Isnin, 24 Mac 2014

Jaga, Pelihara

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ini tak tau nak bagi tajuk apa.. 

Entri ni pandangan dari seorang lelaki. Aku dapat dari tumblr.

Perempuan!

Wajib baca sampai habis!
*Amaran lembut setengah keras

Mohon tersentap, nanti bukak pintu tau, Cik Hidayah nak masuk ^_^


Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang sudah hilang semangat jihadnya?
Sudah hilang kekuatan hati?
Bukan nak suruh perempuan perempuan Islam jadi ganas, cuma terfikir bila terbaca kisah kisah sahabiah, mereka lemah lembut tapi sangat kental, hati sekuat besi waja, tak mudah cair dengan lelaki ajnabi (bukan mahram), tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, tak tergedik gedik bila lelaki cuit.
Maka saya pun mengambil langkah untuk jadikan instagram ku (bukan anis :P) sebagai malaikat maut bagi kaum Hawa, untuk mentarbiah hati mereka agar kuat, kental dan tabah!
Walaupun ( di social network & realiti ) bertudung, berpurdah, bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat;
Tapi cuit sikit, dah tergedik-gedik… Ngurat sikit, dah sangkut…. Ajak couple sikit, terus setuju… Lepas tu, putus cinta, meleleh meleleh… Ada masalah sikit, doa nak mati. Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia… Exam failed, kata tak nak hidup lagi… Pakwe tak mesej sehari, di status penuh dengan kata-kata rindu. 
Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yang ditarbiah oleh Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW?
Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah, Safiyyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Sumayyah, Ummu Darda’, Masyitah, Balqis, Maryam dan ramai lagi diagung-agungkan kalian. Tapi apa kalian kenal siapa mereka? Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka? Ikut sikap dan akhlak mereka?
Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian bukan BODOH…
Saya datang sebagai pengetuk kepala kalian untuk bangun dari tidur, untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, jangan jadi hamba cinta haram, jangan jadi perempuan murahan, jangan couple free free macam bohsia, jangan dok bermanja dengan lelaki macam perempuan tiada harga.
Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (au kama qaal), jika seorang lelaki mendapat wanita solehah sebagai isteri, maka separuh agamanya telah sempurna…
Apa kalian sedar ‘kesolehahan’ kalian itu harganya separuh dari agama?
Terimalah teguran dengan hati terbuka , kerana iman seseorang itu dinilai daripada cara die menerima teguran .
Maaf andai terguris hati 🙈
via chydzni
Allahu.. Malu sungguh, manusia yang sejantinaku begini. 
Malu..
Sungguh aku malu..
Aku juga perempuan...
*Nangis 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan