Rabu, 5 Mac 2014

Sedikit Sekali Yang Bersyukur




Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani 

Dia mengeluh. Hembusan nafas dilepaskan, mengena cuping telinga,
singgah suara suara dibenak.

Hati Terdetik, "pasal tu lagi????"

Ku alihkan kepala ke arah dia. Kelihatannya dia seperti sedang makan asam. Berkerut, dengan bibir dicebik.


"Hidup ni beralun macam ombak kan." Sekadar memecah sunyi dengan kiasan.


"Tapi alunan tu adalah takdir Allah. Selari dengan kehendak Dia."


"Saat kita merentasi gelombang arus, dan tiba di penamatnya, Dia akan menilai, adakah kita hamba hambanya yang bersyukur?"


"Analogi, seorang insan yang tiap tiap kali berusaha dia gagal, tapi sekali dia berjaya, walau sebesar duit 50sen, dia bersyukur. Sebab dia berhasil.


Tapi, ada pula seorang insan yang selalu berjaya dengan hasil yang beratus ratus, tiba tiba kali tu dia cuma dapat puluh puluh je, dan dia mengeluh dan menangis.


Sedang dia tak tahu, ada orang hasilnya lebih sikit, tapi bersyukur dan redha. Terus berusaha kerana Allah.


Jadi, nikmat yang mana yang nak didustakan? Say, hamdallah. Alhamdulillah ."


Mata dia bertakung dan dia senyum.


Via epalmiracle:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan