Rabu, 5 Mac 2014

Kebenaran = Hujan


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Kebenaran itu laksana hujan. Untuk mengalu alukan kedatangannya mestilah gelap dahulu, yang menggelapkan itu bukan kutuk laknat, tetapi kerana bumi itu dilindungi oleh air yang akan turun. Dan guruh berbunyi mendayu dan menggarang; ertinya peringkat keras seiring dengan kedatangan hidayah Ilahi. Suara Rasulullah s.a.w akan keras laksana guruh membanteras adat lama pusaka usang, taqlid dan berkeras mempertahankan pusaka nenek moyang. Siapa yang mengikut kebenaran, mari ke mari, iringkan daku menuju syurga. Tetapi siapa yang menentang, sengsaralah yang menunggunya di neraka.

-Tafsir Al-Azhar, Surah Al-Baqarah ayat 19-

Via sadiqahsiddiqah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan