar, Rabbul Basar.
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( .At -Taubah : 40 )
OK! Sekarang think positively, think happy (^_^)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan