Jumaat, 28 Mac 2014

Dan Aku Tahu... Ad Dajjal

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Sebenarnya...

Sebenarnya...
Sebenarnya...
Aku selama ni tak tahu sangat pasal Al Masih Dajjal. 

Tapi...

Terdetiknya aku nak tahu lebih lanjut 
Sebab..

Ha... Sebab orang yang sama jugaklah yang aku cakap dalam entri sebelum ni.

Ya Allah, bersyukurnya! Terima kasih sebab hadirkan dia dalam hidup aku.
Dia jugaklah yang selalu ceritakan kat aku pasal Ad Dajjal ni. Dia jugak yang selalu ingatkan aku supaya sentiasa bersedia, siapkan perisai diri, kuatkan iman. And so on.

So, adalah aku tanya kat ramai orang yang hebat hebat ilmu agamanya pasal Dajjal ni. Aku rasa aku memang perlu share cerita pasal Ad Dajjal ni. 

Sebab apa?
Bumi ni dah tenat. Kiamat pun sudah dekat. So kita kena readykan iman kita. Sariyus, ilmu ilmu macam ni memang kita kena tahu.

Tapi ni jawapan ringkas je lah. Nak bagi full story punya aku tak tau la berapa lama jari aku kena menari.


Better nanti kau orang tanya Hustaj Hustajah untuk full season punya cerita. Dengar dari mulut mereka. Lagi syok kot.

_________________________________________________________________________________

Soalannya ginilah, jawapannya gitulah.


assalam. tolong ceritakan tentang ad dajjal secara terperinci. apa asal usulnya?


waalaikumusalam *senyum


Tentang kemunculan Ad Dajjal atau tentang rupa Ad Dajjal ? 

Both lah kot.
Bothlah.
"Dan aku melihat orang yang berambut ikal pendek, yang mata-kanannya buta Aku bertanya :  Siapakah ini? Lalu dijawab, bahwa ia adalah Masihid Dajjal.” (Bukhari 77:68,92)
“Awas! dia pecak (buta sebelah)… Dan di antara dua matanya, tertulis ‘Kafir’…” (Bukhari 93:27).
“Rasulullah s.a.w bersabda “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Sesungguhnya, Makkah dan Madinah adalah tempat yang tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Dajjal akan muncul dari Timur sambil membawa syurga yang disebenarnya neraka, dan juga membawa neraka yang sebenarnya syurga.
***
Sebelum kemunculan Dajjal, akan ada 3 tahun yang pada tahun pertama Allah tarik 1/3 air hujan, tahun kedua Allah tarik 2/3 air hujan, dan pada tahun ketiga, Allah tarik semua air hujan, maka tiadalah hujan langsung, berlakulah kemarau yang berpanjang. Pada waktu inilah, muslim harus banyakkan berzikir, dan sebagainya sebagai persiapan kemunculan Dajjal. (lebih kurang camtulah)

Kemudian, sewaktu kemunculan Dajjal (Dan pada waktu inilah, Nabi Isa akan turun untuk bantu Imam Mahdi dan membunuh Ad Dajjal.), Dajjal akan memerintah dalam masa 40 hari. Akan ada 3 hari yang istimewa (berlainan), hari yang pertama panjangnya adalah 1 tahun, hari yang kedua panjangnya adalah 1 bulan, dan hari yang ketiga panjang adalah 1 minggu.
***
Sewaktu pemerintahan Dajjal, kita harus bersedia supaya kita dapat menerangi fitnah Dajjal,

Jika Dajjal datang kepada kita sambil menyatakan dia mampu memberi syurga kepada kita, jangan percaya. Dan Dajjal akan berusaha untuk menyesatkan kita lagi, dengan cara dia menghulurkan syurga di tangan kanan (ye kot), dan menghulurkan neraka di tangan kirinya (ye kot). Maka, kita harus memilih neraka tersebut, kerana apa? Kerana syurga bagi Dajjal itu sebenarnya neraka dan neraka baginya adalah syurga. Itu lah antara fitnah dan penipuan Dajjal. *jangan pening
Jika Dajjal datang kepada kita sambil berkata dia adalah tuhan, maka jangan percaya dan tolak sekeras-kerasnya kata kata Dajjal. Dajjal akan cuba sedaya-upaya untuk menyesatkan kita lagi, dengan menghidupkan yang mati, contoh Dajjal menghidupkan ibu bapa kita yang sudah meninggal dunia, rupa paras mereka sungguh sama, semua perihal yang dihidupkan Dajjal itu sungguh sama dengan ibu bapa kita. Maka, kita harus kuatkan iman kita dan tolak kata kata Dajjal sesungguhnya.
Maka, Dajjal akan menyeksa pula sesiapa yang membantahnya, sesiapa yang kuat imannya. Dajjal akan menyeksa kita sehingga mati. Maka dengan itu, kita mati syahid. Subhanallah, berkat kesabaran kita.
Wallahu'alam. itu aje lah yang setakat mana ana mampu ingat apa yang ana baca dulu.

mujahid T.E.A


_________________________________________________________________________________


Allahu rabbi .
Ana bukan tak nak jawab , cuma ana tak yakin dengan jawapan ana.
Sebab makhluk ini jutaan penceritaan dan riwayat tentang dia.
Jadi perlukan riwayat yang sahih atau hasan untuk dalil
dan yang dhaif cuma boleh diambil hikmah sahaja, bukan untuk dijaja sebagai bukti.

Sahabat Rasulullah, Saidina Tamim Ad-Dari di dalam suatu hadis panjang menceritakan tentang pelayarannya ke suatu kawasan, kapalnya telah dibawa ribut begitu, kemudiannya dia dan beberapa orang anak kapal yang lain sampai kepada suatu kawasan di mana mereka menemukan sebuah gua.
Di dalam gua tersebut terdapat seekor makhluk berbulu dan satu makhluk besar yang menggerunkan.

Ana tak pasti dia digari atau tidak tetapi ia dibelenggu dan tidak dapat bergerak lalu Saidina Tamim Ad-Dari pergi meninggalkan pulau tersebut dan kemudiannya tidak pernah berjumpa lagi pulau itu.
Oleh kerana sikap ingin tahunya sahabat Nabi ini maka diringkaskan cerita, beliau pergi Sayyidina Rasulullah S.A.W. dan menceritakan perihal makhluk yang ditemuinya. Maka Rasulullah mengatakan , makhluk itulah Al Masih Ad Dajjal.
Dajjal ini banyak riwayat menceritakan ciri-ciri fizikalnya seperti matanya yang terjojol keluar sebelah seperti buah anggur, riwayat lain mengatakan ia buta dan lain-lain. Rambutnya dikatakan kerinting. Sesetengah menyifatkan ia seperti manusia manakala ada yang mengatakan ia bukan manusia tetapi ia satu makhluk.
Yang pastinya, Ad Dajjal ini wujud dan sudah dibuktikan adanya pada zaman Nabi kita lagi .
Maka , Ad Dajjal ini akan keluar pada hari kiamat di mana tiada tempat untuk kita bernaung melainkan dengan Allahu Jalla Wa Ala .

Ad Dajjal ini diriwayatkan akan membawa suatu fitnah yang sangat besar kepada ummat Islam. Di dahinya terzahir kalimah 'kaf' 'fa' dan 'ra' tetapi orang beriman akan melihatnya seperti yang benar iaitu Tuhan.
Saat inilah iman orang mukmin diuji.
Dan berapalah daripada kita yang berjaya .

Naudzubillah.
Oleh itu guru ana selalu pesan, mudah mudahan kita tidak dapat menyaksikan kiamat kerana ia sangat menakutkan daripada melihat sakaratul maut. 

Allahu mustaan.
Belajar samiyyat ini perlu. Tetapi dahulukan yang fardhu iaitu aqidah, feqah dan tasawuf .


Kemudian dalamilah ilmu ini. Kerana ia sangat besar skopnya.
Mudah mudahan Allah jauhkan kita dari fitnah Al Masih Dajjal. *Allahumma Ammen


Naudzubillah.

Ismail Al Hafiz

_________________________________________________________________________________

Bila aku dapat jawapan daripada mereka ni, baru aku betul betul betul faham apa yang selama ni dia cakap dekat aku. 

Dia takut sangat. Dajjal nak keluar dah.

Ye.

Betul.
Sekarang ni hujan pun tak turun, jerebu lagi. Macam yang berlaku baru baru ni.

Sekarang aku sedar.


Aku tahu banyak sangat kekurangan aku. Jika aku salah, tegur.


Tertunduk memadang bumi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan