Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Baiklah..
Kisah bermula apabila ada seorang anak muda bertanya kepada seorang ustaz. Kelihatan anak muda ini berani dan berterus terang dengan hujah hujahnya.
Katanya,
"Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik", tegasnya.
"Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat...
perangai mereka ada yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat," tambahnya lagi.
Lalu anak muda itu bertanya kepada ustaz itu,
"wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?"
Lalu dijawabnya oleh ustaz ialah,
"Separuh betul. Kalau dia wanita yang jujur, berterus terang, pemurah dan lemah lembut, ya dia 'baik' dari sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut yg lain. Dia 'tidak baik' dari sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub dalam Al-Quran. Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya sesama manusia. Menutup aurat itu kan perintah Allah.."
Kelihatan anak muda itu masih tidak berpuas hati. Lalu, perlahan lahan ustaz itu menjawab lagi,
"Namun,percayalah jika benar benar hatinya baik, insya Allah lambat laun dia akan menutup aurat juga.
Menurut Hadis riwayat al-Bukhari mengisahkan seorg pelacur wanita berbangsa Yahudi yang telah memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan. Atas sifat belas kasihannya itu, dia mendapat hidayah lalu menjadi wanita yg solehah.
Apa kaitan cerita ini dengan subjek yang kita bincangkan ??
Secara tidak langsung, itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat sifat baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi seorang wanita solehah.."
Tanya anak muda itu lagi,
"Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya yang buruk?"
Ustaznya menjawab,
"Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa yang tinggal...
dia perlu memperbaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha."
Anak muda itu bertanya lagi kepada ustaz,
"Jika ada yang berpura pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk nunjuk atau sekadar fesyen dan trend."
Ustaz itu menjawab,
"Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat itu jahat atau tidak, samalah seperti kita tidak tahu sama ada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak. Soal hati ialah hak Allah. Jika hatinya benar benar jahat, lambat laun dia akn mendedahkn auratnya semula."
Anak muda itu bertanya,
"Mengapa ?? "
Jawab ustaz itu,
"Menutup aurat adalah pakaian wanita solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah."
Anak muda itu bertanya,
"Wanita yang baik mesti menutup aurat?"
Ustaz menjawab,
"Ya"
Bertanya lagi,
"Wanita yang jahat mesti mendedahkn aurat?"
Ustaz menjawab,
"Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan halangan luaran dan dalamannya untuk menutup aurat."
Via Geng Tudung Labuh

Tiada ulasan:
Catat Ulasan