Sabtu, 1 Mac 2014

Mahal Vs Biasa

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Gadis: kenapa islam mewajibkan penganutnya bertundung dan menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan?

Orang Alim: adakah cik pernah berkunjung ke kedai menjual barang perhiasan?

Gadis: Ya, tapi mengapa? 

Orang alim: adakah cik perhatikan di mana disimpan barang perhiasan yang paling mahal?

Gadis: tentulah di dalam kotak besi atau peti simpanan khas tak pun di dalam cermin kaca yang tertutup rapi.

Orang alim: adakah barang itu dipertontonkan kepada sesiapa sahaja yang lalu lalang di kedai itu atau adakah dibenarkan untuk memegang barang itu sesuka hati?

Gadis: tentu sekali tidak.

Orang alim: Itulah bandingan Allah supaya hambanya menutup aurat lebih lebih lagi kepada kaum wanita. Tubuh badan manusia bukanlah barangan yang boleh diperlihatkan sesuka hati kepada sesiapa sahaja, kerana ia ibarat barangan yang bernilai tinggi yang mesti dijaga mutunya. Makanan di atas meja juga perlu ditutup dengan tudung saji supaya tidak dihinggap lalat. Jika tidak, ia akan dihinggap lalat dan tercemar.

Gadis: Emmmmm..........

*kesimpulannya disini, jagalah aurat. bila menutup aurat diri akan rasa dilindungi rasa selamat rasa ada yang menjaga. Seriously. Bye assalamualaikum 

@[474006186001066:274:Mujahadah Cinta] <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan